Hari ini hari ke-4 dan kiranya hari terakhir untuk meronda Jeju. Hari ini kami keluar awal sedikit iaitu jam 9.30 pagi (takde lah awal sangat) sebab nak ke Seongsan Ilchulbong. Seongsan Ilchulbong ini terletak lebih kurang dalam 1 jam lebih dari hotel kami. Cuaca agak sejuk juga hari itu dalam 5C. Macam biasa pagi sebelum keluar, kami dah siap isi perut kenyang-kenyang dulu. Sarapan pagi ini nasi goreng sardin, telur rebus dan buah berangan yang dibeli di E-mart malam tadi. Besar-besar buah berangan dia dan harga pun lebih murah. Sebab hari ini jalan jauh dan tak balik lunch so kami dah siap masak dan bawa bekal sekali nasi impit dan telor masak kurma lagi. Ok cukup citer pasal makan (ini bukan blog makan ya).
After sejam lebih perjalanan, akhirnya kami sampai di Seongsan Ilchulbong. Ada apa di sini ya? Seongsan Ilchulbong ini kira famous landmark di Jeju. Ianya adalah antara bukit yang terhasil dari volcanic eruption dan diiktiraf sebagai World Natural Heritage. Ketinggian lebih kurang 180m dari paras laut. Rendah je tapi mengah juga lah untuk orang-orang yang aktif macam kami ini. Nak masuk kena bayar tapi tak mahal dalam 2000 won je seorang. Yang berjaya menakluki puncak Seongsan Ilchulbong cuma kami berempat je yang lain-lain exercise di bahagian bawah. Ok sila layan photos Seongsan Ilchulbong.
Breakfast dulu |
Otw to Seongsan Ilchulbong...dah nampak dari kejauhan |
Parking area Seongsan Ilchulbong |
Pandangan depan entrance |
Bayar tiket dulu |
Kawasan bawah |
Start mendaki |
View from top |
Bekas kawah gunung berapi |
2nd time sampai sini |
Mimi pun berjaya |
Turun lah balik |
Dah pancit |
Jauh lagi ke? |
Mak abah tunggu di bawah |
Matahari memancar tapi sejuk sangat |
Bawah tu ada show auntie-auntie penyelam |
Layan ice cream walaupun sejuk |
Bestnya orange juice tu |
Destinasi seterusnya plan nak pergi ke Sangumburi Crater kononnya nak tengok bunga-bunga lalang silver grass tapi masa macam tidak mengizinkan so kami decide ke Gimnyeong Seonsegi Beach je untuk lunch dan solat jamak zohor asar. On the way ke Gimnyeong Seonsegi Beach itu kami lalu di Canola Field. Apalagi wajib stop lah untuk sessi berselfie. Ada banyak canola field area Seongsan Ilchulbong ini. Pilih je lah nak yang mana, tapi nak masuk pun kena bayar 1000 won per person. Layan gambar canola pula ya.
Canola field berbackground Seongsan Ilchubong |
Di celah canola flowers |
Model bunga |
Saujana kuning |
Saranghae |
Hide & seek...tak jumpa Mimi cari |
Next, set GPS ke Gimnyeong Seonsegi Beach, mencabar juga la nak set GPS ini sebab kena masukkan phone number tempat, kalau type words tak keluar pula. Setelah menggoogle dapatlah phone number yang tulis Gimnyeong Seonsegi Beach. Jarak tak jauh lebih kurang 40 minit. So let’s go. Tapi after 40 minutes tak nampak bayang beach pun, sesat sampai masuk Jeju city center. Rupa-rupanya number phone building apa ntah di tengah-tengah bandar.
Sebab dah sesat berusahalah lagi. Kali ini try Waze pula sebab kalau tak silap South Korea disable google maps dan Waze usage. Tapi bila try Waze dapat pula, so kami mengwaze lah ke Gimnyeong Seonsegi Beach. Dalam 30 minit akhirnya sampailah di Gimnyeong Seonsegi Beach. Ha apa pula yang special di beach ini? Sama macam beach-beach cantik yang lain...pasir putih, air biru...plus ada wind mill dan angin yang sangat kuat, sejuk ke tulang sum sum. Alhamdullilah ada gazebo tepi beach tu kami pun bersantap lah juadah yang dibawa. Solat di situ sekali. Kami tak dapat lepak lama-lama di beach itu sebab tak tahan sejuk.
So, last destination sebelum balik ke hotel ialah singgah di E-Mart Seogwipo untuk last shopping sebelum balik ke Malaysia keesokkan hari nya. Selepas beli barang sikit di E-Mart kami pun balik ke hotel, masak dinner habiskan stok makanan dan packing untuk balik ke Malaysia esok.
Sesat sampai sini |
GPS bawa sampai sini konon-konon nak ke beach |
Sampai akhirnya Gimnyeong Seonsegi Beach |
Sempat main pasir |
Ada windmill |
Sejuk sangat sini |
Pantai memutih |
Gazebo tempat berteduh |
So, last destination sebelum balik ke hotel ialah singgah di E-Mart Seogwipo untuk last shopping sebelum balik ke Malaysia keesokkan hari nya. Selepas beli barang sikit di E-Mart kami pun balik ke hotel, masak dinner habiskan stok makanan dan packing untuk balik ke Malaysia esok.
Otw to Seogwipo |
Jeju Stadium sebelah E-Mart |
Shopping sikit di E-Mart |
No comments:
Post a Comment