Jarak dari hotel ke jeti agak jauh lebih kurang 20 minit. On the way ke jeti van pick up beberapa orang customer lagi. Tiba di jeti kami di bawa masuk ke bot yang agak besar iaitu 3 tingkat. Tingkat bawah macam dapur dan tempat simpan kayak, tingkat 2 ada kerusi meja untuk kami duduk dan roof top ada disediakan tilam untuk sesapa nak sun-bathing. Biasa mat minah salleh je yang suka lepak atas. Kita yang dah biasa dengan matahari duduk bawah jelah redup sikit. Sebelum bertolak semua diminta memakai life jacket dan penerangan trip diberikan dengan jelas. Bagus trip operator ini agak informative dan sistematik.
Destinasi pertama mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Light breakfast dan drinks ada disediakan free flow. So layan perasaan tengok laut jelah. Kalau boring tengok laut kita tengok handphone. Network coverage ada sepanjang perjalanan so takde lah bosan.
Standard tourist van di Thailand....interior agak meriah |
Boat 3 tingkat ini lah yang kami naik |
Register dulu sebelum naik bot |
Feri ke main land di jeti yang sama....agak besar juga |
Level 2 boat...ada kerusi meja |
Light breakfast disediakan |
Briefing yang details from tour guide |
Destinasi pertama mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Light breakfast dan drinks ada disediakan free flow. So layan perasaan tengok laut jelah. Kalau boring tengok laut kita tengok handphone. Network coverage ada sepanjang perjalanan so takde lah bosan.
Layan laut |
Banyak pulau-pulau |
Spot pertama pun tiba, siapa yang ambik pakej kayaking kena turun untuk berkayak. Kami tak ambik pakej yang ada kayak ini sebab takut penat. Tapi tengok orang berkayak macam best pula.
Skodeng orang berkayak |
Group kayaking |
Macam best pula tengok orang berkayak |
Tingkat atas bot...ada tilam untuk lepak-lepak |
Posing atas bot berbackground laut dan pulau-pulau |
Ni posing depan muncung boat.....ala-ala titanic |
Untuk yang tak ambik pakej kayak, kami dipindahkan di pulau pertama menaiki long tail bot. Sebab bot kami besar so tak boleh rapat ke pulau. Oklah dapat pengalaman naik long tail boat ini. Tiba di pulau kami diberi masa untuk mandi-manda di laut atau panjat ke lookout point untuk melihat satu tasik yang emerald green. Memamg lawa view dari atas dan mencungap jugalah nak panjat. Tangga yang disediakan agak kukuh dan selamat tapi kasut yang sesuai dan lutut yang kuat diperlukan. Kami tak mandi pun di sini sebab tak nak basah. Selesai group kayak tiba di pulau dan dah panjat look out point, kami pergi semula ke bot besar menaiki sampan long tail itu.
Naik long tail bot pula untuk ke pulau |
Guna floating jetty untuk ke pulau |
Nice view... |
Hati-hati naik tangga |
View from top |
Emerald lagoon, tak sia-sia panjat tangga... |
Rangkaian pulau-pulau |
Ok kita turun pula..hati-hati |
Bahagian bawah tasik....dilarang mandi nanti ikan mati tak cukup oksigen |
Kayak ditarik semula ke bot |
Tengok orang mandi |
Ok naik balik semula ke bot |
Naik je ke bot kami diberi lunch. Tengok lauk ayam kari, sayur, spring roll dan buah-buahan. Ejen kata halal tapi kami agak was-was so tak ambil pun ayam masak kari. Lagipun nasi lemak Brahims dan telur rebus ada lagi, maka kami buka je bekalan dengan tambahan sayur, spring roll dan buah-buah. Best pula rasa makan atas bot.
Best juga makan dalam bot |
Layan view selepas perut kenyang |
Selesai makan, kami bergerak ke spot no 2 (pulau lain pula). Seperti tadi kami dipindahkan ke pulau dengan long tail bot. Aktiviti di sini boleh snorkeling, mandi laut dan juga hiking. Hiking ada 2 options. Kalau jenis adventurous boleh pilih hiking melalui cave. Yang i ini bahaya sikit sebab agak licin. Yang less adventure boleh guna trek hiking yang agak ok tapi still slippery juga. Pastikan ada kasut yang bagus. Look out point agak tinggi. Yang paling tinggi 500m tapi kami agak pancit (maklumlah dah tua) so sampai look out point yg 350m je. View kat sini pun MashaAllah cantik. Memang berbaloi panjat. Lepas itu kami turun semula dan mandi laut ringan-ringan je. Then, balik semula ke bot besar untuk ke Koh Samui. Trip memang best, well organized dan view hiking memang cun. Rasa kalau ambil yang kayak sekali pun ok. Tapi kalau target betul-betul nak snorkeling kena ambil pakej lain ke pulau lain.
Port pulau ke-2 |
Sama juga guna floating jetty untuk ke pantai |
Kawasan pulau |
Tangga untuk ke puncak pulau |
Nampak lembaga hitam di situ |
Inilah budaknya...garang |
View dari atas |
View kepulauan pulau-pulau |
Lepas panjat bukit kita mandi laut |
Ada yang snorkeling kat belakang itu |
Cuci mata di pantai |
Ini nama pulaunya....Wua Ta Lab |
Dah jom balik |
Dalam long tail boat |
Bye pulau-pulau |
Batu bata tengah laut |
Malam ingat nak foot massage sebab kaki dah penat, dah book appointment jam 7.30 malam, sekali hujan lebat dan jalan depan hotel naik air pula. Kena cross road untuk ke hotel spa. So tangguhkan lah aktiviti urut tapak kaki ini. Malas nak keluar so dinner pek Kembara Nasi Tomato yang dah sedia dibawa dari Malaysia.
Balik sambung terjun pool |
View depan hotel...kosong je |
Hujan sekejap...banjir jalan |
Alhamdullillah dinner nasi kembara....sedap juga |
No comments:
Post a Comment