Monday, 4 December 2017

Day 0 : KL-Sydney (9 May 2017)

Hari Selasa masih bekerja macam biasa sebab flight jam 11.40 malam. Rugi kalau cuti hari itu, baik simpan cuti untuk next trip (kalau ada lah). Balik kerja jam 5 petang, terus rushing ke rumah. En. Suami memang dah ready di rumah.  Emak, abah dan adik pun dah ready so dalam jam 6 petang kami pun bergerak ke KLIA2 dari Melaka. Perjalanan berjalan lancar, tiba di KLIA2 terus drop luggage, solat jamak dan sempat alas perut makan McD sebelum boarding.

Sessi menunggu flight


Flight malam itu ok, sebab dah penat seharian so tidur dan bangun untuk makan je. Alhamdullilah tiba di Sydney Airport jam 9.50 pagi. Sebab tiba di Sydney dah pagi so solat subuh dalam flight. Waktu pemeriksaan immigration, semua orang lepas tiba-tiba saya punya pula sangkut di kaunter dan terus dibawa ke tempat khas. Dalam hati dah cuak, apa pula masalah. Sebelum ini masuk takde masalah pun (pernah ke Gold Coast, Perth, Melbourne, Tasmania sebelum ni).

Officer itu kata nama dalam visa ETA tak tally dengan passport. Then, Officer tu buat phone call tak tahu lah call siapa. Tidak lama lepas itu, alhamdullilah settle tanpa banyak soalan. Beg kami yang penuh berisi makanan pun lepas juga tanpa diperiksa secara details. Cuma kami diminta beratur dalam satu line bersama beg-beg dan anjing lalu je pusing sekeliling kami. Nasib baik lah anjing itu tak hidu-hidu sangat just lalu je.

Keluar ke Arrival Hall, terus ambil pocket wifi yang telah dibooking online di Pocwifi. Penting wifi ni sebab nak jalan-jalan guna waze dan yang penting boleh bermedia social lagi. Boleh guna ramai-ramai so tak perlu nak roaming. Harga rental pocket wifi ini ialah AUD42.64 untuk sepanjang tempoh di sana. Collect modem di Baggage Storage.


Tempat collect modem untuk wifi

Selepas itu, kami pergi collect car rental pula. Car rental counter di Arrival Hall juga. Kali ini kami book kereta secara online dengan Thrifty. Kos untuk sewa kereta ialah AUD320.78. Waktu book kami pilih wagon Holden Commodore  sebab nakkan boot yang luas untuk letak bag, sekali waktu collect dapat Mitsubushi Pajero pula.


Counter Thrifty untuk car rental collection

Selepas urusan mendapatkan kereta selesai, kami kena berjalan sedikit ke car rental parking untuk mengambil kereta. Tak perlu naik shuttle macam di setengah-setengah airport untuk collect car rental.


Kereta sewa sepanjang tempoh di Sydney


Besar betul kereta itu tapi memang selesa lah untuk kami berlima dengan beg-beg yang banyak itu. Driving di Australia ini sama macam di Malaysia dan lesen memandu kita boleh diterima. So tak perlulah apply International Driving License macam nak ke New Zealand.





No comments:

Post a Comment