Jam 8 pagi dah check out dari hotel. Ambil taxi ke Glasgow
Airport dan taxi fee £10 sama macam malam sebelumnya. Waktu tiba di kaunter car
rental takde customer lain so mudah tak perlu beratur. Kali ini sewa dengan
company Enterprise. Boleh booking di web www.enterprise.com. Sewa untuk 8 hari
dan akan return kereta di Manchester Airport nanti. Rate sewa untuk 8 hari
ialah £325.13. Proses mengambil kereta sama macam di Dublin dulu, passport,
lesen kena ada. Cuma kat Glasgow Airport nak collect kereta tak perlu naik
shuttle van. Boleh collect di parking area yang cuma walking distance from
airport.
Welcome to Glasgow Airport, Scotland.
Waktu nak ambik kereta tu, tiba-tiba company tu bagi
Volkswagen Sharan pula. Besar tu MPV 7 seater dan kami berdua je pun. Time booking
kami book Ford Focus je. So accept je lah sebab tak nak buang masa dan terus drive
ke Glasgow untuk city sightseeing.
Kereta besar pula untuk kami berdua.
Glasgow city.
Glasgow city road.
Glasgow city road.
Bila tiba di Glasgow city, kami parking di public parking dan jalan-jalan dalam city. Macam biasa pergi Hard Rock Cafe beli t-shirt…jalan-jalan di City Chambers, Buchanan Street...cantik juga Glasgow ni dan tak seserabut Dublin. Lunch di kedai kebab area Buchanan Street. Parking di city centre ni agak mahal ya. Dia ikut hourly rate dan boleh bayar guna kredit kad di auto pay machine.
Buchanan
Street.
Buchanan Street.
Hard
Rock Café, Glasgow. Opening hour starts at 11.00 a.m.
Glasgow
Royal Concert Hall.
Area Glasgow City Hall.
Area Glasgow City Hall.
Bicycle for rent.
Buchanan Street.
Selepas itu, kami drive ke Glasgow Mosque yang tak jauh dari city centre. Besar juga masjidnya dan sempat berjemaah dengan local people.
Depan Glasgow Mosque.
Jemaah masjid.
Selepas solat, discuss dengan En. Suami yang kereta Sharan ni besar sangat, susah nak parking dan selepas ni nak ke Isle of Skye…jalan di sana kecil-kecil dan banyak single lane road (kena stop dulu bagi laluan kalau selisih dengan kereta lain). So kami decide balik semula ke car rental office dan nak minta tukar kereta lain. Lagipun kat meter kereta tu keluar warning untuk tyre (maybe pressure tyre tak cukup) so bertambah kuat lah reason nak tukar kereta.
Sampai je di office car rental, jumpa semula officer on duty dan dapat kereta baru tanpa banyak soal. Alhamdullilah mudah urusan dan dapat kereta yang sesuai. Kali ni dapat British local car Vauxhall Astra. Ok juga lah kereta ni.
Kereta sewa baru Vauxhall
Astra.
Selepas settle tukar kereta, continue journey ke Oban. Trip
masih di Scotland. Oban ni lebih kurang 2 jam lebih dari Glasgow. On the way nak
ke Oban akan lalu di Loch Lomond...kat Scotland ni banyak loch atau dalam
bahasa kita ialah tasik. So stop kejap-kejap ambil gambar tempat-tempat yang
menarik sepanjang perjalanan ke Oban.
Sepetang di Loch Lomond.
Loch Lomond.
Jom ke Oban. Takde kereta lain pun.
Sampai di Oban lebih kurang jam 6.00 petang. Check in di Rowantree
Hotel, Oban. Kalau ikut plan akan tidur 2 malam di Oban sebab next day
akan ambil 3 islands trip iaitu ke Isle of Mull, Iona dan Staffa. Tapi sewaktu
perjalanan nak ke Oban dapat email yang inform trip ke island tu kena cancel
due to strong wind di laut. Cancel lagi...agak kecewa lah sebab teringin sangat
nak ke Staffa Island tu…tapi takpe safety first.
Oban town yang sunyi.
Check in di Rowantree Hotel, Oban, Scotland.
Since hotel dah booked untuk 2 malam
kena lah ada contingency plan apa nak dibuat next day nya. Malam tu study lah
apa lagi aktiviti yang best. Survey-survey tengok ada Jacobite Steam Train dari
Fort William. Oklah tak jauh sangat dari Oban ke Fort William iaitu dalam sejam
tapi tak boleh nak booking sebab ada cut off time untuk booking dan biasanya
selalu full. So ingat nak cuba nasib je esok, pergi awal sikit kalau ada rezeki
train kosong boleh join trip tu...kalau tak dapat, jalan-jalan je lah area Fort
William dan Glencoe. Tengok google macam menarik jugak area tu. End of day 5.
Kita tengok apa activity Day 6 pula.
No comments:
Post a Comment