Sunday, 13 March 2022

Family camping di Tiger Base Camp Tanjung Sedili (1-2 Feb 2022)

Salam semua, kali ini nak share family camping di Tiger Base Camp di Tanjung Sedili Johor. Dah lama tak family camping rasa last dulu pun 15 tahun lepas di Tanjung Balau. Kali ini kita tukar selera pula asyik bercuti di hotel je kita ke camp site pula.

Macam biasa gambar teaser dulu....inilah khemah kami


Kami booking Tiger Base Camp (TBC) sebulan awal sebab nak pergi time cuti Chinese New Year dan mesti full house kalau tak booking awal. TBC ni ada 2 site iaitu TBC 1 & TBC 2. Kami pilih TBC 2 sebab line telephone lebih kuat. Details boleh check FB Tiger Base Camp.

Ini aktiviti yang ada di camp site....sediakan duit je jika berminat

Entrance Fees & Facilities yang ada....nak bawa khemah sendiri pun ok just bayar untuk per pax


Di TBC ini, toilet ada disediakan tetapi plug point tiada. So masing-masing kena sediakan lampu dan bekalan tenaga sendiri lah.

Power bank yang power

Lampu & kipas USB beli di shoppee

Lampu-lampu LED USB beli di shoppee juga

Bekalan tenaga yang power....boleh guna plug point


Sehari sebelum check in di TBC, kami check in dulu Homestay Aima di Kulai Johor. Homestay ini adalah homestay kepunyaan keluarga yang mempunyai 3 bilik siap private pool dan bilik karaoke. Details boleh check di FB Homestay Aima ya jika berminat untuk booking. Malam itu kami buat makan-makan sikit dan sambut majlis hari jadi kecil-kecilan.

Check in Homestay Aima di Kg Sri Paya Kulai....tenang je

Ada yang dah lapar lah tu

Birthday boy & girl

Antara tetamu yang hadir

Lepas makan main pool

Pool macam-macam warna ada

Sesi menyumbangkan lagu

Hari camping yang ditunggu pun telah tiba iaitu pada 1 Feb 2022. Peserta camping kali ini adalah seramai 18 dewasa dan 4 kanak-kanak. Pagi itu kami gerak dalam jam 11 pagi dari Homestay Aima. Kalau ikut waze dalam 1 jam setengah dah boleh sampai tapi disebabkan jalan jammed dalam pukul 1 lebih baru kami tiba di TBC. Untuk masuk ke TBC ni kena lalu offroad ladang sawit yang berbukit-bukau lebih kurang 3km. So kalau kereta yang lowered adalah sangat tidak digalakkan.

Penuh pick up macam nak pindah rumah...basikal pun kami bawa ya

Jalan besar dari Kota Tinggi masuk ke kanan yang ada signboard TBC

Jom TBC.... laut nun jauh di sana

Dah start jalan bukit-bukit kelapa sawit...

Habis berhabuk kereta

Jalan yang kecil pun ada

Kena scan mysejahtera dulu

Disambut oleh barisan pokok rhu & laut

TBC 1 di sebelah kiri...TBC 2 di sebelah kanan

Kena cross jambatan kecil ke TBC 2

Video jalan nak masuk ke TBC campsite

Video untuk ke TBC2 pula...


Sampai je di TBC semua rasa excited tapi tengok banyak nya kereta dan khemah-khemah. Cuti Chinese New Year ni memang penuh. Check in ambil masa yang agak lama sebab pekerja-pekerja TBC nak arrange khemah dan ramai yang check in. Setelah puas menunggu lebih kurang pukul 3 lebih baru dapat khemah dan tapak. Since kami booking khemah & beberapa facility dengan TBC seperti hammock, meja, BBQ pit dan kanopi, semua diuruskan oleh pekerja TBC. Kami cuma tambah 1 khemah sendiri je. 

Sebahagian peserta camping yang telah tiba di TBC

Berehat dulu sementara menunggu dapat tapak khemah

Sessi check in & menunggu giliran

Ok khemah dah ready sila pilih nak yang mana

Abah dah book yang tepi ini

Sessi memunggah barang-barang

Lapar lunch dulu

Beli lunch di Cafe TBC

Lepas makan kita hias khemah....ada pertandingan khemah tercantik nanti

Surau pun dah ready...

Dapur pun dah siap set up...rice cooker pun ada 

Sinki kena ada...mudah nak memasak & membasuh tangan...air paip TBC ni keruh sikit

Penat rest dulu di hammock

                                Suasana khemah dengan angin yang kuat


Lepas set up khemah, aktiviti jalan-jalan di pantai dan main ATV dan basikal je.

Khemah, basikal & ATV dah ready....

Jom kita ke pantai....

Jom mak abah sekali

Geng yang nak merempit

Naik basikal di pantai....panjang 1 KM juga pantainya

Air surut petang 

Ada budak main pantai

Khemah-khemah yang lain meriah sini...

Ini toilet lebih kurang 100 langkah ke khemah kami


Selepas puas ronda-ronda dan main pantai, kita ready untuk dinner pula...dinner mestilah BBQ...so kita gotong royong memasak.

Ok ready nak memasak

Orang kuat...terima kasih Pokde & Mokde

Geng bakar-bakar

Geng dapur...makan ke masak tu

Termenung penat main

Hasil pembakaran

Guna dapur juga sebagai tambahan

Antara menu dinner kami

Jom makan-makan...khusyuknya orang tu makan

Alhamdullilah penuh sepinggan

Romantik dinner depan khemah

Lepas dinner, kita burn calorie pula dengan jalan-jalan di pantai di waktu malam. Penat jalan-jalan kita sambung mengopi pula ya....Malam itu kami tidur dengan lenanya walaupun ada hujan sekejap dan tidak lebat.

Jalan-jalan makan angin malam di pantai

Di jambatan TBC

Bila lah air ni nak mendidih...

Bakar marshmellow...

Meeting anak muda

Khemah kami di waktu malam...kena betulkan tiang sebab angin kuat

Pemenang khemah tercantik

Kipas kena ada walaupun angin kuat....sebab tidur kena tutup khemah

Selesa ada tilam angin khemah ini

Pagi, jalan-jalan tengok pantai selepas subuh dan balik ke khemah untuk buat sarapan. Berehat sebentar selepas sarapan, sempat lagi main ATV seround dan bersiap-siap untuk check out jam 12 tengahari.

Good morning TBC

Semua dah bangun..khemah dah kosong

Pantai Tg Sedili, Johor

Bagus Mimi, pagi-pagi dah ambil udara segar

Breakfast kami...nasi goreng dan lauk BBQ semalam

Sempat Adam naik ATV

Check out time...

Khemah kena tinggalkan dalam keadaan bersih ya...

Bye bye Tiger Base Camp...InshaAllah kami sampai lagi...

Kami stay semalam je di TBC ini sebab baru nak testing sesuai tak dengan jiwa. Alhamdullilah best dan semua excited nak camping di tempat lain pula. InshaAllah ada rezeki kita camping tempat lain pula ya…sekarang camp site di Malaysia pun dah banyak. Ok sekian coretan pengalaman ala-ala camping.

No comments:

Post a Comment