Kali ini nak berkongsi pengalaman percutian keluarga ke Pulau Dayang yang terletak di perairan Mersing Johor. Pulau ini tak berapa popular jika dibandingkan dengan Pulau Tioman. Sebut je Pulau Dayang orang tak tau dan tak pernah dengar. Disebabkan hobi keluarga suka bercuti di pulau, maka gigihlah saya meng"google" apa lagi pulau yang menarik dan hasilnya terjumpalah pakej ke Pulau Dayang ini. Sebelum ini kami pernah ke Redang, Perhentian, Tioman, Pangkor, Pulau Payar di Langkawi, Pulau Sabang di Aceh, Mabul di Sabah, Phuket, Krabi dan Maldives. Maka kali ini ke Pulau Dayang lah kita...
|
Di sini lah terletaknya Pulau Dayang |
Pakej pulau dayang ini ditemui di FB...type je Pulau Dayang, keluar lah beberapa pakej Pulau Dayang. Harga pakej kami untuk 3h2m ialah RM430 untuk dewasa dan RM330 untuk kanak-kanak. Peserta kali ini seramai 8 dewasa dan seorang kanak-kanak. Tarikh kami pergi ialah sempena cuti merdeka dan awal muharam iaitu 30 Aug - 1 Sept 2019.
Day 0 & 1 : Melaka - Mersing - Pulau Dayang
Kami bermalam dulu di Mersing sebelum bergerak ke Pulau Dayang. Bergerak dari Melaka jam 9.30 malam sebelumnya, tiba di Mersing jam 1.30 pagi. Ikut jalan jauh sikit iaitu exit di Kulai dan ikut jalan Kota Tinggi - Mersing. Kalau ikut Kluang dan Felda Nitar lebih dekat tapi agak bahaya terutama di waktu malam. Banyak dengar kisah-kisah yang seram pasal laluan tersebut. Kami dah booking homestay di Mersing melalui Agoda. Apartment 3 bilik yang agak selesa dan 5 minit je ke jeti untuk ke Pulau Dayang nanti.
|
Homestay di Mersing |
|
Rumah 3 bilik yang selesa |
Pagi itu jam 8.45 kami dah tiba di jeti. Ikut plan jam 9 bot akan sampai. Selesai punggah masuk barang dan orang tepat jam 9.15 pagi kami pun mula bergerak keluar daripada jeti. Bot kami size sederhana, selesa memuatkan group kami seramai 9 orang dan ada combine dengan lagi satu group yang seramai 3 orang.
|
Kawasan parking di jeti ke Pulau Dayang |
|
Geng ke Pulau Dayang |
|
Kawasan sekitar jeti |
|
Jeti ke Pulau Dayang - jeti nelayan je tak sama dengan ke Pulau Tioman |
|
Ikan apa tu? |
|
Yeah bot dah sampai |
|
Sesi naik bot...ikan maintain je kat situ |
|
Muka-muka sebelum mabuk laut... |
|
Jom kita ke Pulau Dayang... |
Pagi selepas sarapan, jam 9 semua bersiap-siap untuk snorkeling. Port pertama snorkeling ialah di Pulau Lang, coral dan ikan agak banyak tapi jelly fish pun banyak. Tak snorkeling lama di sini sebab takut kena jelly fish. Port ke dua di kawasan Pulau Aur, yang ini kami tak ke tengah laut untuk snorkeling dan mandi-manda di pantai je. Next kami dibawa ke jeti Pulau Aur untuk lepak-lepak minum dan beli jajan (kata orang Johor). Selepas itu kami pusing pulau lagi cari port-port snorkeling yang cun dan kawasan laut yang agak tenang. Then, sambung mandi pantai di depan chalet.
|
Breakfast - mee goreng, telur & hot dog |
|
Roti dalam botol dah siap untuk snorkeling |
|
Naik bot untuk snorkeling |
|
Bot nelayan |
|
Port pertama snorkeling - Pulau Lang |
|
Port ke 2 - Pulau Aur |
|
Boatman tengah tarik bot |
|
Cari ikan |
|
Cari ikan lagi... |
|
Jalan-jalan Pulau Aur |
|
Kedai di Pulau Aur |
|
Murid ada belas-belas, cikgu 5-6 orang |
|
ABC special Pulau Aur - best... |
|
Posing jangan tak posing |
|
Ala-ala macam kat Lombok |
|
Jeti Pulau Aur |
|
Sesi terjun tiruk dari jeti. Masjid Pulau Aur di belakang itu |
|
Sambung mandi depan chalet |
|
Best ada buai |
|
Redup je di tengahari - pantai depan chalet |
|
Jom lunch - ikan, ayam, hati & sayur. Best makan tepi pantai |
Lepas lunch, solat dan rest dulu sebelum aktiviti hiking jam 5 petang nanti. Petang itu kami memanjat kawasan bukit berbatu di belakang chalet untuk menikmati pemandangan Pulau Dayang dan Pulau Aur. Kami ambil masa lebih kurang 30 minit hiking ke puncak, laluan sederhana tapi agak mencabar bagi yang tidak biasa aktiviti lasak. Tapi nenek yang berumur 64 tahun dan cucu umur 7 tahun berjaya juga mendaki. Alhamdullilah.
|
Geng hiking Pulau Dayang |
|
Geng hiking memulakan langkah |
|
Come on Mimi |
|
You can do it Nenek |
|
Berjaya menawan puncak Pulau Dayang |
|
Ada yang gayat - kena merangkak |
|
Layan view |
|
Layan view |
|
Cantik MashaAllah |
|
2 generasi - ibu & anak |
|
Ada tulang ikan paus - on the way turun bukit |
|
Sempat lagi mandi laut lepas hiking |
Malam acara BBQ, kami dihidangkan dengan seafood seperti ikan bayan, sotong, ayam dan macam-macam lagi. Malam tidur dengan nyenyak sebab kepenatan dan kekenyangan.
|
Sebelum BBQ - ikan bayan |
|
BBQ time |
|
Menjamu selera |
|
Lepak after dinner - malam last di Pulau Dayang |
Day 3 : Pulau Dayang - Mersing
Pagi after breakfast, masing-masing bersiap-siap untuk check out. Recommended untuk balik pagi bagi mengelakkan ombak besar dan angin kuat. Ok bye-bye Pulau Dayang, panjang umur ada rezeki boleh pergi lagi tapi kena gigihlah mengharung ombak lagi. On the way balik ke jeti Mersing sempat lagi singgah satu port snorkeling di Pulau Besar. Air agak tenang tapi saya malas nak membasahkan diri so yang bujang-bujang je menerjunkan diri. Perjalanan balik agak baik berbanding time pergi, dengan bangganya tak ada siapa yang muntah. Setelah 2 jam 30 minit sampailah kami di jeti Mersing. Alhamdullilah selamat sampai. Sempat lagi singgah beli keropok lekor di tepi pantai Mersing. Perjalanan diteruskan ke Lotus Desaru pula sebab alasan penat nak balik Melaka. Kita rehat dulu di Desaru 1 malam.
|
Check out time |
|
Balik naik bot yang sama |
|
Bye Pulau Dayang |
|
Sempat lagi stop snorkeling |
|
Dah sampai Mersing kena lah beli keropok lekor |
Sekian sahaja pengalaman kami sekeluarga ke Pulau Dayang di Mersing. Tak pernah mimpi ke sini sebab tak pernah dengar pun sebelum ini. Antara pulau tercantik yang pernah kami pergi. Pulau yang tenang sebab takde network telephone. Yang ada Maxis dan U-Mobile itupun nyawa-nyawa ikan. Kalau hendak ke pulau ini disarankan bawa bekalan secukupnya sebab tiada kedai dan klinik di sini. Hanya ada chalet resort sahaja. Kedai terdekat pun hanya di Pulau Aur dan kena naik bot ke sana. Jika berminat boleh PM saya untuk dapatkan contact number ejen Pulau Dayang atau boleh cari di FB saje. Ok sekian nanti jumpa di pulau lain pula. InshaAllah.
|
Pulau Dayang - ada rezeki boleh datang lagi |
Last snorkling pulau tengah kan... bukan pulau besar
ReplyDeletekalau tak salah captain boat kata pulau besar...ingat sbb nama mcm pulau kat melaka
ReplyDeleteMacam mana nak pm ya ? Saya berminat
Deletebole pm saya di FB Elyana Rashid
DeleteAwak dpt x cont no org tu
Deleteslm..ada contact number utk pakej tak?
ReplyDeletebole pm saya di FB Elyana Rashid
DeleteAwak dpt x pakej tu
DeleteSy pm sis kt fb😁
ReplyDeleteassalamualaikum...saya dah msg kat fb elyana...tapi x jawab lagi...
ReplyDeleteSya Ada pm di Facebook
ReplyDeletePm no ejen
ReplyDeleteSalam, boleh dapat contact ejen pulau aur
ReplyDeleteSalam puan....boleh dptkn no agen
ReplyDeletePuan...boleh sy dptkn no agen
ReplyDeletePuan bole pm saya no agen . No saya 0196128299
ReplyDeleteNo contact ejen, teringin nk p
ReplyDeletemaaf ejen tu dah tak buat trip lagi ke pulau dayang....boleh cari ejen lain dalam FB
ReplyDelete