Sunday, 22 September 2019

Day 1 : KL - Dubai - London (16 June 2019)

Hari pertama bermula, flight Emirates ke London pada jam 2.10 pagi dan akan transit di Dubai nanti. Adik ipar tolong hantarkan dan bertolak dari Shah Alam pada jam 11 malam. Urusan check in berjalan lancar. Tepat jam 2.10 pagi flight pun terbang. Besar flight kali ini A380 double deck lagi. Dalam flight macam biasa layan movie, makan dan tidur. Tiba di Dubai International Airport jam 4.30 pagi dan transit selama 2 jam sebelum fly ke London Gatwick pula. Sempat lah solat subuh di Dubai Airport dulu.


Besar kapal A380

Tepat jam 8.00 pagi, terbang lagi 7 jam ke London. Aktiviti macam biasa movie, makan dan tidur. Akhirnya jam 12.30pm safely landed di Gatwick London Airport. Kenapa Gatwick bukan Heathrow? Ha yang itu tak tau kena tanya Emirates. Ada a few airport di London, yang famous of course Heathrow. Ada Gatwick, Stansted dan beberapa lagi. So jangan salah airport ya.


Safely landed at Gatwick Airport, London
Location Gatwick Airport..jauh dari Heathrow Airport

Waktu di immigration, Officer tak banyak soal just tanya tujuan ke London. File dah siap sedia kalau diorang nak detail info. Just jawab holiday je dah ok. Selepas collect bag terus ke arrival hall. 


Welcome to North Terminal Gatwick

Aktiviti pertama ialah cari simcard. Gatwick ini airport kecil je (ada 2 terminal North and South) dan tak banyak shops pun di Arrival Hall. Takde kedai atau kiosk network provider pun. Nasib baik ada jual simcard di WHSmith store. Sembang dengan sales girl di situ dan tanya simcard mana yang terbaik, then kami pun beli lah Vodafone dengan harga £25 untuk 20GB. Network ini boleh digunakan di Europe countries termasuk Czech, so bolehlah guna di Prague nanti. As usual kami guna portable modem wifi yang dibawa dari Malaysia, so multiple users boleh guna (kami berdua je pun). Mula-mula ada problem sikit, modem tak boleh connect, tapi after troubleshoot sikit alhamdullilah boleh guna.


Beli sim card di WHSmith

Sila pilih sim card yang berkenan
Next, cari transport ke hotel. Untuk ke London city ada National Express bus from Gatwick Airport dan direct train, tapi since kami malas nak naik bas atau train dan taxi boleh claim from company so naik taxi je direct ke hotel. Rate agak mahal juga £109 tapi ok kot sebab agak jauh dan tambah pula dengan jammed nak masuk ke London. Sejuk juga London ini temperature dalam 11C walaupun time tu dah nak masuk summer.


Next stop London...ada direct trains Gatwick Express

Bas pun ada....National Express

Naik taxi je lah

Berbaloi lah mahal naik ini rupanya
Jammed masuk London

Alhamdullilah sampai

Alhamdullilah, tiba di hotel, check in, rehat dan tidur je. Penat seharian travel. Esok je kita explore London.


Dinner Nasi Kembara...telur rebus sendiri

No comments:

Post a Comment