Thursday, 8 March 2018

Day 3 : Yongmeori Coast - Osulloc Tea - Figure Museum - Cheonjeyeon Waterfall

Hari ke-3, macam biasa breakfast di hotel. Masterchef masak mee hoon taucu yang lazat. Lebih kurang jam 10.30 pagi kami bergerak ke Yongmeori Coast yang jaraknya dalam 30 minit dari hotel. Ada apa ya di Yongmeori Coast? Yongmeori Coast is a sandstone bed created by layers of sand that have been deposited for tens of millions of years (source:google). Yongmeori Coast ini terletak berhadapan dengan Mt. Sanbangsan. Siapa nak panjat mount ini pun boleh tapi tiada apa sangat di sana, ada kuil saja.

Mee hoon taucu for breakfast
So kami decide untuk ke Yongmeori Coast je. Daripada parking kena berjalan lebih kurang 10 minit ke ticket entrance. Nak masuk kena bayar tiket ya. Harganya 2000 won untuk dewasa. Waktu kami tiba di ticket booth, dia tulis close pula. Tak boleh masuk sebab high tide. Tapi dia tulis akan buka semula pada jam 12.30 pm. Waktu itu dah 11.30 pagi so rasanya kami tunggu lah sambil berjalan-jalan di sekitar area itu. Tak jauh dari situ ada satu museum kapal yang macam di Melaka. Tidak lama selepas itu counter ticket dah dibuka semula. Ada dua counter tiket, di tempat yang kami mula-mula tiba tadi dan 1 lagi di musuem kapal. So kami masuk melalui entrance di museum kapal. Laluan di sepanjang coast agak mencabar so kena berhati-hati lah.
Parking area in between Yongmeori Coast & Mt. Sanbangsan 


Mt. Sanbangsan 

Museum Kapal & canola flowers

Entrance ke pantai depan kapal tu
Ada auntie-auntie yang menjual seafood segar disepanjang coast itu. Kami pun menyusur laluan coast sambil berfoto dan mengkagumi ciptaan Allah yang unik itu sehingga lah ke entrance yang pertama tadi. Maksudnya one way dan tak perlu untuk patah balik ke gate yang kami masuk tadi. Keluar daripada gate, ada kedai jual sotong bakar (10000 won) dan fresh orange (3000 won). Memang sedap, rugi kalau tak cuba.
Auntie yang jual seafood


Boleh terus makan fresh-fresh

Start jalan from entrance

Awas licin

Abah merenung masa depan....jauhnya nak jalan

Macam-macam gayalah


Mimi pun nak panjat

Berjaya panjat

Nampak kurus tak? hehehe

Mt. Sanbangsan depan tu


Boleh buat cover album ni

Selamat mendaki

Sampai akhirnya

Jus orange yang sedap

Pekena sotong bakar pula
Sedap sehingga menjilat jari
                                      Video Yongmeori Coast


Kalau ikut plan selepas ke Yongmeori Coast, kami akan ke Mt. Songaksan. Mt. Songaksan ini ialah one of volcanic mountain yang ada di Jeju ini, tapi sebab masa tidak mengizinkan, kami terus ke Osulloc Tea yang jaraknya lebih kurang 30 min dari Yongmeori Coast tadi. Tiba di Osulloc Tea kami terus ke Tea Museum, tujuan asal nak ke cafe di sana untuk beli green tea ice cream. Kami beli family set yang terdiri dari green tea, cake dan ice cream dan makan di sana. Tak jalan-jalan di tea farm pun sebab sejuk.
Jalan ke Osulloc Tea pula 


Entrance ke Tea Museum & café


Family set nyummy

Hodoh sikit potong sebab tak sabar nak makan
Selepas itu, kami plan ke Figure Museum sebab Najmi nak tengok patung Iron Man dan Spider Man. Lagipun, pihak hotel bagi 3 free tiket ke museum itu. 1 tiket berharga 10000 won dan discount 20% untuk additional tiket. Kalau ikutkan museum itu tak jauh dari hotel sebab dah lalu banyak kali dan nampak musuem itu. Since, GPS berdasarkan number phone, bila key in no phone museum itu takde pula dalam sistem. Either GPS tak update atau museum ini dah tukar phone number. Sebab tidak dapat key in number phone, saya try lah key in address dan lot number.  Ok ada dalam sistem, so follow je. Tapi, bila tiba di destinasi tak nampak pula bayang museumnya. Kira sesat dan tersasarlah. Kami decide balik hotel dulu. Tiba di hotel, solat dan lunch dulu.


Malam tadi ada rebus ketupat segera so itulah lunch kami dengan kari ayam segera. Selepas itu, kami minta hotel owner untuk setkan GPS ke Figure Museum barulah dapatlah. Tercapailah cita-cita Najmi nak tengok Ironman. Museum ini memang sesuai untuk budak-budak banyak cartoon character ada. Ok layan je photos...malas nak tulis caption.










Selepas maghrib, kami ke  Cheonjeyeon Waterfall pula sebab waterfall ini buka sampai jam 10 malam. Kalau ikut plan, petang tadi nak ke Jusangjolli Cliff, tapi sebab dah sesat petang tadi so tak sempatlah. Sejuk betul angin di waterfall ini.
Entrance to waterfall


Kesejukan sebenarnya


Waterfall di waktu malam
Selepas itu, on the way balik ke hotel kami singgah di E-mart Seogwipo yang terletak sebelah Jeju World Cup Stadium. E-mart ini lebih kurang macam Tesco/Giant. Shopping barang-barang sikit. Buah strawberi dan ceri segar-segar. Balik masak untuk dinner, makan dan tidur. Alhamdulillah so far semuanya berjalan lancar untuk hari ke-3 di Jeju ini walaupun tak dapat cover semua tempat. Kena datang next triplah nampaknya.

No comments:

Post a Comment