Ini
merupakan first time saya blogging, sebelum ini selalu baca blog orang je
especially travel blog. Tiba-tiba kali ini rasa nak share my UK road trip experience
sebab rasa info untuk road trip ke UK dan Ireland macam kurang. Dengan adanya
this sharing diharap dapat membantu rakan-rakan di luar sana yang ingin buat
road trip macam ini.
For info, UK terdiri daripada England, Scotland, Wales dan Northern Ireland. Ireland pula tak termasuk dalam UK. Untuk road trip kali ini, kami akan menjelajah UK dan Ireland. UK menggunakan matawang pound dan Ireland pula guna euro. So kena tukar 2 currency lah.
For info, UK terdiri daripada England, Scotland, Wales dan Northern Ireland. Ireland pula tak termasuk dalam UK. Untuk road trip kali ini, kami akan menjelajah UK dan Ireland. UK menggunakan matawang pound dan Ireland pula guna euro. So kena tukar 2 currency lah.
UK
map from Google Map.
Idea tiba-tiba nak buat road trip ni sebab plan nak ke Balkan tidak kesampaian sebab tour ke Balkan yang ikut travel agent tak match dengan cuti dan tugasan kerja. So, En. Suami suggestkan untuk buat road trip ke UK. Maka study pun bermula lah...Masa limited sebab ada 2 bulan je sebelum road trip, maka gigihlah menggoogle untuk persediaan road trip ini.
Pertama, mestilah cari tiket flight yang murah...apps "Skyscanner" sangat membantu. Since date nak pergi dah ada so masukkan je dalam apps tu dan letak reminder untuk info harga ticket lebih murah. Trip kali ni kami pilih untuk turun di Manchester sebab London pernah pergi dulu. Plan untuk trip ini selama 2 weeks...1 Oct - 14 Oct 2016. So, masukkan info tadi dalam Skyscanner dan monitor lah bila flight tiket menepati bajet. After survey, tengok flight tiket KL - Manchester yang paling murah ialah Turkish Airlines iaitu lebih kurang RM 3146 return untuk seorang (kelas ekonomi). Tapi bila memikirkan lamanya duduk dalam flight 11 jam ke Istanbul + 4 jam ke Manchester from Istanbul...so cuba-cuba check pula berapa harga tiket business class. Sekali tengok harga dalam RM 5567 return untuk seorang. Rasanya macam dah murah untuk business class sebab biasanya mesti dalam RM10K above per pax. So, pejam mata booking je business class ke Manchester tu.
Guna
apps “Skyscanner” untuk flight ticket yang murah. Dapat price yang sama untuk
travel date 1 Oct -14 Oct 2016.
Kedua, persediaan itinerary pula. Fikir route mana,
apa aktiviti yang menarik, nak stay hotel mana, nak sewa kereta apa, nak parking
di mana, petrol banyak mana, tol berapa, nak solat di mana, kat mana makanan
halal, tu semua kena ready supaya perjalanan berjalan lancar nanti.
Alhamdullilah, dengan hasil menggoogle dan study travel book, travel plan pun
siap 3 minggu sebelum pergi. Hotel, car rental, wifi rental, entrance ticket
semua dah siap dibooking sebelum road trip bermula.
Reference untuk buat itinerary.
Tam & Teh pun sibuk study juga.
Untuk hotel booking saya guna web Agoda sebab dapat kumpul point dan boleh redeem untuk next stay. Since plan nak ke Ireland dan Northern Ireland, so kena lah booking domestic flight. Kami pilih flight from Manchester ke Dublin & Dublin ke Glasgow guna Ryan Air. Ryan Air ni macam Air Asia juga...harga tiket agak berbaloi jika ada promo tapi yang mahal luggage lah. Kami ambil pakej Priority& Leisure yang include luggage 20kg, priority boarding dan boleh pilih seat. Tambang dari Manchester ke Dublin £83.62 dan Dublin ke Glasgow €85.66. Akhirnya, final itinerary dah ready seperti berikut :
Ke-3, benda yang paling malas nak buat tapi sangat
penting ialah packing barang…kena bawa barang-barang penting dan kena ada
checklist supaya tiada yang tertinggal. Musim kami pergi tu ialah early
autumn…temperature dalam 5 - 15 C. Takde lah sejuk sangat bagi local people
tapi sejuk lah juga bagi kita yang berdarah khatulistiwa ni... so jangan lupa
bawa winter cloth dan longjohn…payung penting juga sebab time autumn ni
kadang-kadang hujan...barang-barang lain macam biasa lah untuk travel.
Universal plug tak perlu bawa pun takpe sebab plug UK sama dengan Malaysia.
Kami
bawa banyak bekalan makanan instant seperti Brahims, sardin, tuna, serunding,
maggi mee, roti dan juga telur rebus. Banyak jenis nasi dari Brahims ni so boleh lah
pilih mana yang berkenan. Nasi lemak pun ada. Kettle juga kena bawa takut hotel
takde kettle nanti tak boleh pulak nak rendam Brahims tu. Takde masalah bawa
food dari Malaysia sebab UK tak la strict sangat or kena declare macam nak
masuk Australia. Air mineral juga kami bawa dari Malaysia at least boleh lah
bertahan beberapa hari sebab di UK air mineral pun lebih kurang 1 pound untuk
seliter. So mana boleh jimat kita jimat. For info, ke UK dan Ireland ni tak perlu
visa. Sama macam negara Europe yang lain. Bila semua dah ready…so apa lagi…jom
kita ke UK.
Kat sana tap water boleh minum...no worries nak bawak mineral water dari sini. Nak keluar jalan isi jer air dari tap. Selamat diminum.
ReplyDelete