Saturday, 7 October 2023

Day 5 : Manila - KLIA (18 Sept 2023)

Last day untuk trip 5hari 4 malam Boracay-Manila. Flight kami jam 12.50 tengahari. Jam 8 pagi kami turun breakfast, boleh lah alas perut cari makanan yang boleh dimakan. Jam 9.30 pagi settle check out dan panggil Grab untuk ke Terminal 1 Manila Airport. Grab charge 230 peso untuk ke airport.

Cafe hotel

Jom breakfast

Antara makanan alas perut

Ada tempat cun OOTD sebelah cafe

Cuaca baik dan cerah

Dah jom balik esok kerja...

Tiba di airport, urusan check in dan immigration agak pantas. Bab ini boleh dipuji walaupun ramai orang process agak pantas dan smooth. Sambil menunggu boarding sempat lagi kami perhabiskan peso dengan beli ole-ole yang famous di Manila.

Terminal 1 Manila Airport

Habiskan peso di sini

Antara makanan halal yang dibeli

Jam 12.50 tengahari kami dah ready untuk fly dan penerbangan pun Alhamdullilah lancar. Macam tak percaya berjaya trip Boracay ini walaupun dah lama merancang untuk ke sini Alhamdullilah tercapai. Boracay ini macam underrated dan tidak popular di kalangan Malaysian. Sepanjang 5 hari 4 malam di sini tak ada terserempak dengan warga Malaysia even time flight balik pun steward/stewardess MAS macam tak percaya kami bercuti di Boracay dan Manila, maybe Boracay ini tidak popular sebab pernah ditutup agak lama untuk tujuan pembersihan dan pandemic covid.

Flight ke KL

Ok dapat meal yang sedap...

Secara peribadi, Boracay memang best…pantai landai putih cantik halus. Tak boleh smoking, vaping, drinking, buang sampah, bawa pet dan macam-macam peraturan untuk memastikan penjagaan pantai. Orang-orang nya juga baik-baik, peramah dan rajin hulurkan bantuan untuk mengambil gambar kami. Sebenarnya ramai yang skeptical kami ke sini, selamat ke banyak scammer ke...Alhamdullilah semuanya ok dan baik-baik sahaja. InshaAllah ada rezeki boleh repeat lagi..Mabuhay Boracay…5 hari 4 malam dengan kos all in tak sampai RM2500 dengan pengalaman menarik healing di pantai yang cantik. Settle healing team gymba…next jom gymba mana lagi….

View yang dirindui

Team Gymba yang best


Thanks yang sudi baca blog ini dari awal sampai akhir, harap ianya dapat membantu anda jika ada plan untuk ke Boracay nanti..nak tanya details boleh pm tepi…Terima kasih...

No comments:

Post a Comment