Good morning Boracay…pagi ini lebih kurang jam 8 pagi geng sorang lagi yang dari Sabah telah sampai sampai ke hotel. Kami breakfast dulu sambil borak setelah sekian lama tak jumpa. Breakfast disediakan oleh AJK Makanan terbaik iaitu Along.
|
Breakfast air tangan ibu Along |
Selepas breakfast, kami berlima keluar ronda-ronda Boracay sementara bagi peluang sahabat dari Sabah yang telah semalaman travel untuk berehat. Kami berjalan kaki ke Station 2 yang happening dengan kedai. Station 2 juga mempunyai White Beach/ Main Beach yang cantik. So layan je photo kami ya..
Sebelum balik ke hotel, kami singgah ke Budget Mart untuk beli groceries sikit..banyak juga yang kami beli e.g beras 2kg, telur, juices, gula, kicap, kopi, roti, jajan dan macam-macam. Bila masing-masing tangan dah penuh, kami naik tuk-tuk balik ke hotel. Tak mahal pun tuk-tuk dalam 100peso (RM8) muat untuk kami berlima dan barang-barang belian.
|
Shopping budget di Budget Mart |
|
Shopping time...banyak barang halal termasuk roti Gardenia |
|
Balik naik tuk-tuk |
|
Dengan barang belian...bukti shopping di Boracay |
Petang lepas solat jamak zohor/asar barulah kami keluar sambung explore Boracay. Kali ini kami guna kad Hop On Hop Off (HOHO) bus yang kami beli di Klook. Ada kad ini kita bole naik bas HOHO pusing 1 pulau.
|
Dah cukup quorum...jom explore Boracay...sand sculpture ni depan hotel je |
|
Tempat wajib gambar...cukup semua 6 geng gymba |
|
Kita guna card ni naik bas round island |
|
Awek-awek (ke makcik-makcik hehe) tengah tunggu bas |
|
Jom naik bas... |
|
Dalam bas scan card HOHO |
Kami stop di Station 1 untuk lunch. Sebenarnya tak banyak pun restoran halal di pulau ini, tapi agak ramai juga penduduk yang beragama Islam especially penjual-penjual di gerai souvenir. Untuk lunch kami ke Kasbar (restoran makanan Arab). Restoran suasana ala-ala Arab di tepi pantai.
|
Stop di Station 1 beach |
|
Jom jalan di pantai untuk gi makan |
|
Pantai landai & pasir lembut... |
|
Pantai depan restoran |
|
Selfie dulu sebelum masuk restoran |
|
Inilah Kasbar....halal resto yang ada di Boracay |
|
Pineapple juice....sikit sangat ni tak cukup hehe.. |
|
Kebab |
|
Ayam tak ingat masak apa |
|
Humus & pita bread |
|
Lamb rasanya...tapi ada telur |
Lepas kenyang perut, kami berjalan-jalan di sepanjang pantai yang panjang untuk membakar lemak. Kami berjalan sehingga ke Station 2 sebab kami akan naik parawsailing pada jam 5 petang nanti. Sambil menunggu sesi parawsailing kami mandi laut (takkan tengok laut je, kena lah berendam).
Lebih kurang jam 4.30 petang kami bergerak ke tempat berkumpul untuk parawsailing. Jangan confuse ya parawsailing dan parasailing tak sama. Parawsailing boleh naik berenam tapi parasailing cuma boleh naik seorang atau berdua sahaja.
|
Jom jalan ke tempat parawsailing |
|
Dah nampak parawsailing |
|
Posing dulu,,,barulah Boracay |
|
Belum sampai masa lagi...jalan dulu |
|
Tengok-tengok dulu bot parawsailing |
|
Posing bawah pokok kelapa |
|
Nice view... |
Parawsailing ini sebenarnya macam kita naik kapal layar lah dan kami ambil sunset parawsailing menikmati sunset sambil belayar. Ini merupakan kali pertama kami mencuba parawsailing dan ianya antara parawsailing termurah iaitu RM 356 untuk 6 orang. Parawsailing ini memang best dan must do kalau datang ke Boracay.
Lepas enjoy parawsailing, hari pun dah start gelap. Kami naik HOHO ke station 3 pula untuk cari seafood. Station 3 ini ramai juga muslim dan ada masjid tapi kami tak sempat ke sana. Kami memilih seafood dan minta kedai untuk masakkan. Kami take away je sebab masing-masing masih kenyang lagi. Nanti balik rumah baru masak nasi dan dinner. Kami lepak-lepak minum air kelapa borak-borak sambil tunggu makanan dimasak.
|
Kawasan Station 3 |
|
Jom cari seafood market |
|
Kita ke Talipapa |
|
Banyak tempat shopping sini |
|
Sessi membeli di pasar |
|
Ada lobster |
|
Kawasan seafood market |
|
Layan air kelapa dulu |
Lepas makanan siap dimasak, kami stop sekejap untuk shopping. Banyak gerai-gerai jualan di sini. Bag water proof agak murah di sini contohnya untuk yang besar 20L dapat dalam 200peso (RM16). Magnet dan baju-baju juga lebih murah di Station berbanding dengan Station 2. Kita support sikit muslim business owner di sini. Kami balik ke hotel dengan bas HOHO. Tiba di hotel rehat sekejap dan kami pun dinner.
|
Sessi tawar menawar |
|
Balik hotel naik bas HOHO...kesejukan dalam bas |
|
Hasil menjala di pasar |
Alhamdullilah selesai hari ke-2 di Boracay. Tidur awal sebab esok kita island hopping pula..jom next page sambung explore Boracay.
No comments:
Post a Comment