Thursday, 8 March 2018

Day 1 : KL - Jeju (30 Dec 2017)

Hari yang ditunggu telah tiba, flight ke Jeju awal pagi iaitu 6.40 pagi dari KLIA2. Cuma ada 1 flight je sehari dan beberapa kali je seminggu. Kalau terlepas flight memang kena menunggu hari lain lah. So, untuk mengelakkan sebarang masalah lewat, kami bertolak dari Melaka pada jam 2.30 pagi dan tiba di KLIA jam 4.30 pagi, terus je ke kaunter verify boarding pass dan drop bag. Alhamdullilah urusan check in selesai dan tiba awal di gate. Nasib baik ada surau berdekatan di gate perlepasan so mudah lah nak solat subuh dulu sebelum berlepas. Masuk je waktu subuh, terus solat dan terus boarding. Tepat jam 6.40 pagi kami pun terbang. Penerbangan mengambil masa lebih kurang 6 jam. Alhamdullilah penerbangan berjalan lancar tapi kapal terbang goyang-goyang sikit itu normal lah.

Tiba di tanah Jeju jam 1.40pm, waktu di Jeju cepat sejam daripada Malaysia. Waktu masuk ke Jeju Airport dah terasa kedinginannya, maklumlah winter..temperature bawah 10C. Urusan immigration dan pengambilan bag, berjalan lancar. Oh ya, di dalam flight, crew akan bagi Arrival Card untuk kita isikan dulu, setiap orang kena isi dan Declaration Form hanya satu sahaja yang perlu diisi untuk setiap famili.

Selepas keluar ke Arrival Hall, saya terus ke kaunter wifi rental di depan Arrival Hall. Dah booking, senang je terus collect modem. Then, masa untuk collect kereta sewa pula. Untuk collect kereta sewa, kena ke tempat shuttle bus yang berhadapan dengan Arrival Hall. Naik bus yang disediakan ke bangunan kereta sewa yang jaraknya tidak sampai 10 minit daripada airport. Since dah booking kereta awal dan payment sudah dibuat terlebih dahulu, maka process nak mengambil kereta lebih mudah. Cuma tunjukkan International Driving License, Passport dan booking slip je. Untuk sewa kereta di sini perlu International Driving License ya so boleh dapatkan di JPJ dengan bayaran RM150 dan valid setahun. Kalau takde lesen ini tak boleh sewa kereta di sini. Kereta Kia Karnival yang dibooking dah dapat...tapi muat ke beg-beg? Beg banyak pula, mula-mula pening juga nak susun dengan 7 penumpang lagi. Akhirnya selit-selitkan beg berjaya juga. Nasib baiklah tak berpindah-pindah hotel kalau tak susah lah nak mengangkut beg masuk keluar kereta.



Counter collect modem wifi...yang hujung tu bukan yang casino ya...

Tempat shuttle untuk collect car rental di Jeju Airport

Kita naik bas dulu

Shuttle ikut company car rental. Comel je bas dia


Destinasi pertama yang dituju mestilah ke hotel. Jungmun Log Pension &  Resort ini terletak di Jungmun, Seogwipo yang jaraknya lebih kurang 1 jam perjalanan. Kalau ikut mileage takdelah jauh sangat lebih kurang 40km tapi disebabkan speed limit Jeju ini tak boleh laju dan banyak sangat speed kamera, maka jarak perjalanan akan jadi lebih lama. Kami guna GPS yang disewa sekali dengan kereta. Cara guna GPS hanya perlu masukkan phone number destinasi yang dituju dan boleh terus navigate. Tak perlu nak type nama tempat tapi perlu tahu lah phone number tempat tersebut. Kali ini nasib baik dapat GPS English, dulu dapat GPS bahasa Korea agak sukar jugalah.

Setelah sejam, akhirnya tiba juga di hotel. Owner hotel baik orangnya, kami di bawa ke rumah yang dah dibooking dan diajar cara guna kemudahan di dalam rumah. Hotel ini dikelilingi ladang limau...pokok-pokok limau pun ada di hadapan bilik. Sebelum masuk bilik, owner dah bagi seplastik limau kepada kami. Rumah ini ada 2 bilik, 1 bilik di tingkat atas siap ada toilet, hall dan balkoni di tingkat atas, 1 bilik di bahagian bawah, ruang tamu, kemudahan memasak dan washing machine pun ada. Kiranya lengkap lah segala peralatan yang ada. Tilam, bantal dan selimut pun ada spare.



Yeah Mimi dah sampai hotel

Di kelilingi ladang limau

Nice plat number...sama dengan birthdate En. Suami

Model pokok limau...emak & abah...


Selepas berehat dan solat, kami keluar untuk mencari bahan-bahan untuk dimasak. Petang itu, kami ke Seogwipo Olle Market (Traditional Market) yang terletak lebih kurang 20 minit dari hotel. Olle market ini lebih kurang macam pasar malam lah. Banyak benda yang dijual daripada bahan basah, kering, buah, baju dan macam-macam. Harganya boleh tahan lah kalau convert ke RM sebab lebih kurang kena darab 3. Malam itu, kami beli sayur, buah-buahan, ketam, kimchi dan juga telur.

Seogwipo Olle Market

Macam local people je baju oren tu


Seafood...macam-macam

Baby crab...tengok je tak beli pun

Balik ke hotel, kami masak lauk simple je sebab dah penat seharian iaitu telur dadar, sup sayur dan sardin. Makanan panas jadi sedap bila makan sejuk-sejuk ini.
Bestnya dinner

Fresh fruits...beli di Olle Market
Malam rehat-rehat saja di bilik sebab dah penat seharian travel. Sebelum tidur, doa-doa adalah salji esok di Mount Halla, sebab walaupun winter tak sentiasa ada snow di Jeju ini. Yang mungkin ada di Mount Halla itupun bergantung kepada cuaca. Harap-harap adalah snow. Penat Mimi (anak sedara) datang dari jauh nak main snow.

No comments:

Post a Comment