Yeah hari ini balik ke Malaysia...kegembiraan orang yang
bermusafir ialah apabila balik ke tempat sendiri. Flight jam 10.40 pagi...jam 7 dah siap check
out...tunggu taxi driver malam tadi tapi tak sampai-sampai...ishkk lupa ke
dia..semalam beria-ria dia nak datang...tunggu dalam 30 minit...hmm kalau tak
sampai juga boleh miss flight ni. So terus minta hotel panggil kan taxi...kurang daripada 10 minit taxi yang hotel panggilkan dah sampai...terus kami ke airport..alhamdullilah
sempat...nasib baik tiket business class so beratur tak panjang dan semuanya
berjalan lancar.
Altrincham Lodge Hotel, Manchester. |
Altrincham Lodge Hotel, Manchester. |
Alhamdullilah road trip ke UK ni (Northern Ireland, Ireland, Scotland, Wales
dan England) selama 14 hari berjalan lancar…walaupun ada hick up sikit-sikit...e.g.
tukar kereta sewa, kaki terseliuh, barang tertinggal…tapi yang lain-lain semuanya
ok dan memberi kenangan dan menambah pengalaman hidup. Total cost untuk trip kali
ini all in untuk 2 pax lebih kurang RM25K…kalau ambik flight ekonomi boleh
murah lagi dan juga bergantung kepada jenis accomodation...selepas ini boleh plan
road trip lagi...maybe ke Iceland pula kalau ada rezeki..so far dah pernah
buat road trip ke Gold Coast, Perth, Krabi, Jeju, Tasmania dan Hokkaido..waktu
tu tak buat blog lagi so tak dapat lah nak berkongsi pengalaman. InshaAllah
kalau ada masa nanti boleh recall dan didocumentedkan. Semoga berjumpa
lagi...thanks for reading dan diharap pengalaman ini boleh menjadi rujukan untuk
yang lain.