Tuesday, 8 March 2022

Family Staycation Rumah Sungai Bonda Rozita (17-18 Jan 2022)

Salam semua, kali ini nak berkongsi pengalaman family staycation di Rumah Sungai Bonda Rozita di Batang Kali. Baru je dua minggu yang lepas staycation di sini bersama kawan-kawan (boleh refer page belakang). Kali ini kita family staycation pula. Alhamdullilah ada rezeki kekosongan walaupun booking seminggu sebelum. Biasanya sentiasa full house. Kali ini kami menginap di Rumah Teluki Rumah Sungai yang boleh memuatkan sehingga 16 dewasa. Rate untuk rumah ini ialah dapat RM 2500 tapi Alhamdullilah dapat diskaun 20% so dapat lah RM2000. Agak mahal juga sebenarnya tapi kongsi-kongsi lah kos...

Rezeki ke Rumah Bonda lagi....

Untuk makluman, rumah penginapan Bonda Rozita ini ada 2 bahagian iaitu Rumah Hutan dan Rumah Sungai. Urusan check in, nak beli barang-barang Jamu Ratu Malaya atau nak mengurut adalah di Rumah Hutan. Rumah Hutan pun ada penginapannya sendiri. Tempat yang ke-2 ada lah Rumah Sungai. Perkampungan Bubinga juga terletak di kawasan seberang sungai di Rumah Sungai. Details boleh refer di website www.bondavalley.com atau map di bawah ini.


Map Rumah Hutan

Cari mana Rumah Teluki...

Saya sampai di Rumah Hutan lebih kurang jam 2 petang. Sambil menunggu waktu check in dan family yang lain datang, saya dan suami lunch dulu di Warung Bonda dan semestinya makan ikan lunak. 

Menu Hari Ini Warung Bonda

Makan view hutan hijau

View kawasan Warung Bonda

Antara rumah di Rumah Hutan

Selesai makan, urusan check in pula. Check in pantas je dan dapat free gift dapur kayu dan beg make up. Dah dapat kunci jom kita gerak ke Rumah Teluki di Rumah Sungai yang lebih kurang 5 minit dari Rumah Hutan.

Rumah Teluki ni ada 4 bilik dan lengkap serba-serbi termasuk beras, tepung, minyak, telur, bawang dan macam-macam lagi lah. So layan photo-photo di Rumah Teluki ini ya. 

Bahagian depan rumah...2 tingkat rumah ini di kelilingi pokok-pokok

Ruang tamu...abah sedang berehat

Bilik bahagian bawah...ada 2 bilik

Bilik bahagian atas...ada 2 bilik gak...style hiasan buluh

Tempat BBQ & lepak-lepak...

Rempah ratus, periuk semua ada

Pingan cawan yang cukup untuk seisi keluarga...ada kopi JRM juga

Mini zoo betul-betul sebelah rumah....ada merak & si Merah burung kakak tua..


Lepas solat, kami pun ronda-ronda kawasan Rumah Sungai dan aktiviti wajib mestilah mandi sungai. Alhamdullilah cuaca baik dan air sungai pun jernih. Tak macam dua minggu lepas air sungai macam teh tarik.

Jom ronda-ronda

Model di tangga

Kita cross jambatan gantung dulu

Model Bubinga

Dalam sarang burung

Di buaian besar

Exercise petang-petang atas bukit

Jom turun sungai pula

Mimi gayat tu atas cermin

Sesi seberang sungai

Dah kesejukan lah tu...

Sungai yang jernih

Yeah...tak tukar baju untuk mandi lagi waktu ini dah test sungai...

Sesi rendaman


Malam pula, aktiviti BBQ. Tempat BBQ ada disediakan, cuma perlu bawa arang dan bahan-bahan untuk dibakar je. Alhamdullilah malam itu semua kekenyangan.

Chef BBQ

Bahan-bahan untuk dibakar

Ni tukang bakar ke makan...
..
Talapia

Udang....tak payah letak caption pun tahu....

Mestilah sotong

Esok paginya pula, kami masak breakfast sendiri. Menu kali ini ialah kuetiau goreng kerang special air tangan ibu dan goreng-gorengan keladi, keledek dan sukun. Minuman pula, teh dan kopi-kopi JRM ada disediakan.

Jom breakfast

Zoom sikit makan apa


Selepas breakfast, apa lagi turun lah sungai seround lagi. Puas mandi sungai, ronda-ronda kawasan sekitar dan kami balik berkemas-kemas untuk check out.

Eusoff & Ecah baru nak mandi sungai pagi ini....semalam lambat sampai

Iklan t-shirt Petronas

Mandi di celah-celah batu pagi ini

Sungai yang best, jernih & sejuk

Selepas check out dan pulangkan kunci di Rumah Hutan, masa untuk lunch pula. Kali ini kami lunch di Istana Ratu Bonda Rozita. Kami yang seramai 13 dewasa dan 4 kanak-kanak ini naik 2 pick up yang disediakan untuk ke Istana Ratu. Istana Ratu memang tempat yang wow, penuh ukiran dan tenang untuk makan. Kami pun menjamah hidangan di raja…hehe.

Jom naik tuk-tuk ke Istana Ratu

Inilah tuk-tuknya

Disambut oleh dayang istana

Raja & Permaisuri bersemayam dulu

2 beradik Permaisuri

Kerabat

Suasana dalam dewan makan

Suasana dalam dewan makan...ada 3 dewan makan kalau tak silap

Tengah tunggu hidangan

Meja bujang

Ruang antara dewan makan ke lobi istana

Abah dah ready nak bersantap

Set ayam bakar nasi jagung

Set ikan lunak nasi jagung

Berehat dulu selepas makan

Buat macam rumah sendiri pula

Ok dah time nak balik naik tuk-tuk

Kena tinggal tak muat tuk-tuk..

Ole-ole shawl dari Istana Ratu...thanks Bonda


Selepas makan, kami dibawa turun semula ke bawah Rumah Hutan. Kami membeli sedikit barang-barang JRM sebelum semua pulang ke rumah masing-masing. Alhamdullilah selesai family staycation yang simple ini, yang penting ialah pengalaman di tempat baru dan family bonding. InshaAllah rezeki kita staycation di tempat lain pula. Blog kali ini simple je....nak tahu staycation di Perkampungan Bubinga, Rumah Sungai boleh refer di page belakang ya...

Peserta-peserta percutian kali ini....Alhamdullilah semua selamat sampai ke rumah masing-masing


No comments:

Post a Comment