Monday, 4 December 2017

Persediaan ke Sydney - May 2017

Salam semua...trip kali ini kami akan ke Sydney, Australia pula sempena cuti Wesak yang jatuh pada hari Rabu so just tambah cuti hari Khamis dan Jumaat dah boleh dapat long weekend. Pada mulanya plan nak pergi berdua je dengan En. Suami tapi lepas balik dari Kundasang borak-borak dengan famili, parents dan seorang adik lelaki jadi ikut sekali. Maka trip ke Sydney ini jadi berlima. Tiket untuk kami berdua dah beli awal so tambah tiket flight untuk 3 orang je lagi.


Kat situ lah Sydney



Trip ke Sydney tak guna travel agency pun. Buat sendiri free and easy. Cuma visa ETA sahaja travel agency buatkan. Kalau dulu boleh dapat dalam RM 20 per pax. Tapi kali ini dah tak dapat, kena charge RM30 seorang. Kira masih untung compare kalau apply online application sendiri sebab kena charge dalam AUD20 seorang. Boleh cari or google je mana-mana travel ejen yang ada. Untuk kali ini saya buat dengan World Travel Ambassador (WTA).


Flight ke Sydney jam 11.40 malam dari KL hari Selasa (9 May 17) dan pulang semula ke KL pada Sabtu (13 May 17) malam jam 9.30 dan dijangka mendarat di KL pada jam 4.00 pagi Ahad. Ini bermakna kami akan overnite 2 malam dalam flight dan 3 malam di Sydney.


Itinerary agak lambat juga dibuat sebab sibuk dengan hal-hal kerja dan preparation ke Kundasang pada bulan April yang lalu. So ada masa google dan study sikit pasal Sydney ini. Akhirnya, kami decide itinerary & program seperti berikut :


Day 1 - Sea Cliff Bridge & Kiamma Blowhole
Day 2 - Blue Mountain
Day 3 - Sydney City
Day 4 - Nelson Bay & Whale Watching


Kali ini kami sewa kereta dan homestay / apartment supaya mudah untuk masak-masak. Kami bajetkan kos per head tak lebih dari RM 3K untuk seorang termasuk tiket flight. Bila semua dah ready apa lagi jom terbang.



Stock makanan di Sydney nanti


No comments:

Post a Comment