Friday, 21 February 2020

Day 4 : Ladang Epal & Taman Safari (4 Jan 2020)

Pagi ini bermula jam 8.00 pagi, dapatlah berehat dan tidur proper sikit. Lepas check out destinasi pertama ialah ladang epal. Memang banyak ladang epal yang luas-luas di Malang ini. So ini first time experience petik epal. Lepas ini dah boleh apply keje pemetik apple di Australia hehehe...masuk ke ladang epal ini boleh makan sepuas-puasnya tapi kalau nak bawa balik sila petik sendiri dan timbang kilo. Harga dalam RM10 sekilo tapi kalau nak murah boleh beli di tepi-tepi jalan dalam RM5 boleh dapat banyak kilo.


Breakfast dulu sebelum kerja petik epal

Model epal tak berbayar

Jenis-jenis epal yang ada

Yang dah petik pun ada

Tersenyum riang dapat petik epal

Rimbun sampai tak nampak orang

Gaya pemetik epal professional



Epal nya kecil tapi manis-manis terutama yang hijau kekuningan

Ok dah penat jom balik
Singgah di Malang Strudel sebelum ke Safari, kalau tak belum ke Malang namanya

Selepas kerja memetik epal, kami ke Taman Safari Prigen pula untuk bagi binatang makan. Agak menarik dan besar Taman Safari ini. Boleh stay seharian kalau nak melayan semua aktiviti yang ada. Kalau bawa budak-budak lagi diorang happy. Ok layan photos safari ini...


Stop beli carrot dulu untuk haiwan safari....murah-murah je carrot ni

Jom Safari..

Beratur dulu beli tiket

Ok start adventure

Rezeki rusa

Time ini lah dia nak melintas

Yang ini tak hulurkan tangan

Llama rasanya

Zirafah pun ada


Seladang...baik-baik kena tanduk nanti

Pelanduk dua serupa

Cik Gajah

Cik unta makan carrot


Tengok dolphin show

Singa laut pun ada

Ok juga not bad show nya

Water park pun ada

Tiger show real punya....tapi sekejap je sebab dah hujan

Show-show lain pun ada

Lunch ala-ala KFC Safari

Banyak aktiviti dan luas Safari ini...nak puas kena spend sehari

Setelah settle Safari kami stop di Masjid Cheng Ho untuk solat jamak asar/zohor sebelum terus ke Surabaya. Cantik dan besar masjidnya.


Cantik masjid ini....

After solat, Pak Rahman ajak makan durian tepi masjid. Rasa durian Surabaya sikit...murah juga lah berbanding di Malaysia. Tapi durian Malaysia lagi sedap....


Durian murah-murah
Memang pantang durian
Borong alpukat @ avocado bawa balik Malaysia

Then, kami langsung ke Surabaya untuk check in malam terakhir. Kali ini check in di Hotel Surabaya Bumi. Agak cantik dan best hotel ini.


Dah check in

View Surabaya city

Malamnya pula kami keluar ke Tunjungan Plaza lebih kurang 15 min walking distance. Jengah-jengah mall sekejap dan singgah Pizza Hut untuk dinner. Ada blogger kata Pizza Hut Indon ini sedap dan menunya lain dari Malaysia. Boleh tahan juga sedapnya, pasal menu tak boleh komen sebab dah lama tak pergi Pizza Hut di Malaysia.


Tunjungan Plaza

Dinner Pizza Hut...sedap juga

Malam, packing barang dan rehat untuk pulang ke Malaysia esok. Good night Surabaya.

1 comment:

  1. Assalam. menarik perkongsian ni. boleh kongsi cara ke ladang epal dan safari? upah supir atau naik grab sehaja

    ReplyDelete