Monday, 16 January 2017

Day 8 : Quiraing (Isle of Skye) - Inverness - Loch Ness - Edinburgh

Hari ke 8, macam biasa pagi jam 8 dah check out. Actually, plan hari ini agak padat dan distance pun quite far. So kena revise plan supaya lebih practical. Kalau ikut pagi ini akan ke Man of Storr dan Quiraing, then dah booking Loch Ness Cruise di Inverness dan dijangka sampai di Edinburgh dalam jam 9.30 malam. Sebab nak kejarkan Loch Ness Cruise jam 4.00 petang tu so kami decide untuk skip Man of Storr. Tengok dari jauh je lah Man of Storr tu. Man of Storr kira macam landmark di Isle of Skye ni…bukit yang ada batu-batu yang besar dan tinggi.

Man of Storr dari kejauhan…tak sempat singgah pun.

Man of Storr - gambar ihsan google. 

Quiraing dari kejauhan.







Pagi dari hotel terus ke Quiraing. Jalan ke Quiraing ni sunyi sepi dan single lane road. Quiraing ni macam summit (tanah tinggi) di Isle of Skye. Siapa yang minat hiking memang sangat sesuai. Tapi yang best Quiraing ni kita boleh drive sampai atas tapi as mentioned jalan memang kecil tapi menarik. View dari hotel nak ke Quiraing pun SubhanAllah cantik-cantik. So bergambar seround dua di Quiraing tu...tak pergi hiking pun sebab nak kejar masa so jalan-jalan di kawasan berdekatan dengan parking area. Itupun dah rasa sejuk sangat. Turun dari Quiraing singgah di tepi beach yang lawa siap ada waterfall lagi.


Jalan naik ke Quiraing.

Berjaya sampai ke puncak Quiraing.

Naik basikal pun boleh.

Larat ke nak mendaki tu?

Top view Quiraing.

Top view Quiraing.





Ada waterfall lepas turun dari Quiraing.

Kambing Quiraing yang riang.

Lagi kambing Quiraing yang riang.






Selesai visit Quiraing, kira berakhir lah trip ke Isle of Skye ni. En. Suami kata dia nak datang sini lagi after 10 years. Jarang dia nak pergi tempat yang sama dua kali, so maksudnya dia dah jatuh hati lah dengan Isle of Skye ni (agaknya).


Bye Isle of Skye. In Shaa Allah ada rezeki datang lagi.

On the way ke Inverness.





Next destination, kena catch up cruise jam 4 petang di Loch Ness. Agak jauh juga dalam 4 jam drive. Tapi before ke Loch Ness ni plan nak singgah di Inverness untuk solat dan tapau lunch. So perjalanan diteruskan. Macam biasa jalan kecil dan jarang jumpa kereta lain sehingga lah nak dekat tiba di Inverness.

Inverness adalah antara Bandar yang utama di Scotland dan alhamdullilah ada masjid. Rasanya Muslim community agak ramai juga. Waktu tiba di Inverness Mosque tu dalam jam 3 petang, time tu ada ceramah untuk ladies. Kanak-kanak pun ramai ada yang belajar mengaji. Kira active jugalah Muslim society di sini. Mereka agak ramah mostly from Arab dan India tapi kebanyakan dah jadi local resident. Diorang ajak juga stay dengar ceramah tapi kena minta excuse lah sebab nak kejarkan Loch Ness Cruise jam 4 petang tu. Selepas solat, pusing-pusing dalam city cari kedai kebab. Beberapa round pusing akhirnya jumpa, so tapau kebab je takut nanti termiss pula cruise tu.


Inverness Masjid, 1 Portland Place, Inverness IV1 1 NE.

Dalam Masjid.

Cruise point dari Inverness city lebih kurang 30 minit. So pecut la ke Jacobite Cruise Loch Ness ni. Akhirnya, ngam-ngam sampai dan sempat lah naik cruise. Cruise takes about an hour. Tiket boleh dibooking di www.jacobite.co.uk. Ada pelbagai tour package tapi kami pilih pakej boat cruise je yang tak termasuk visit ke Urquhart Castle so tengok castle dari boat je. Kalau pilih castle jadi 2 jam punya tour nanti lambat pula tiba Edinburgh. Tiket fee untuk boat cruise ialah £14 seorang. So berehat lah kami di atas Loch Ness Cruise ni. Memang sejuk dan bertambah sejuk dengan angin loch ni. Kat Scotland memang banyak loch (lake/tasik). Jalan sikit jumpa loch semua cantik-cantik tapi yang paling famous mestilah Loch Ness sebab ada lagenda Nessy si dragon yang kononnya ada dalam tasik ni.


Loch Ness Cruise.

Loch Ness Cruise.

Loch Ness view.

Urquhart Castle.

Selepas cruise, kami teruskan journey ke Edinburgh. Journey takes about 4 hours so kiranya malam juga lah tiba di hotel. Alhamdullilah perjalanan lancar, buat a few stops untuk makan lunch (kira dinner sekali) dan toilet stop. Rest area (RnR) di Scotland ni tak sama macam di Malaysia. Even lalu motorways pun, dia punya RnR atau sini dipanggil Services mesti kena keluar dan agak jauh ke dalam. Kiranya Services tu akan masuk ke small town yang berdekatan tapi facility macam toilet semuanya available.



Akhirnya dalam jam 9 malam sampai juga di Edinburgh city dan terus check in di Best Western Braid Hills. Time check in tu ramai betul orang kat lobby rupanya ada function. So sempat lah observe Englisman/ woman ni berdress up bagai untuk function. Budak-budak pun ramai. Tak nak serabut lama-lama kitorang pun masuk bilik cepat-cepat kena rehat sebab esok ada program lain pulak. Tapi hotel ni memang cantik.


Gambar di hotel waktu check out esoknya.
























No comments:

Post a Comment