Thursday, 8 March 2018

Day 2 : Mt Halla - Nanta Show

Pagi hari ke-2, sebelum keluar mencari snow di Mount Halla, kami masak dulu untuk breakfast. Menu pagi ini ialah nasi lemak, sambal telur, telur rebus dan juga nasi goreng sebab ada nasi lebih sikit malam tadi.
Breakfast dulu
After breakfast, lebih kurang jam 11 pagi kami keluar ke Mount Halla. Agak lewat juga keluar maklumlah penat travel semalam dan best tidur sejuk-sejuk ini. Destinasi pertama ialah ke Mount Halla dengan misi mencari snow. Jaraknya tidak jauh iaitu lebih kurang 30 minit. Mount Halla ini merupakan gunung yang tertinggi di Pulau Jeju. Siapa yang minat hiking boleh panjat gunung ini. Ada beberapa hiking trail ada yang jauh dan ada yang dekat dari 3 jam hike hingga 9 jam pun ada. Tapi kami takdelah plan nak hiking.
Jom ke Eorimok Trail


View ke Eorimok Trail
Destinasi nak ke Eorimok Trail je. Di sini terdapt Visitor Centre dan kalau snow turun memang penuh snow area ini. Kalau ikut weather forecast hujan malam tadi so sepatutnya ada snow lah. Waktu drive ke sana dan altititud makin tinggi, kiri-kanan jalan dan nampak snow. Semua dah teruja. Sewaktu melalui Highland 1100 (antara spot berhenti untuk main snow) kereta dah makin banyak berhenti sebab tengah snowing. Kami teruskan juga perjalanan sebab target untuk berhenti di Eorimok. Tiba di Eorimok parking di bahagian atas telah penuh so kami kena parking di bawah je.
Dah nampak snow di bahu jalan

Parking di Eorimok...orang dah start ramai



Keluar dari kereta, snow tengah turun mencurah-curah, semua dah terkejut kesejukan dan cepat-cepat pakai glove. Since kena parking di bawah kami perlu berjalan ke Eorimok Entrance yang jauhnya lebih kurang 20 minit berjalan. Tapi sepanjang berjalan kaki, snow turun dan pemandangan disekitar sungguh cantik. Akhirnya kami tiba di Eorimok Entrance. Najmi bermain-main salji sampai puas. Then, kami turun semula ke parking kereta dan pulang ke hotel untuk solat dan lunch. Alhamdullilah misi mencari snow tercapai.
Jom jalan dalam snow


Mimi nak buat ABC ke tu?

Jom masuk hutan belakang tu

Jalan ke Eorimok Entrance

Mount Halla diselubungi snow

Sukanya budak ni

Penuh dah snow

Memang happy betul dia...tahan sejuk

Mak & abah...2nd snow experience

Ada game

Tasik beku

Bergambar di signboard Mount Halla je...tak sampai puncak pun

Dedaun salju

Ahli rombongan ke Jeju
                                         Video snowing
Tiba di hotel kami lunch nasi lemak balance breakfast tadi. Jam 3.30 petang, kami keluar untuk menonton Nanta Show di Jeju City yang jaraknya lebih kurang 1 jam dari hotel. Show jam 5.00 petang dan kami tiba di sana 4.30 petang. Nanta Show ini kiranya live show yang famous di Korea. Ticket Nanta Show boleh bole online di web sebab kalau walk in takut ticket habis sebab show memamg full house. 
Nanta Show Theater

BerNanta kita
Habis saja show lebih kurang jam 6.30 petang kami terus pulang ke hotel, tapi sebelum itu singgah di mini market untuk tambah stok makanan. Tiba di hotel, masak untuk dinner, makan dan berehat. Alhamdulilah selesai hari ke-2 di Jeju.
Besar-besar strawberri

Dinner yang lazat....

No comments:

Post a Comment