Saturday, 7 October 2023

Day 4 : Boracay - Manila (17 Sept 2023)

Jam 8 kami sudah kena check out dan transporter sedia menunggu untuk bawa kami ke jeti dan seterusnya ke airport. Pagi itu kami sempat breakfast air tangan Along dan perhabiskan stok makanan yang ada. Urusan check out, check in bot dan flight ke Manila pun berjalan smooth. Layan gambar kami last day di Boracay ini.

Breakfast last sebelum check out

Ready to check out...driver pun dah tunggu tu

Van untuk ke jeti Boracay

Jetty area

Bye Boracay

Register untuk bot

Boarding area jetty

Tetap ceria walaupun nak balik

Ok jom naik bot balik Malaysia

Clear sungguh air laut nya

Perkenalkan peserta-peserta gymba trip Boracay. Thanks abang pekerja bot yang tolong ambilkan gambar kami setiap seorang. Kalau nak tau jarak dari jeti Boracay ke Caticlan ialah ngam-ngam untuk ambil gambar kami 6 orang je dah sampai Caticlan.

Captain (muka mestilah garang haha)

Planner terhebat

Chef terpaling sedap masak

AJK Kebajikan & AJK Keceriaan yang paling ceria

AJK Kecantikan yang sentiasa pastikan geng semua cun...

Ok dah sampai

Naik bas pula untuk ke Caticlan Airport

Pastikan semua geng cukup ya co-pilot

Ok kejap je sampai airport

Dah settle check in, boarding area....dahaga ada Starbucks...

Kena naik bas untuk ke flight

Ok jom naik Cebu Pacific

Bye-bye Boracay....InshaAllah datang lagi

Flight ke Manila jam 11.15 pagi dan lebih kurang jam 12 tengahari kami selamat tiba di Terminal 3 Manila Airport. Memandangkan belum boleh check in so kami solat dulu di surau Terminal 3 di level 2. Dah settle solat, kami panggil Grab untuk ke hotel dan plan untuk letak barang sebelum jalan-jalan Manila City. Kali ini kami stay di Savoy Hotel tak jauh dari airport. Grab pun dalam 180peso. Alhamdullilah tiba di hotel dah boleh terus check in. Kami check in letak barang dan panggil Grab untuk explore Manila.

Jom fly

Boracay from top view

Alhamdullilah selamat tiba di Terminal 3 Manila

Surau di Terminal 3

Tiba di Hotel Savoy

Check in dulu

Bilik kami 1 malam

Hotel depan airport je

Sempat termenung rindu orang di Malaysia

First destination kami ke Greenbelt Makati. Area ini quite high end jugalah banyak branded boutique. Kami tak shopping pun sebab dah lapar kami cari halal restaurant. Ada beberapa restoran halal dan kami pilih untuk lunch di Bollywood Restaurant. Sedap cheese nan dan tandoorinya tapi kena memerlukan kesabaran yang tinggi sebab lama sangat tunggu makanan. Lepas lunch, kami jalan kaki ke Hard Rock Cafe di area situ juga. 

Jom grab dah sampai

Tumpang lalu cik Dior

Singgah Bollywood dulu

Muka lapar tapi tetap ceria

Yeah tandori sudah sampai

Cukup ke naan ni....tambah lagi 4

Dah kenyang jom jalan...

Green Belt area

Nak gi mana tu?

Unik truck ni...banyak di Manila

Singgah Gucci jap...

Jom cari Hard Rock pulak

Ok jom Hard Rock

Shopping time

Tunggu Grab kita ke Intramuros pula

Shopping serba sikit dan ambil Grab ke Intramuros. Intramuros ni iconic place di Manila. Ibarat pergi Melaka singgah di Afamosa. Waktu kami tiba hari dah gelap walaupun baru jam 5 lebih. Kena bayar 75peso untuk masuk Intramuros park ini. Lepas jalan sikit-sikit dalam park, kami berjalan sepanjang old town, ada banyak church dan bangunan-bangunan lama sehingga ke Rizal Park. Ambil gambar seround dua, hari dah start hujan so kami terus panggil Grab untuk pulang ke hotel. Kami perlu pulang ke hotel sebelum jam 9 malam sebab geng Sabah aka sis Sayra perlu ke airport sebab flight jam 11 malam.

Sesi lawatan ke Fire Station ke tu? 

Beli tiket dulu untuk masuk park

Suasana dalam Fort Santiago Park

Evening walk

Wajah ceria

Macam kat Melaka je

Masih ber energy

Pose wajib Manila

Dah malam jom balik

Antara church yang ada...

Jalan di lorong gelap....Alhamdullilah selamat

Rasa haus singgah Starbucks

Tiang Bendera

Jose Rizal Monument

Bukti hadir

Gambar wajib

Dah hujan jom balik....good nite Manila

Alhamdullilah kami tiba di hotel lebih kurang jam 8.30 malam. Malam itu kami berehat dan merupakan malam terakhir di Philippines untuk trip kali ini…sila stay tune sehingga ke page sebelah untuk penutup trip kali ini.

No comments:

Post a Comment