|
Pilih nak pakej mana |
|
Urut tapak kaki je |
Selepas urut tapak kaki, kami bergerak cari masjid pula. Tanya Mr Google ada beberapa masjid di Koh Samui, sebenarnya Islam ialah komuniti minoriti di sini tapi nampak macam ramai juga. Perempuan senang nak cam sebab pakai tudung, yang lelaki semua sama je. Pekerja-pekerja airport pun ramai yang bertudung. Kedai makan pun senang juga nak cari. Ok kami pilih masjid yang terdekat dengan hotel iaitu Masjid Hidayah. Masjid cantik besar dan agak baru. Kawasan sekeliling masjid ada yang tak siap lagi. Tiada orang di masjid itu tapi masjid tak kunci so kami masuk menunaikan kewajipan.
|
Masjid yang besar dan selesa (2 tingkat) |
|
Bahagian dalam masjid |
Selepas solat, perut pun dah lapar so google lah kedai makan halal. Kali ini nak cuba kedai Fareast pula. Kedai ini terletak sebelah je Central Festival Mall. Lepas makan boleh lah shopping sikit sebelum pulang ke Malaysia. Makanan pun pelbagai dan semua nampak sedap.
|
Sebelah Central Festival Mall je |
|
Banyak pilihan makanan |
|
Ini pilihan kami...sedap-sedap semuanya |
After lunch, tengok ada masa lagi so shopping sikit di Tops Market di Central Festival. Borong Nescafe tin warna hijau (sedap dan memang selalu beli jika ke Thailand) dan sedikit buah tangan (iaitu buah-buahan). Selepas shopping layan aiskrim kelapa pula. Memang best time panas-panas.
|
Nescafe favorite....takde di Malaysia |
|
Ice cream kelapa pun best |
Ok masa dah time, agak rushing juga nak ke airport. Jarak tak jauh tapi kenderaan semua santai-santai dan kami pula terpaksa cari petrol station yang terletak agak jauh dari airport. Next time, kalau jumpa petrol station terus je isi sebab di area airport tiada petrol station, yang jual dalam botol-botol banyak lah. Kalau sewa motor boleh beli yang dalam botol je.
Alhamdullilah selamat sampai di airport. Return kereta dan check in. Airport Koh Samui ini kan sempoi dan open concept, after check in nak ke arrival hall tetiba hujan dengan lebatnya...basah lah juga kena tempias. Sebab hujan lebat, flight yang sepatutnya berlepas jam 5.50pm delay ke 8.20pm. Lambat lah sampai KL. Takpe janji selamat. Bagus airport ini walaupun simple tapi cukup facility termasuk courtesy counter yang ada light meals and drinks for free. Agaknya dah selalu delay kot. Dinner juga diberi kepada penumpang tapi kami tak dapat sebab muslim meal tak cukup. Sebab flight delay lebih daripada 2 jam maka boleh claim insurance nanti. Itu pentingnya ada travel insurance. Saya memang ambil yearly travel insurance dengan Etiqa. Boleh contact ejen terbaik Etiqa, Puan Noha (FB Noha MdSupian).
|
Airport area - laluan dari check in counter ke departure hall |
|
Hujan lebat nasib baik ada covered walkway |
|
Toilet pun ada aquarium |
|
Departure Hall - tempias hujan |
|
Ada courtesy counter -free je |
|
Sambil tunggu flight delay - makan & buat keje |
|
Ada juga departure hall yang closed area - ada air cond |
|
Setelah delay....akhirnya |
|
Naik benda ini dulu untuk ke kapal terbang |
|
Jom balik Malaysia |
|
Dinner dalam flight.... |
Akhirnya jam 8.20pm flight berlepas ke KL dan selamat tiba di Malaysia tercinta. Sekian perkongsian percutian pendek kami di Koh Samui sempena wedding anniversary yang ke 16 ini bersama En. Suami tercinta. Last year sambut di Mekah dan 2019 di Koh Samui. Alhamdullilah. Semoga sehingga ke syurga bersama. Aamiin..