Saturday, 7 October 2023

Ladies Gymba Trip Boracay, Philippines 2023 (14-18 Sep 2023)

*Atas permintaan ramai (tak tau lah berapa ramai haha), saya keluarkan dulu blog percutian ke Boracay ini walaupun banyak lagi blog yang pending supaya boleh menjadi panduan sesiapa yang hendak bercuti ke sana kerana blog/vlog info ke Boracay sangat terhad.


Salam semua, kali ini nak share experience trip gymba ke Boracay Philippines. Apa itu gymba? Gymba ini term yang kami guna untuk ladies activities ala-ala healing hehe. Trip ini disertai oleh kawan-kawan officemate dan juga ex-officemate. So kira macam trip reunion jugalah. Trip gymba sebelum ini pernah ke Shanghai Disneyland (boleh refer blog belakang-belakang), Jeju, Taiwan dan sepatutnya ke Pakistan tapi cancelled due to covid.

Peserta gymba trip Boracay 2023

Teaser Boracay sikit

Tarikh yang dipilih ialah pada cuti hari Malaysia 16 Sept so tak perlulah nak apply cuti lama sangat. Tempat untuk berjimba pula setelah di shortlisted, kami pilih untuk ke Boracay, Philippines sebab : 

1) Tak jauh sangat (flight dalam 5 jam ke Manila) 
2) Budget less than RM3K 
3) Travel time tak lebih 5 hari 
4) Nak mandi laut (ini yang paling penting sebab dah 5 tahun plan nak berjimba di pulau). 

Lepas semua geng agree dengan location, Puteri aka adik manis planner pun menjalankan tugas untuk study persediaan trip 5 hari 4 malam Boracay & Manila. Peserta trip kali ini 5 dewasa & seorang kanak-kanak bagi menceriakan trip.

Sebenarnya agak sukar nak merancang percutian ke Boracay ini (Filipino sebut Borakai) sebab tak banyak information dalam blog & vlog especially muslim version. Bila sebut nak bercuti ke Boracay & Manila pun orang macam pelik. Ada apa di sana ya? Sebelum kita pergi tempat sebenar jom kita tengok map kat mana Boracay Island ini.

Map Pulau Boracay...kami stay di Bulabog Beach

Location Boracay Island di Philippines

Untuk ke Boracay, kita perlu transit dulu di Manila. Ada beberapa pilihan airlines untuk ke Manila e.g MAS, Air Asia, Phillipines Airlines (PAL). Hasil carian melalui Skyscanner kami decide untuk ambik MAS dengan fare lebih kurang RM 950 termasuk luggage (20kg). Untuk ke Boracay Island dari Manila pun ada beberapa domestic airlines e.g PAL, Cebu Pacific. Kami pilih Cebu Pacific dengan fare RM 667 with luggage 20kg. Airport terdekat untuk ke Boracay ialah Caticlan Airport. Boleh juga nak turun di Kalibo Airport jarak 2 jam naik bas/van ke jeti untuk ke Boracay, so agak jauh dan buang masa juga.

Jom naik Cebu Pacific ke Boracay Island

Flight settle kita cari hotel pula. Hotel macam biasa kita guna AGODA. Sebelum booking di AGODA boleh guna shopback dulu untuk dapatkan cash rebate. Siapa yang tiada lagi account cashback boleh register di link ini.
https://app.shopback.com/O0hAwOdnsDb

My shopback...banyak dah cashback yang terkumpul..

Setelah survey-survey, hotel di Boracay yang sesuai bagi kami berenam ialah 7stones yang terletak di bahagian Bulabog Beach. Kenapa kami pilih kawasan ini sebab beach area di sini lebih tenang dan tidak jauh berjalan ke White/Main Beach dan central Boracay. Kami ambil 2 unit 1 bedroom suite untuk 3 malam. Bilik complete dengan kitchen so mudah untuk memasak. Untuk di Manila pula kami ambil 2 bilik di Savoy Hotel Manila sebab location yang dekat dengan airport. Kami di Manila cuma 1 malam je sebab transit untuk flight balik ke KLIA nanti. Rate hotel 7Stones (RM 2585) dan hotel Savoy (RM 659) untuk kami berenam.

Hotel 7Stones Boracay

Untuk aktiviti dan transportation di Boracay pula kami booking melalui Klook sebab lebih murah dan reliable, plus dapat cashback kalau book melalui shopback apps. Melalui Klook, kami book :
  • Transportation dari Caticlan Airport - jeti - hotel (pergi & balik) (RM 136 per pax)
  • Sunset parawsailing (RM 60 per pax)
  • Island hopping & snorkeling (RM 183 per pax)
  • 2 days hop on hop off bus (HOHO) Boracay (RM 23 per pax)

Itinerary 5 hari 4 malam kami pula lebih kurang begini :
Day 1 : KLIA - Manila - Boracay
Day 2 : Boracay free & easy (am) & sunset parawsailing (pm)
Day 3 : Boracay Island hopping/snorkeling (am) & shopping (pm)
Day 4 : Check out Boracay - Manila (am) & sightseeing Manila City (Greenbelt Makati, Hard Rock Cafe, Intramuros & Rizal Park) pm
Day 5 : Manila - KLIA
Day 6 : Back to office keje

Sunset Parawsailing...antara aktiviti kami di sana

Philippines guna currency peso, so jangan lupa tukar duit sebab di Boracay mostly kena guna cash. Currency exchange rate waktu kami pergi lebih kurang 100peso = RM8.25.

Inilah peso...ada juga coin tapi tak ambil gambar pula

Malaysian travel ke Philippines tak perlu visa tapi since post covid ada Electronic Health Registration. Any visitor kena register dalam web ini 3 days prior traveling. (https://etravel.gov.ph/). Make sure register dulu & download QR code sebelum fly ke Manila ya kawan-kawan.

Jangan lupa register ini sebelum ke Philippines.

Insuran jangan lupa ambil ya sebab bila travel regardless ke mana-mana pun still ada risk lebih-lebih lagi kami pergi ke tempat yang agak rare iaitu Boracay dan Manila (high risk tourist area sebenarnya). Kami ambil travel insuran Etiqa 360 lebih kurang dalam RM41 per pax.

Universal charger juga jangan lupa bawa sebab plug point tak sama seperti di Malaysia. 

Ok semuanya dah ready jom ikut kami ke Boracay & Manila, Philippines. Sila visit page seterusnya, tak banyak ada 6 page je jom....

                                                                Jom Boracay......




No comments:

Post a Comment