Friday, 4 October 2019

Day 1 : KLIA - Koh Samui

Hari yang ditunggu pun telah tiba, flight KLIA ke Koh Samui jam 9.15 pagi, so kami bertolak dari Melaka jam 5.15 pagi. Sampai di KLIA jam 7 pagi dan terus check in. Kali ini naik bas dari KLIA main building ke satellite building. Kan biasa naik aerotrain. Maybe aerotrain under maintenance kot.



Naik bas ke Satellite Building KLIA
Good morning KLIA

First time naik Bangkok Airways, ok juga flight dia harga tiket including meal (boleh pilih muslim meal) dan luggage 30kg. Flight berjalan lancar kurang dari 1 jam 40 minit, takde entertainment ya dalam flight ini so boleh tidur atau layan movie netflix di handphone.


Kena isi Arrival Form untuk masuk ke Thailand

Not bad meal Bangkok Airway ni...

Waktu di Thailand ini cepat sejam dari Malaysia, so kami selamat touch down lebih kurang jam 10 pagi. Tiba di Koh Samui Airport, tengok sempoi betul airport dia. Kenapa sempoi ha tengok je photos di bawah.


Comel je train ini untuk transit passenger ke Arrival Hall
Nampak kapal terbang belakang tu

Queue at Immigration Counter

Tempat ambil luggage - open air je

Koh Samui map di luggage pick up area

Simple but nice airport....

Then, kami collect car rental di National booth di Arrival Hall. Sebelum itu cari local sim card dulu. Ada beberapa counter jual sim card, kami beli brand AIS rasa agak mahal sikit berbanding yang lain. Dah beli baru nampak yang murah sikit. Biasanya kami bawa portable modem so boleh share guna tak perlu nak hot spot handphone tapi sebab ada orang pinjam portable wifi dan tak sempat nak ambil semula, so just beli satu simcard dan share hotspot je.



Sim card ini yang kami beli

Banyak juga pilihan lain tapi kena tanya betul-betul sebab kadang-kadang harga tak masuk sim card..

Proses mengambil kereta sewa

Company car rental yang lain pun banyak

Koh Samui airport yang cool

Kereta dah ada, jom apa lagi kita jalan lah. Tak tau nak pergi mana sebenarnya sebab masih awal dan cuma boleh check in hotel jam 2 petang. So buka google maps kita pusing je pulau Samui ini. Koh Samui ini macam Langkawi lah lebih kurang dalam 2-3 jam pusing dah boleh habis satu pulau.


Nissan Almeera yang disewa...check betul-betul ya sebelum ambil

Start round pulau...keluar dari airport dulu

Typical road view kat Thailand....wire berselirat tu trademark
Follow je map ini untuk tempat-tempat menarik di Koh Samui

Batu-batu yang ada mitosnya...boleh google Hinta-Hinyai...

View yang damai

Rasa nak terjun mandi je

Selepas pusing setengah pulau, perut pun rasa lapar. So tanya cik Zabihah (apps) mana tempat makan halal. Ada beberapa yang listed dalam apps Zabihah ini dan kami pilih untuk lunch di restoran Melayu Samui Seafood. Baca review pun macam ok. Kedai makan ini terletak di dalam kampung nelayan muslim. Tokey kedai boleh cakap melayu loghat kelantan so senang nak berkomunikasi. Makanannya pelbagai dan sedap-sedap belaka. Ada juga masjid di kampung ini iaitu Masjid Al-Ikhsan. Kalau tiba di Koh Samui silalah ke kedai makan ini. Highly recommended dan boleh lah bantu meningkat GDP mereka.


Inilah kedainya...Melayu Samui Seafood

Antara menu-menu yang menggoda

Hasil dari pembacaan menu....sedap semuanya...

Sesudah makan..sila bayar 700 baht

Pintu gerbang Kampung Nelayan Melayu Samui

Bot-bot nelayan

Banyak ikan masin sini

Perut dah kenyang, apa lagi jom cari hotel pula. Tiba di hotel jam 2.30 petang, masuk je ke lobi kami dipakaikan dengan kalungan bunga dan diberi air kelapa seorang sebiji sambil menunggu urusan check in. Memang best air kelapa sejuk time panas-panas ini. Padahal dah minum sorang sebiji time lunch tadi. Cuaca di Koh Samui agak panas ya...rasa panas macam di Melaka...hehehe..


Minum air kelapa dulu...siap dapat kalung bunga

Habis minum air kelapa, bilik pun dah ready. Kami dibawa ke bilik oleh pekerja hotel. Masuk je bilik tengok katil....surprise....ada deko happy wedding anniversary yang hotel sediakan di atas katil...haha saja je surprise kan En. Suami...memang tujuan bercuti ini nak sambut wedding anniversary yg ke 16. Sebab itu layanan hotel macam special sikit sebab time booking saya dah letak remark yang kami holiday sempena wedding anniversary, so request if hotel boleh bagi free complimentary decoration. Alhamdullillah dapat...bilik pun cantik ada private pool dan sea view lagi. Petang itu lepak bilik je sebab panas dan keletihan. 


Thanks hotel for the deco...

Boleh terjun sini

Best view....nampak pool & laut

Bilik yang selesa

Skodeng orang tepi pantai

Malam baru keluar ronda bandar... Kami ke Central Festival Mall dan ke pasar malam area tersebut. Tapau je food dan balik makan di bilik.


Public pool hotel di waktu malam...malam pun boleh mandi

Depan hotel - The Privileged Ezra Beach Club 

Central Festival Mall

Ada food park tapi tak sure ada halal food ke tak

Tops Market kalau nak beli barang-barang

Kedai halal sebelah Central Festival Mall - kedai arab

Pasar malam - antara halal stall

Pasar malam - antara halal stall 
Best jus buah ni



Ada show api lagi

Shopping buah sikit...semua manis-manis

Simple dinner tepi pool

Good night Koh Samui...esok jumpa lagi...

No comments:

Post a Comment