Sunday, 6 March 2022

Staycation Rumah Sungai Bonda Rozita ( 31/12/2021 - 1/2/2022)

Salam semua, selamat bertemu kembali. Kali ini nak share percutian staycation bersama-sama rakan sekolah. Actually dah lama plan dengan rakan-rakan sekolah (kami bertiga je pun) untuk gathering dan staycation. Banyak kali plan tapi tak menjadi tapi kali ini tanpa fikir panjang kami book je Sugeh Resort di Janda Baik. Resort ini kepunyaan Dato Aliff Shukri terlajak laris. Kami booking agak awal juga lebih kurang sebulan sebelum date yang kami nak pergi iaitu 31 Disember 2021. Waktu booking semua bilik dah penuh nasib baik dapat bilik terakhir yang kosong.

Photo intro dulu staycation kali ini....Rumah Sungai Bonda Rozita, Batang Kali

Lebih kurang 2 minggu sebelum tarikh staycation kami, Janda Baik telah dilanda banjir. Beberapa hari sebelum kami pergi, kami contact pihak Sugeh bertanya keadaan di sana. Dilaporkan beransur pulih tapi sungai masih keruh dan tidak sesuai untuk mandi. So kami sepakat untuk teruskan juga staycation ini.


Pada hari kejadiaan (31 Dis 2021), saya dan Nuz bergerak dari Melaka pada jam 10 pagi. Target untuk ambil Lin di Puchong pada jam 12 tengahari dan terus ke destinasi pertama iaitu lunch di Warung Bonda, Rumah Hutan di Batang Kali. Warung Bonda ini terkenal dengan ikan lunaknya. Sepanjang perjalanan dari Melaka hujan gerimis so kami double check lagi dengan pihak Sugeh keadaan di sana. Kami dimaklumkan dah dua hari hujan berturut-turut dan kami diberi option untuk tangguhkan check in di Sugeh. So kami decide untuk tangguhkan check in di Sugeh tapi staycation perlu diteruskan cuma check in di mana je tak pasti lagi.

Tiba di Puchong lebih kurang jam 12 tengahari, cuaca agak baik dan kami teruskan ke Warung Bonda di Batang Kali. Agak jauh juga lebih kurang sejam lebih perjalanan. Tapi perjalanan jauh tak terasa sebab menyembang sepanjang jalan. Kami juga lalu di jalan yang tertinggi di Malaysia iaitu Rawang Bypass Latar Highway. Gayat juga tengok.

Lebih kurang jam 1 lebih kami selamat tiba di Rumah Hutan Bonda Rozita. Rumah Hutan ini sangat cantik dan terkenal di kalangan follower Bonda dan pengguna produk Jamu Ratu Malaya (JRM). Plan asal memang nak staycation di sini tapi sentiasa penuh. Sebelum ke Warung Bonda untuk makan, kami mencuba nasib kalau ada kekosongan bilik di sini. Maklumlah musim banjir, mana tau ada rezeki bilik kosong. Alhamdullilah ada rezeki untuk kami ada bilik kosong di Rumah Sungai yang tidak jauh dari Rumah Hutan. Untuk info, kawasan Bonda Rozita ini agak besar ada Rumah Hutan di kawasan bukit dan Rumah Sungai di kawasan sungai. Boleh refer details atau booking di www.bondavalley.com.

Kaunter pendaftaran Rumah Hutan

Sessi check in


Selesai urusan check in (tapi belum boleh masuk bilik lagi sebab belum jam 3), so kami lunch dulu di Warung Bonda. Warung Bonda ini terletak di atas bukit, untuk ke sana kena register dulu di Cafe Barista untuk book transport dan untuk elakkan sesak di atas. Selain makan di Warung Bonda, ada satu lagi restoran iaitu Istana Ratu yang juga terletak di atas bukit. Caranya sama juga macam booking untuk makan di Warung Bonda.

Barista Cafe tempat menunggu sementara naik ke atas

Tu lukisan wajah Bonda Rozita

Sweet-sweet belaka

Transport ala-ala tuk-tuk untuk naik ke Warung Bonda

Ok jom....

Kami bernasib baik waktu kami tiba di Rumah Hutan orang tak berapa ramai sebab waktu tengahari Jumaat. Warung Bonda juga agak lengang. So kami menjamu dengan tenang.

Inilah Warung Bonda

Menu Hari Ini

Adik-adik inilah tukang masak

Geng staycation ready nak makan

Lauk simple tapi sedap (lapar pulak tengok)

Jus ni dapat free waktu check in...pun best

View time makan...tenang je

Dah makan mestilah happy

View area Warong Bonda

Antara rumah penginapan sekitar Warung Bonda

Ok dah jom turun kita ke Rumah Sungai pula

Selepas makan, kami ke pekan Batang Kali dulu untuk membeli barang-barang masakan sikit sebab di Rumah Sungai nanti boleh masak-masak. Balik dari Batang Kali kami sempat singgah beli durian.

Singgah beli durian tak jauh dari Rumah Hutan

Ini map Rumah Sungai yang kami akan stay nanti...cari mana Rumah Bubinga

Ini map Rumah Hutan..tempat check in & makan di Warung Bonda tadi...

Tiba je di kawasan Rumah Sungai, hujan turun dengan lebatnya. Untuk ke Rumah Bubinga (rumah kami) perlu naik pick up sebab kena cross sungai. Bila pick up tiba di kereta, kami pun transfer barang-barang dan diri sendiri ke dalam pick dalam keadaan hujan.

Jom check in dulu

Inilah Rumah Bubinga.....tunggu hujan reda

Ruang tamu ala-ala kampung

Kawasan dapur

Agak lengkap semua ada termasuk beras, gula, tepung, telur, minyak etc....

Bahagian ala-ala loteng atas

Mengintai apa tu mak cik...

Balkoni atas

View sungai dari bilik....dapat tengok jela air deras


Petang itu kami berehat je di bilik sambil tunggu hujan reda. Sebelum maghrib hujan agak reda so boleh lah ronda-ronda kawasan sekitar Rumah Sungai ini.

Kita makan durian dulu

Hujan dan reda...jom ronda

Sungai depan bilik ada spot berphoto tapi tak dapat nak cross air deras

Banglo yang besar di sebelah

Boleh lepak sini ada hammock

Kalau tak gayat boleh berdiri di sini....glass floor

Ini sungai yang kami cross naik pick up tadi

Laju air sungai selepas hujan


Malam selepas maghrib kami masak ringan-ringan je dan tidur dengan lenanya.

View jambatan gantung di waktu malam

Selfie sikit di jambatan gantung

Dinner ringan-ringan kami malam itu

Tidur bentang tilam je macam balik kampung dulu-dulu...tiada katil rumah ni..


Keesokkan harinya selepas subuh kami masak dan breakfast di rumah. Selepas breakfast, cuaca pun agak baik so kami pun ronda-ronda membakar lemak. Memang cantik kawasan Rumah Sungai ini, tenang dan mendamaikan. Cuma sayang sungai je tak boleh guna sebab lepas hujan air deras dan keruh.

Breakfast Nuz masak....

Morning walk...sessi membakar lemak

Air masih lagi deras

Mesti ceria di pagi hari

Tenang je di sini

Rumah sungai yang selalu Bonda Rozita stay

Dewan

Bukti di Kampung Bubinga...ada merak belakang tu

Ke Rimba Park pula

Ada buaian besar Ayunan Rimba namanya

Ada group sedang team building di Rimba Park

Merak putih....rare species...malam-malam kuat juga bunyi nya

Kebun Sayur Bonda

View Rumah Bubinga dari atas bukit....rumah kami yang pertama

Jom jalan panjat bukit lagi

Banyak projek Bonda lagi ni

Jom panjat lagi tinggi...

Selamat mendaki...baru tiba ni

Sampai sini jela...tak larat nak panjat lagi

Kita turun ke sungai pula

Baik-baik jatuh nanti

Air masih deras

Puas jalan kita cycling pula...basikal free je

Jambatan gantung di waktu siang

3 awek di Jambatan Gantung

Surau pun ada

Rumah kaca sesuai untuk yang berdua

Posing sikit di atas tangga....cantik tangga

Ada mini zoo

Si merak coklat

Cari apa la si Merah ni


Tengahari jam 12, kami pun check out. Pick up datang bila kami dah ready dan sekali lagi pick up akan merentasi sungai untuk ke kawasan parking kereta. Risau juga sebab sungai nampak macam deras.

Sempat makan durian & kek yang dibeli di Cafe Barista sebelum check out

Free gift dapat waktu check in...thanks Bonda

Dah ready nak check out....tunggu pick up datang

Jom check out....jangan report JPJ ya....hahaha


Kami pergi semula ke Rumah Hutan untuk pulangkan kunci dan nak shopping barang-barang Jamu Ratu Malaya dan produk-produk Dapur Kayu Bonda seperti ikan lunak, talapia, cucur badak dan belacan kayangan. Alhamdullilah ada rezeki kami jumpa Bonda Rozita di Rumah Hutan. Bonda pun baru habis kuarantin selepas bercuti di Turki.

Hantar kunci untuk check out

Shopping dulu di Astaka Dinar

Rezeki bertemu Bonda Rozita

Suasana di dalam kedai

Hasil tangkapan

Dan lagi....


Selesai lah staycation singkat kami di Rumah Hutan/Sungai ini. Next, kami ke Genting Premium Outlet (GPO) pula untuk cuci mata dan alang-alang tak jauh. Tapi tiba je di GPO, hujan pun turun dengan lebatnya so tak dapat lihat pemandangan sebab berkabus dan orang juga agak ramai. Lepas pusing-pusing seround kami pun gerak dari GPO ke KL.

Berkabus dan hujan di Genting


Next plan ialah cari lunch pula. Semua setuju nak makan Korean food. Kami google lah apa yang halal dan best. So jumpalah restoran Sweet Tree di Ampang. Oklah on the way nak balik Melaka boleh singgah sini. Kami tiba di SweeTree lebih kurang jam 3.30 petang, sebelum itu solat jamak dan parking kereta di masjid yang tak jauh dari restoran. Orang agak ramai so kena lah tunggu giliran dulu.

Inilah restoran nya...

Ringan-ringan dulu

Oppa tengah buat cheese chicken....

Ringan-ringan je

Dessert ringan-ringan juga haha..


Selesai makan, kami turunkan Lin di TBS untuk dia naik MRT ke Puchong dan kami teruskan perjalanan ke Melaka. Alhamdullilah selesai short staycation dengan BFF. Dicatatkan di sini sebagai kenangan hari tua nanti. InshaAllah next kita staycation lagi ke Sugeh pula…

No comments:

Post a Comment