Hari ini merupakan last day di bumi Sydney. Flight balik ke Malaysia jam 9.25 malam. So ada seharian lagi bole explore. Plan untuk hari ini adalah whale watching boat cruise. Tiket dah beli secara online dengan harga AUD40 per person. Boat time pada jam 11.00 pagi. Selepas breakfast nasi goreng telur yang dimasak sendiri, kami terus check out, letak barang dalam kereta dan terus jalan kaki ke boat terminal. Antara sebab stay di The Nelson Resort ini sebab walking distance je ke boat terminal. So jimatlah duit parking.
|
Stay di sini last night di Sydney |
Waktu tiba di boat terminal, keadaan agak meriah walaupun baru jam 10 pagi. Banyak boat cruise dan aktiviti yang boleh dipilih. Flea market pun ada di tepi pantai. Waktu dah hampir jam 11 pagi so kami terus ke boat. Ramai juga dalam trip ini lebih kurang 50 orang. Cruise mengambil masa selama 3 jam sebab kira macam whale hunting lah. Sebenarnya whale season baru je bermula so tak guarantee dapat tengok whale. Biasanya end May baru 99% guarantee untuk tengok whale. Tapi kami mencuba nasib je mana lah tau ada whale yang muncul tapi yang pasti dolphin dapat tengok sebab memang banyak di perairan Nelson Bay ni.
|
Meriah Flea Market |
|
Boats |
|
Bestnya ada bot |
Boat Captain bawa ronda-ronda tengok dolphin dan seal tapi malangya whale tak muncul tiba. Waktu end of tour, boat operator bagi tiket free untuk next trip sehingga lah jumpa whale tapi valid untuk 6 months je. Kami pun ambil juga lah tiket tu walaupun tahu mustahil untuk kembali ke Sydney dalam jangka masa terdekat ini.
|
Nampak tak? |
|
Cari seal |
|
Seal atas batu - menyorok |
|
Kecewa tak dapat jumpa whale |
Selepas turun dari boat, kami ambil kereta dan drive cari port untuk lunch bekalan yang dimasak tadi dan solat sekali. Setelah pusing-pusing jumpa satu taman dan stop di situ. Setelah selesai urusan, kami teruskan perjalanan ke airport. Kena tiba di airport dalam jam 6 petang. Alhamdullilah selamat tiba di airport, pulangkan kereta, pocket wifi dan check in.
|
Masa untuk pulangkan kereta di Sydney Airport |
Kami selamat tiba di KLIA jam 4 pagi esoknya, perjalanan berjalan lancar tidur je dalam flight. Maka berakhirlah percutian singkat ke Sydney. Pengalaman yang baru di bumi Sydney. Kali ini kami tak jumpa kangaroo dan koala sebab dah jumpa di Perth dulu.Yang penting semua happy dan selamat. Sempat juga tapau coffee Dare untuk bawa balik Malaysia.
|
Borong bawa balik Malaysia |
No comments:
Post a Comment