Saturday, 29 February 2020

Day 1 : JB - Pulau Bintan (25 Jan 2020)

Feri ke Pulau Bintan pada jam 9.30 pagi dari Terminal Stulang Laut JB. Tiket dah dibooking awal melalui web Berjaya Waterfronts. Details ada di page sebelumnya. Since adik duduk JB so kami dari Melaka tidur semalam di JB. Pagi itu lebih kurang jam 8.30 pagi dah tiba di Terminal Stulang Laut, tengok ramainya orang, rupanya ramai-ramai tengah beratur untuk ke Pulau Batam. Memandangkan public holiday, tiket banyak yang sold out dan feri pun limited untuk ke Batam dan Bintan. Untuk ke Bintan feri ada 3 kali je sehari. Nasib baik dah book online.


Kaunter tiket feri...jom beratur

Kami antara yang terawal masuk ke feri, so dapat lah pilih seat belakang yang selesa sebab kalau duduk bahagian depan nanti mabuk dilambung ombak. Sebagai persediaan takut mabuk laut, kami masing-masing dah telan pil tahan mabuk. Tak nak nanti mabuk laut, rosak program percutian. Suhu dalam feri sangat sejuk sampai rasa macam dalam peti sejuk. Bertahan je lah dalam feri itu. Biasanya perjalanan dalam 3 jam tapi hari itu rasa dekat 4 jam. Tak tahu lah kenapa...sebab jammed kot...hehehe.


Ini feri ke Batam sebenarnya.....salah ambik gambar...ingat naik yang ini

Feri yang bersih, selesa dan sejuk sangat

Dapat seat belakang...kurang dilambung ombak
Masuk Indon kena isi form ini ya

Tiba di Terminal Tanjung Pinang lebih kurang jam 12 tengahari waktu Indonesia. Waktu Indon ini lambat sejam dari Malaysia so sila set jam masing-masing. Masuk ke arrival hall macam biasa beratur di Immigration. Beg dari dalam feri tak dibawa keluar sekali sebab krew tak bagi...nanti dia bawa katanya...selepas urusan Immigration selesai, beg dah siap tersedia di luar, tapi bila nak ambil kena bagi tips sikit. Bagi lah juga sikit dalam INR 50,000 untuk beberapa beg itu. Selepas itu kami tarik beg masing-masing sehingga ke hujung jeti. Supir Pak Anjas sudah sedia menunggu dengan vannya. So masukkan beg dan penumpang-penumpang nya dan van pun mula bergerak.


Ini baru feri yang betul...

Inilah Terminal Feri Tanjung Pinang, Bintan

Van dah sedia menunggu

Destinasi pertama ialah makan sebab masing-masing dah lapar. Kami dibawa makan nasi padang di Rumah Makan Sederhana. Famous juga rumah makan ini, ada branch di serata Indonesia dan Malaysia. Style makan nasi padang biasa lah macam-macam ada, so kami makan apa yang berkenan, yang tak minat jangan diusik, kalau dah diusik kenalah bayar. Harga lunch kami ialah dalam INR 600 000 lebih siap order jus dragon fruit lagi berberapa gelas.


Rumah Makan Sederhana

Jom nasi padang....jemput makan

Waktu makan baru teringat, kami belum confirmkan tiket balik. Habislah kalau tak confirmkan tiket balik nanti tak dapat balik ke Malaysia seperti masa yang dirancang. Takut fully booked je kalau walk in. After lunch, minta Pak Supir pusing semula ke jeti (nasib baik dekat je). Bila tiba di jeti, orang di sana kata kena ke tempat lain (ke kaunter ejen tiket Malaysia) untuk confirmkan tiket feri. So minta Pak Supir bawakkan ke sana (tidak jauh dari jeti) dan settlekan tiket balik. Seperti yang dimaklumkan dalam page sebelah, waktu nak confirmkan tiket balik ini kena top up lagi INR 170,000 seorang. Bayar jelah nanti tak dapat balik Malaysia pula. Sambil settlekan tiket, yang lain ke kedai sebelah beli simcard untuk data internet. Simcard dan data package murah-murah je.


Info di kaunter tiket di Tanjung Pinang

Settle semua urusan, kami pun bergeraklah. Pulau Bintan ini besar juga ya..Pak Supir kata 3 kali Singapore so jauh jugaklah jarak satu tempat ke tempat yang lain. Kalau ikut itinerary yang di propose, kami akan ke “patung 1000 wajah”. Bila google tengok macam kuil buddha (memang kuil pun) tapi ada banyak patung yang berbeza wajah. Mula-mula macam malas nak singgah, tapi since dah sampai kami turun sekejap tapi tak masuk pun. Tengok luar je dan terus gerak.


Entrance ke Patung 1000 Wajah

Sebab masing-masing dah penat seharian berferian dan cuaca pun agak panas (macam di Melaka), so kami minta terus ke hotel untuk check in. Tapi sebelum itu singgah sekejap di supermarket untuk beli air dan jajan.

Sepanjang 2 malam di Bintan ini kami stay di Dbamboo Kamp Wisata Desa Ekang. Suasananya agak tenang macam ala-ala farm stay. Kami tiba di hotel lebih kurang jam 4.30 petang. Check in dan rehat-rehat je di bilik sementara tunggu dinner.


Kaunter check in...abaikan budak yang seksi itu...

Welcome drink...air kelapa...nyaman

Bilik abah

Khemah kita

Semuanya berjiran

Sessi pecah beg...kunci rosak pula

Dalam bilik

Open concept toilet...jangan intai

Untuk dinner, Pak Supir pick up kami dalam jam 7.30 petang. Kali ini kami akan dinner di kelong yang agak terkenal di Bintan iaitu Kelong Ciuyang. Malam tu kami berseafood lah sepuasnya. Alhamdullilah rasa boleh tahan especially siput gonggong memang fresh. Tapi mahal sikit lah makan di kelong ini iaitu lebih kurang INR 2.2 juta...bolehlah sekali sekala makan besar.


Seafood dinner di kelong

Jom lapar dah ni...

Besau ketam

Macam-macam jenis siput

Jom makan...

Paling sedap siput gonggong...

Ikan apa tak ingat nama

Salted egg ketam

View jambatan dari kelong

After dinner, masing-masing kekenyangan dan dihantar ke hotel semula oleh Pak Supir. Malam itu tidur dengan amannya sambil ditemani bintang-bintang di langit Bintan. Syukur atas rezeki yang dikurniakan...

No comments:

Post a Comment