Salam semua, kali ini say nak berkongsi percutian singkat road trip ke Hatyai, Thailand bersama family En. Suami. Peserta-peserta trip terdiri daripada 15 dewasa dan 12 kanak-kanak dengan menggunakan 3 MPV dan 2 kereta. Sempena cuti Chinese New Year yang agak panjang ini apa kata kita jalan-jalan.
Hotel dah dibooking awal melalui Agoda oleh adik ipar. Hotel yang dipilih ialah BP Grand Tower yang terletak di Hatyai city centre. Rate untuk hotel agak berpatutan iaitu RM235 sebilik untuk 2 malam.
Hari kejadian pun bermula, kami bertolak pada pagi 15 Feb 2018. Kami dari Melaka jam 7.30 pagi dan lain-lain dari Shah Alam lebih kurang jam 8.30 pagi. Mula-mula dijangka akan jalan sesak sebab long weekend tapi alhamdullilah takde lah jammed sangat. Berjaya tiba di Bukit Kayu Hitam check point dalam jam 4.30 petang setelah beberapa kali stop untuk rest, solat dan makan.
Untuk makluman, ini kali ke-4 kami ke Thailand dengan pandu kereta sendiri iaitu 2 kali ke Krabi dan 2 kali ke Hatyai. Berdasarkan pengalaman lepas, dijangka akan sangkut di border check point dalam sejam dua. Ini kerana terlalu ramai yang nak masuk ke Thailand dan sistemnya agak tidak terurus (sorry ya Thai gov - from my observation) di mana kita kena park kerete dulu, semua penumpang beratur di kaunter pastu driver pula continue ke kaunter lain...memang hiruk pikuk lah. Dah tau macam itu still nak masuk Thailand juga kan...haha...bertabah je lah.
Sebelum terus ke check point border, bila semua kereta dah sampai (biasalah konvoi), kami stop untuk buat insuran kereta, isi white card dan settlekan apa documentation yang perlu untuk memudahkan urusan di immigration nanti. Banyak je tempat yang menyediakan perkhidmatan ini di sepanjang tepi jalan menuju ke border. Kami pilih kedai yang selepas Petronas Station. Pekerja kedai itu akan settlekan semua document, kita hanya perlu serahkan passport, geran kereta dan pastinya duit lah untuk bayar. Mana ada yang free kan. White card RM 2 seorang, borang senarai penumpang TM2/TM3 - RM 10, insuran kereta RM 16, insuran MPV RM 25...lebih kurang begitu lah bayarannya. Borang TM2/TM3 ini requirement baru dulu-dulu takde pulak. Di kedai ini juga, kami beli simkad RM30 unlimited data untuk 7 hari. Agak jimat juga lah daripada nak roaming. Simkad ini kami slotkan di portable modem wifi (memang dah beli lama) so bolehlah satu kereta guna. Ok semua dah ready...jom kita ke Thailand.
|
Sim card Thailand yang dibeli & modem sendiri punya |
|
Stop untuk beli car insurance Thailand |
|
Inilah kedainya |
|
Ada display rate untuk related documents |
Bila kami tiba di immigration Malaysia. Wow. Bangunan baru...dah macam control border nak masuk Singapore. Last time pergi dulu macam koboi je...hehe. Bila tiba di border Thailand, wow juga sebab dah ada building baru. Sistem pun dah lain juga. Mula-mula owner kena pergi register kereta di kaunter yang terletak di Main Building, waktu tu boleh lah parking kereta di tepi dulu. Waktu register kereta kena make sure geran kereta kena ada. Tak kisah lah yang original atau salinan. Kalau bawa kereta orang lain, authorization letter daripada owner wajib ada. Selepas register kereta, ambil form registration masuk kereta semula dan beratur lah ke drive thru counter bersama semua passenger. Tapi takde lah drive thru sangat sebab bila sampai di kaunter semua passenger kena turun juga untuk scan muka. Time ini hulurkan lah sekali form TM2/3 dan car registration tadi. Kalau dulu-dulu kena selit duit RM1 dalam setiap passport kalau tak nanti dia tolak tepi je pasaport kita, ingat kali ini dah tak perlulah sebab dah ada system baru, hmmm rupanya dah up ke RM2 setiap seorang dia minta. Bagi jelah dan jalan.
|
Building Malaysia Immigration yang baru |
|
Border nak masuk Thailand |
|
Thailand Border control yang baru |
|
Scan muka jangan tak turun kereta pula |
Jarak ke Hatyai dari border tak jauh sangat dalam 1 jam perjalanan. Pekan pertama yang kita jumpa bila masuk Thailand ini ialah Danok atau nama lain Sadao. Banyak juga tempat shopping di sini dan balik nanti boleh lah singgah.
|
Yeah sampai Danok, Thailand |
Kami tiba di BP Grand Hotel Hatyai lebih kurang jam 7.30 malam. Thailand masa lambat 1 jam dari Malaysia. Siap check in naik bilik, semua dah kelaparan. Nak jalan-jalan cari makan sekeliling macam tak larat so makan di cafe hotel je lah nasib baik halal. Selepas makan apa lagi tidur dan rehat malam itu.
|
Bilik yang selesa dengan harga yang reasonable |
|
Inilah hotelnya BP Grand Hotel Hatyai |
|
Halal cafรฉ lagi di hotel |
Hari ke-2 di Hatyai, pagi jam 8.00 semua dah siap sedia. Kami tak breakfast di hotel sebab tak masuk dalam hotel pakej. So cari lah makan di kedai yang berhampiran. Nasib baik ada kedai Rocky Muslim Restaurant yang jarak kurang 200 meter dari hotel. Oklah kedai ini ada roti canai, nasi kerabu tapi harga agak mahal sikit.
|
Good morning Hatyai - view from hotel room |
|
Jom breakfast di sini |
After breakfast, apa lagi naik tuk-tuk lah untuk aktiviti shopping di pasar. Bagitau je nak ke pasar @ market, tuk-tuk driver faham. Caj tuk-tuk ke pasar ini ialah 20 baht seorang one way. Sampai je di pasar aktiviti free & easy, siapa nak shopping boleh shopping kalau tak window shopping je lah. Apa yang menarik pasar ini? Haa macam-macam ada, rajin tak rajin nak beli dan tawar menawar. Ada dua bangunan dua tingkat pasar ini. Makan-makan pun ada di sini.
|
Mari naik tuk-tuk ramai-ramai |
|
Hatyai Market |
|
View from 2nd floor market, macam-macam ada atas kedai...hehe |
|
View dari depan market |
|
Main entrance market |
|
Shopping ler.... |
|
Shopping lagi... |
|
Shopping buah lagi best... |
|
Pekena pulut manga pula |
Tiba di floating market, ramainya orang dan nampak meriah. Waktu pergi dulu-dulu tidak semeriah ini dan kedai pun tak banyak. Floating market ini dibuka sejak jam 3 petang sehingga malam. Kami pun apa lagi, masing-masing beli lah apa yang berkenan di hati dan benda yang susah dapat di Malaysia. Setelah perut kenyang, kami pun balik ke hotel. Ok jom layan gambar floating market...
|
Ke floating market kita... |
|
Barisan sampan-sampan yang jual food |
|
Gerai atas darat pun ada |
|
Jual air dalam bekas tembikar...boleh pilih design |
|
Guna kayu untuk urusan jual beli |
|
Jual apa tu makcik.... |
|
Sedap gak sup ni |
|
Macam-macam air ada |
|
Air kelapa buluh betung & telur puyuh |
|
Manis sungguh nenas ni... |
|
Macam-macam ada |
|
Seafood goreng pula.... |
|
Pulut manga lagi |
|
Somtam pula... |
|
Suasana floating market |
|
Lagi malam lagi meriah |
Tiba di hotel, selepas solat jamak maghrib isyak, aktiviti seterusnya pun bermula. Night market pula...haha tak habis-habis lagi shopping. Ada banyak night market di kawasan Hatyai ini tapi kami pilih untuk ke Greenway Night Market. Kenapa Greenway? Sebab agak besar juga dan senang nak cari halal food. Haha makan lagi. Untuk beli food di Greenway Food Court kena beli cash card dulu di kaunter. Selepas jalan seround dua di night market kami pun kembali ke hotel dengan tuk-tuk. Untuk ke night market ini harga tuk-tuk mahal sikit sebab jauh iaitu dalam 30 baht. Di area hotel iaitu di sekitar Lee Garden Hotel pun ada night market tapi kami tak larat dan balik tidur je.
|
Greenway Night Market pula |
|
Cuci mata shopping |
|
Ramai juga orang |
|
Ada food court senang nak makan |
|
Pilih je cari yang halal |
|
Kena beli pre-paid dulu sebelum beli food |
|
Antara halal stall |
Hari ke-3 di Hatyai, pun aktiviti bebas, breakfast di tempat semalam sebab malas nak explore tempat lain. After breakfast, ada juga yang repeat ke pasar semalam sebab ada barang yang tak beli lagi. Saya dan En. Suami just jalan di kawasan Lee Garden Walking Street je. Meriah juga walaupun awal pagi. Kalau petang ke malam lagi lah meriah. Memang ramai Malaysian kat Hatyai ini especially bila public holiday.
|
Jalan-jalan area Lee Gardens |
|
Hotel yang pernah kena bom dulu |
|
Bestnya ice cream coconut |
|
Udang besar-besar |
|
Pulut manga pulut durian pulut ayam.... |
|
Pekena seround sebelum balik |
Jam 12pm, kami pun check out dah terus ke Danok. Singgah lunch di Danok dan shopping finale sebelum balik Malaysia. Waktu inilah beli beras, pulut, buah-buah dan jajan-jajan. Di Danok pun ada pasar juga. Selepas segala urusan, bertolak lah balik ke Malaysia. Waktu lalu kaunter immigration kena bayar juga rupanya. Ada bayaran untuk overtime fee. So jangan lah habiskan baht anda. Sebelum keluar ke Malaysia akan lalu kaunter 8 untuk dropkan car registration form yang kita dapat waktu masuk ke Thailand hari pertama hari itu. Kalau tak kira macam kereta kita tak keluarlah dari Thailand lagi. Takut bila next time nak masuk ada problem.
|
Bye Thailand.... |
|
Kena turun lagi di Immigration counter |
|
Counter 8 untuk return car document...jangan lupa pula |
Sekian sahaja perkongsian road trip 1500 KM ke Hatyai dari Melaka, kalau nak ke Krabi kena tambah 4 jam lagi dari border. Semoga maklumat cerita di atas dapat memberi panduan kepada yang memerlukan. Jumpa lagi nanti di destinasi lain.
Assalam sis, post yg sangat membantu with the cost, information and pictures ๐ keep it up ๐
ReplyDeletetq..sharing sis...sgt berguna n full of information
ReplyDeleteThank you for sharing....very informative...
ReplyDeletetqvm 4 sharing...
ReplyDeleteTq 4 sharing
ReplyDeletesalam sis.brapa cost minyak eh?
ReplyDeleteTq yer...dpt sikit info..esok mlm nak gerak ke sana..
ReplyDeleteberapa sekarang harga beras pulut n beras wangi d sna skrg.memandangkn duit kita kecil
ReplyDeleteHi...
ReplyDeleteYg trip gi Krabi sbelum ni ada sharing tak?
Trima kasih info trip hadyai ni..best
TQ sis sharing byk membantu... oktober nie nk g hatyai jgk dgn kereta..sy pn dr melaka jgk
ReplyDeleteTQ sis sharing byk membantu... oktober nie nk g hatyai jgk dgn kereta..sy pn dr melaka jgk
ReplyDelete๐บSalam Kenal Tuan & Puan๐บ
ReplyDelete๐Find the best before regret๐
Maap Ikut Share ( Promote) My Company Kyrantrans ( Sewa Kereta Murah), Merupakan Sarikat di Bidang Travel agency Pelancongan yang sudah Biasa melayani Pelancong dari Negara Malaysia - Singapore - Brunei Tuk Melawat ( Melancong )
# JAKARTA
# BANDUNG
# YOGYAKARTA
Insya Alloh selama Tuan-Puan Melancong Crew kyrantrans akan membawa sampai Puas Hati ✌
Adapun Yang akan kita Tawarkan...
๐PAKEJ KYRANTRANS๐
A.Transport all In
๐Toyota avanza or Suzuki Apv
( 6 seater) Rp....
๐ Daihatsu Luxio
(6 seater) Rp....
๐ Toyota Inova
( 6 seater) Rp....
๐ Van Elp Short
( 12 seater) Rp....
๐ Van Elp Long
( 15 Seater) Rp....
๐ Toyota Hiace
( 15 seater) Rp....
๐ Mini Bus
(25 seater ) Rp.....
๐ Big Bus
(50 seater) Rp....
B. Transport & Hotel
๐ Hotel No Star
Rp.....
๐ Hotel 3*
Rp......
C Transport + Hotel + Makan
๐ Restoran Tempatan & Halal
Rp....
Semua harga Dalam Rm Ikut Currency Bank❓❓❓
* HARGA BUDGET & BERBALOI *
❓❓❓❓❓
Untuk Maklumat Sila๐๐
Call. : +6281312767300
Wa. : +6281809692300
Fb. : Kyrantrans
Email : Kyrantrans @gmail.com
Saya akan bagi TIPS tuk PELANCONG AGAR TAK KENA TIPU SELAMA MELAWAT๐๐๐
๐ travel that gives you cheap prices
๐ a naughty and resourceful driver
Terima kasih Tuan & Puan sudah Membaca Promote Dari saya Semoga ada FAEDAHNYA ๐๐๐
❤ you're glad we thank you ❤
Amazing post!
ReplyDeleteTQ info menarik... boleh try bawa kereta ke Thai
ReplyDeleteSis.. jangkaan berapa lama masa untuk urusan di border ye?
ReplyDeletetime non-peak less than 30 min boleh settle semua
Deletebest kan pi hatyai
ReplyDeletehttps://admya.blogspot.com/2018/12/tips-bercuti-ke-hatyai.html
ya best...bole pergi lagi inshaAllah
DeleteTime kat imigresen thailand ada nak kena parking kereta ka just semua turun sekejap untuk scan then leh gerak dah?
ReplyDeletemula-mula parking untuk register kereta, pastu gerak ke booth immigration naik kereta, tapi di booth kena keluar dari kereta untuk passport identification
DeleteNak tanye... Parking kereta di hatyai kire park kat hotel ke ada privete parking
ReplyDeletesaya park di hotel, then naik tuk-tuk
Deletewah best..nak kesana juga next year
ReplyDeleteinshaAllah boleh cuba ke sana...banyak lagi tempat menarik yang saya tak sempat pergi
DeleteSis, nak tanya.. Geran kereta ada yg copy je boleh tak apply untuk insurans kereta?
ReplyDeleteSlm sis,
ReplyDeleteOk bwk keta ke hatyai?
Safe?
Jom ke HATYAI dari KL 13 – 16 Mac 2020 !!!!!! Hanya RM299/pax termasuk transport + hotel + tour guide + travel insurance ✈ Untuk full itinerary boleh ws di no 018-9581995 atau email najwaakutravel@gmail.com.
ReplyDeletehttps://www.instagram.com/pakejmuslimtravel/?hl=en