Friday, 4 October 2019

Persediaan Short Vacation ke Koh Samui, Thailand

Selamat bertemu kembali...kali ini nak share pengalaman short vacation ke Koh Samui. Ha di mana letaknya Koh Samui, boleh refer map di bawah ini. Nak tau apa di Koh Samui, jom layan blog ini.



Lokasi Koh Samui, Thailand

Kenapa Koh Samui? Reason dia sebab tak jauh dari Malaysia dan tak perlu cuti lama. Ada beberapa cara nak ke Koh Samui. Antaranya ialah :

1) Naik flight Air Asia ke Surat Thani, dari Surat Thani Airport ke Ferry Terminal naik bus (2 jam) dan naik ferry ke Koh Samui (2 jam). Flight Air Asia from KL ada sehari sekali je pada jam 12 pm, so seharian memang kena spend untuk perjalanan sahaja. Tapi yang bagusnya flight Air Asia tak mahal sangat dalam seratus lebih return. Pakej return bas, feri dan van ke hotel pun dalam 1200 baht per person. Murah tapi kalau banyak masa memang sesuai. Boleh google untuk book bas dan feri ke Koh Samui, yang popular ialah Phantiptravel (https://www.phantiptravel.com).

2) Naik direct flight from KLIA ke Koh Samui Airport. Ada dua airlines iaitu MAS dan Bangkok Airways. Actually MAS code sharing dengan Bangkok Airways. Tapi bila compare price, Bangkok Airways lagi murah. Direct flight ini agak mahal sikit iaitu dalam RM1500 per pax tapi sangat menjimatkan masa dan tenaga sebab flight duration 1 jam 40 minit je.

3) Drive kereta/motor masuk Thailand dan bawa dalam feri ke Koh Samui. Siapa rajin dan banyak masa boleh guna cara ini.

Setelah berdiskusi dengan En. Suami kami memilih option ke  2 untuk menjimatkan masa dan tenaga. Extra annual leave pun tak perlu ambil sebab short trip je 3 hari 2 malam dan kebetulan long weekend cuti Agong. Tiket kami beli direct di Bangkok Airways website dengan harga RM 1564 seorang return. Tiket pun last minit beli iaitu 2 minggu sebelum berlepas sebab kena confirm En. Suami free tak time itu.


Booking Bangkok Airways

Untuk hotel pula macam biasa kami book melalui web Agoda melalui Shop Back web untuk lebih discount dan cash rebate. Survey punya survey (last minit juga seminggu sebelum terbang) dapatlah hotel yang sesuai dengan jiwa dan budget. Kami akan stay selama dua malam di The Privileged Ezra Beach Hotel dengan rate RM 1270.


Booking hotel via Agoda

Transport sepanjang di Koh Samui pula kami book melalui web Rentalcars.com juga melalui Shop Back web. Kami book kereta Nissan Almera dengan rate RM300 untuk 3 hari 2 malam. Sepatutnya tak perlu kereta besar-besar pun sebab jalan sempit-sempit di Koh Samui ini. Rentalcars.com ini search engine macam Agoda juga so car rental kami nanti ialah National Company. Kereta boleh direct pick up dan return di airport terminal.


Pilih lah nak kereta yang mana

Untuk activity di Koh Samui, kami book di Klook. Pilih trip ke Ang Thong National Marine Park Tour dengan harga RM 130 per person. Cukuplah 1 aktiviti je sebab masa bukan banyak pun dan pilih untuk santai-santai je.


Senang booking online..tak payah nak cari kat sana


Banyak dah earning Shop Back....bila terdesak boleh withdraw
Kalau berminat nak register Shop Back boleh klik di link ini 


Ok semua dah ready jom kita jalan...duit baht jangan lupa tukar ya..kami tak tukar banyak pun sebab tak plan nak shopping just standby untuk makan-makan je.

No comments:

Post a Comment