Sunday, 22 September 2019

London - Prague Adhoc Trip (16 June - 22 June 2019)

Salam semua, kali ini nak cerita pasal satu adhoc trip. Kenapa adhoc? Sebab betul-betul adhoc, tak plan pun nak pergi dan preparation dalam masa 2 minggu je. Ceritanya bermula di suatu pagi penghujung Ramadhan. Macam biasa after subuh kita tidurlah di bulan puasa ini. Tiba-tiba dapat whats app message dari officemate “Kak El kena pergi London sebab menang award” dengan mata yang tak berapa nak buka membaca message. Apalah lawak pagi-pagi ini. Terus call dan dia kata betul bukan main-main. Then bila kena pergi? Seminggu after raya...so apa lagi bersilatlah buat preparation. Actually kalau pergi London ambil award je takdelah kalut sangat. Yang kalutnya sebab sibuk nak add on trip untuk pergi tempat lain.


Alhamdulillah.....syukur

So, first sekali tanya En. Suami free tak nak ikut pergi London ini. Kalau tak free boleh lah bawa orang lain contoh emak ke. En. Suami terus "mengfreekan" diri sebab boleh tumpang ikut ke London, accommodation je free tapi tiket kenalah beli sendiri. Mula-mula survey ticket dulu, either nak direct flight KL-London or transit di mana-mana dulu. Kalau direct flight KL-London lama 13 jam, so kami decide untuk ambil flight yang transit. Pilih-pilih flight, tengok Emirates macam ok, transit di Dubai dan timing pun ok. Maka beli husband punya tiket dulu dan baru minta company belikan flight yang sama. Harga return tiket ekonomi ialah RM 2876, business class mahal sangat dalam RM 15 ribu, jimat sikit duit company.


Rate Emirates KL-London

Untuk accommodation di London, book thru company agent. Akan stay di area Excel London iaitu di tempat berlangsungnya award ceremony itu. So hotel yang terdekat ialah Ibis Excel Lifestyle Hotel, dekat je 5 minit walking distance ke Excel Centre. Kami stay 3 malam sahaja di sini.

Alang-alang dah tiba di London, bolehlah round sekali tempat lain di bumi Europe ini. Cukup je 3 hari di London sebab dah pernah jalan-jalan London dulu. So kita cover tempat lain lah pula. Discuss-discuss dengan En. Suami, apa kata kita pergi Prague pula. Kat mana Prague ini? Prague ini terletak di Czech Republic dan jaraknya lebih kurang 3 jam flight. So kami cari flight ke Prague melalui skyscanner untuk cari tiket murah dan book di Easy Jet website. Harga return ticket dalam RM800 per person. Actually banyak je flight ke Prague from London, tapi kami pilih Easy Jet sebab nak flight from Prague turun di London Gatwick so senang lah nak balik naik Emirates ke KL nanti.


Kat situ la Prague

Kami akan stay selama 3 hari 2 malam di Prague. Rasa cukuplah untuk short trip ini. Biasa memang orang akan buat 3h2m atau 4h3m di Prague city. Kami book hotel Cloister Inn di area Old Town melalui Agoda dengan rate RM 241.31. Murahkan untuk 2 malam. Jangan tertipu ya sebab rate asal ialah RM 728.70 tapi kami redeem Agoda point sebanyak RM 487.39

Untuk itinerary di London dan Prague pula, saya tak buat full itinerary macam pergi ke tempat-tempat lain. Just buat simple itinerary dan main redah jelah nanti. Dahlah unplanned trip, adhoc, dah nak dekat raya pula plus bajet pun takde sebenarnya. Tapi saya booking juga London Pass (RM 1134 untuk 2 pax) dan Bohemia Saxon Trip (RM 1320 untuk 2 pax) di Prague melalui web Klook. Jangan lupa book Agoda & Klook melalui ShopBack untuk cash rebate nanti.


Earning from Shop Back...dah banyak kan..

Ok semuanya dah ready, kita habiskan Ramadhan dulu, raya dan baru lah terbang...

No comments:

Post a Comment