Saturday, 29 February 2020

Day 2 : Telaga Biru - Lagoi Bay - Treasure Bay

Hari ke-2 ini, itinerary agak full, maklumlah short stay di Bintan so fully occupied lah hari ke-2 ini.

Hari bermula dengan jogging @ morning walk sekitar area hotel ini. Suasana agak tenang dan nyaman je. Macam-macam facility dan aktiviti ada di sini. Pilih je lah ya. Price pun agak reasonable.


View depan bilik...ada tasik

Mimi ajak atok jogging

Boleh jogging....ada jogging track sekitar resort

Jom jogging Mimi kata...atok pakai kain je jogging

Loncat-loncat
Price list aktiviti yang ada

Nak spa di bilik pun boleh

After morning walk, jam 7 pagi dah start boleh breakfast. Food simple tapi bolehlah asal kenyang. Rehat-rehat dan bersiap-siap jam 8.30 pagi Pak Supir dah sedia menunggu.


Lobby & dining hall....ATV pun ada

Simple menu tapi lebih dari cukup

Jom breakfast dulu


Tasik sekitar resort

Antara bilik-bilik yang ada....ini design lain

Pool yang besar....pagi kosong lagi..

Destinasi pertama ialah Tasik Telaga Biru. Cun juga di sini...Memang jadi port photography dan berinstagram. Cuaca agak panas walapun baru jam 9 pagi tapi gigih kami explore tempat-tempat yang cun. Asal tempat ini difahamkan adalah bekas lombong bauksit. Air tasik pun cun biru turquoise. Harap-harap lombong bauksit Pahang pun boleh jadi cun macam ini. Gurun pasir pun ada di kawasan ini...


Telaga Biru & Gurun Pasir...nampak tak unta tu...haha unta kayu je
Gurun pasir / busung pasir
Jom panjat
Macam kat planet lain je
Posing sikit di gurun sahara
View yang cun
Bersama emak di tengah tasik
Mimi takut masuk tasik
Sessi berfoto
Port cun...panas lah sikit
Adik & emak di Telaga Biru

Budak kembar tengah cari port insta 



Pekena air kelapa di Telaga Biru

Selepas sejam di Telaga Biru dan Gurun Pasir, kami meneruskan perjalanan ke Lagoi Bay pula. Untuk ke Lagoi Bay ini akan melalui gate Bintan Bay di mana terletaknya resort-resort 5 star yang mahal-mahal. Lepak-lepak jap di Lagoi Bay sambil menikmati pemandangan laut dan ronda-ronda Lagoi Plaza. Ok layan photos ya...


Lagoi Bay

Pantainya...

Jom lompat...

Mall di Lagoi Bay

Ini bukan toilet ya....

Bahagian depan...changing room sebenarnya...
Es jeruk yang sedap & manis

Jus-jus lain pun ada

Comel je public phone

Seterusnya kami dibawa lunch di kawasan food court di area Lagoi. Makan nasi campur je. After lunch kami ke masjid yang tidak jauh dari situ. Masjid yang besar dan selesa tapi yang uniknya masjid itu tiada dinding. Macam big gazebo pun ya.


Masjid

Santai-santai selepas solat

Food court...ramai juga orang

Tempe, pegedil, sotong masak hitam & teh kotak...

Destinasi seterusnya ialah Treasure Bay @ Crystal lagoon di mana terletaknya swimming pool yang terbesar di Asia Tenggara. Memang besar dan cun. Ianya menggunakan treated sea water so airnya sedap untuk mandi. Panjang pool end to end lebih kurang 1 KM dan memang tak larat nak pusing pool. Tiket masuk beli dengan Pak Supir dengan rate INR 100,000 untuk dewasa dan INR 90,000 untuk kanak-kanak. Kalau beli di kaunter lebih mahal katanya. Ialah kot sebab di kaunter dalam INR 120,000. Dalam Treasure Bay ini macam-macam ada cuma bawak duit juta-juta je sebab yang free cuma mandi pool dah slide je. Dalam ini pun ada hotel yang cun. Next time ada rezeki lebih boleh stay situ pula. Ok sila cuci mata layan photos ya.


Treasure Bay @ Crystal Lagoon

Naik buggy pusing-pusing dulu

2 buggy sebab ramai

Ahli-ahli ke Bintan...thanks supir buggy yang ambilkan photo

Tak sabar Mimi nak mandi

Besar swimming pool

Jom mandi...sejuk air

Besar & luas

Saujana mata memandang pool

Naik skuter pusing pool

Jet ski pun ada

Mimi & mini ATV nya...puas pusing

List activities & price

Antara hotel di Treasure Bay - Red Indian style

Selesai berlibur (macam Indon pula), kami pulang ke hotel. Plan ingat malam nak layan fireflies mangrove tour tapi mahal sangat pula harga INR 250,000 per pax. So, malam itu kami decide ambil set dinner bbq je di hotel dengan harga INR 150,000 seorang.


Alas perut petang sebelum dinner..

Menu dinner nanti

Last dinner di Bintan





Malam layan dinner BBQ sahaja di hotel. Malam tidur dengan kekenyangan lagi di bawah langit Bintan. Alhamdullilah.

No comments:

Post a Comment