Sunday, 22 September 2019

Day 7 : London - KL (22 June 2019)

Baru tidur beberapa jam dah kena bangun. Kalau lambat bangun tertinggal flight balik KL lah nanti.  Jam 7 pagi kami dah check out, tunggu shuttle ke airport. Shuttle ini cover semua hotel area airport untuk ke airport dan kena bayar £4 seorang, bukan free ya tapi oklah murah compare dengan taxi.


Tunggu shuttle ke Gatwick Airport

Gatwick airport ada dua terminal, jangan salah terminal sebab agak jauh

Bye London, ada rezeki datang lagi

Check in berjalan lancar, flight pun tak delay so kami tiba di Dubai on time. Transit sejam lebih, then fly back to KL. Alhamdullilah selamat tiba di KLIA jam 8 pagi. Inilah kisah adhoc trip kali ini. Walaupun kelam kabut sikit tapi oklah. Prague maybe boleh repeat semula pergi musim yang lain sebab summer panas macam Malaysia je.

Day 6 : Prague - London (21 June 2019)

Last day in Prague, jam 10 pagi kami check out dan letak beg di store room hotel sebab flight jam 9 malam. So akan gerak from hotel to airport dalam jam 6.30 petang.

Hari ini plan untuk sightseeing Prague city. Tak ada specific plan pun sebenarnya.  First tempat yang dituju ialah Main Square iaitu tempat malam tadi dan just nak tengok siangnya pula. Macam biasa orang dah start ramai, then kami berjalan ke Charles Bridge yang famous di Prague. Penuh juga orang di atas bridge. Patut pergi subuh-subuh baru takde orang agaknya. Kami berjalan sehingga ke hujung bridge. Ada nampak bus Hop On Hop Off, so discuss dengan En. Suami kita ambil bus HOHO inilah so tak perlu berjalan sangat dan boleh ke Prague Castle dan tempat yang jauh sikit. So kami beli tiket dengan sales person yang ada di area itu dan tunggu di stop point hoho. Bus hoho yang masuk ke Old Town ini just shuttle yang kecil je sebab jalan di Old Town sempit-sempit. 3 kali shuttle lalu baru kami dapat naik sebab everytime sampai dah penuh dan takde orang yang nak turun. So dah buang masa di situ.

First stop kami ialah di point untuk ke River Cruise. So layan cruise sambil view Prague city.


Good Morning Praha

Pagi-pagi dah meriah

Depan Charles Bridge Tower

Ramai betul manusia

Building depan Charles Bridge

Atas Charles Bridge

Prague Boat - besar bot

Vltava river

Vltava river

Musim summer memang ramai orang

Typical Europe city

Another view Praha city

Itik ke angsa?

Layan iced chocolate tepi Vltava river

Boat dah sampai, jom naik
Besar sungai ini
Tak ingat building apa

Nak cross Charles Bridge dari bawah
Ok lalu bawah bridge...

Selepas river cruise, kami stop di Prague Castle. Plan tak nak lama di castle sebab nak kejarkan tempat yang lain. So lepas ambil photos castle, tak masuk pun ke dalam sebab kena bayar lain, kami tunggu bus semula. Tapi bas hoho kami (warna hijau) tak kunjung tiba. Bus hoho company lain (warna merah) dah 3 kali lalu tapi bus hoho kami tak sampai-sampai. Tunggu sampai sejam lebih baru muncul. Tourist lain pun ramai dah bengang. Waktu tu dah jam 5 so no choice tak sempat lagi ke tempat-tempat lain so kami pulang semula ke Old Town area. Sempat shopping fridge magnet sikit dan try roti donut (Trdelník) yang famous di Prague ini untuk alas perut.


Prague Castle dari kejauhan

Castle's gate - sempat tengok Changing of the Guard

Nak masuk kena bayar

Castle's area

Posing kat luar je

Boleh juga naik tram ke Prague Castle
Hoho ni yang lambat (Photo google - tak sempat ambil gambar bas betul)

Hoho ni laju pantas sikit

Back to Old Town

Ada art fair

Beli Trdelník dan fridge magnet kedai tu

Trdelník yang sedap...

Kembali semula ke hotel, then kali ini kami guna Uber je murah sikit berbanding dengan taxi. Tiba di airport jam 7.30 petang. Check in dan cari praying room. Nasib baik ada so boleh solat jamak asar/zohor. Sepatutnya flight ke London Gatwick jam 9 malam tapi flight delay sehingga ke jam 11 malam. So lepak je di airport dan solat magrib/isyak sekali. Tiba di Gatwick Airport sudah jam 2 pagi. Nasib baik book hotel Travelodge dekat dengan airport. Tunggu bas ke hotel dan check in jam 3 pagi dan terus tidur sebab esok flight ke KL jam 10 pagi.


Menunggu flight yang delay - bye Prague

Nasib baik ada surau di Prague Airport

Dalam surau selesa tapi perlu ambil wuduk di toilet



Day 5 : Prague (20 June 2019)

Pagi ini jam 7, kami dah standby depan hotel sebab dah janji dengan tour guide untuk package Switzerland Saxon dan Switzerland Bohemia Trip yang dah dibook melalui apps Klook. Nama je Switzerland trip tapi kami bukan ke Switzerland, cuma cross border sikit untuk ke Saxon National Park di Germany. Namanya Switzerland sebab area ini cantiknya seperti Switzerland kata Mona our tour guide. Trip hari ini akan banyak berjalan dan simple hiking. Kalau ikut total distance berjalan boleh sampai 11 KM. Trip ini small group je kami berdua dan seorang awek dari Canada, Syereen namanya  berketurunan Parsi asal daripada Iran.


Breakfast dulu sebelum keluar

Standby depan hotel tunggu van sampai
Tempat inilah nak pergi hari ini...sempadan Germany & Czech so kena bawa passport

Full itinerary seperti di bawah dan layan je ya photos yang ada. Trip ini memang best dan area national park memang cantik. Cuma sekarang ini musim summer dah suhu panas macam Malaysia dan hujan pula waktu petang itu. Nasib baik dah standby payung.


Itinerary as per Klook trip

Photo-photo di 1st destination - Bastei Bridge, Saxon  National Park Germany :


Entrance at Saxon National Park, Germany

Start walking / hiking

Batu-batu yang unik....macam mana terhasil kena belajar geografi

River Elbe

Bastei Bridge dari kejauhan

Dengan tourist guide, Mona

Credit to Syereen tolong snapkan photo

Wedding photo shoot pun ada

Itu bukan orang ya...patung

Batu-bata

Photo-photo di 2nd destination - Pravcicka Gate, Bohemia National Park, Czech :


Start hiking

Dah pancit

Dah nampak Pravcicka Gate

Ada restoran atas itu

Nice view

Layan view

Tengok batu

Mona belanja minum

Sesi menurun, hati-hati

3rd stop - Lunch at Penzion na Vyhlidce :


Restoran yang nama susah nak sebut

Vege meal - boleh tahan sedap

Ada playground depan restoran

Last stop - Kamenice Gorge :


After lunch, turun ke gorge pula (kira macam sungai lah)

Menyusuri gorge slowly

Laju je minah-minah ini

Beratur naik sampan kecil...kayuh pakai galah besi itu

Kononnya nak menyusuri gorge ini, naik-naik bot je terus hujan lebat tak dapat nak ambil gambar dalam bot
Isi minyak dulu sebelum balik ke Prague


Kami tiba di hotel jam 6 petang so sempat solat jamak asar/zohor di bilik. Rehat sekejap tapi tak boleh tidur nanti terlajak sebab malam plan nak tengok Old Town Prague waktu malam. Jam 7 kami keluar ke Old Town, dekat je dalam 10 minit dah sampai area Clock square. Ramai betul orang area ini. Sempat lah kami tengok famous clock tu berdetik. Then tiba-tiba pula macam nak hujan, apa lagi buka payung dan google halal restaurant yang terdekat. Nasib baik ada so kami berjalan ke sana dan apa lagi orderlah perut dah lapar.


Meriah area Old Town

Famous Clock...ada keluar lagu bila tiba masanya

Main Square

Langit dah gelap

Turkish Restaurant dekat je dengan Main Square

Sesi top up kalori

Main Square waktu malam selepas hujan

Masih meriah

Lepas makan, balik dan tidur selepas seharian penat berjalan dan panjat bukit.