Salam semua, kali ini nak cerita tentang percutian keluarga ke Medan, Indonesia. Trip ini disertai oleh family sebelah En. Suami yang terdiri daripada 18 orang (12 dewasa & 6 kanak-kanak). Sudah menjadi acara tahunan En. Suami membawa keluarganya bercuti, so destinasi pilihan kali ini ialah ke Medan. Kenapa ke Medan ya? Kalau ikutkan saya dan En. Suami telah pernah ke Medan dan Danau Toba kira-kira 7- 8 tahun yang lepas. Biasanya kami jarang bercuti ke tempat yang sama 2 kali kecuali Krabi dan Aceh je yang pernah pergi 2 kali.
Medan dipilih sebab :
- Cost all in trip per person kurang daripada RM1000 (kos sebenar dalam RM700 lebih untuk seorang)
- Duration trip yang tidak panjang iaitu 4hari 3 malam, so tak perlu nak apply cuti banyak-banyak. Cuti pun dah nak habis sebenarnya. Kali ini ambil kesempatan cuti Awal Muharam so ambil cuti 1 hari saja.
- Itinerary trip yang relax sebab bawa warga emas dan kanak-kanak. Peserta trip terdiri daripada semuda usia 2 tahun dan sesenior usia 76 tahun (nenek).
- Flight hour yang pendek iaitu sejam.
- Dan yang pastinya sebab Lake Toba itu sangat indah dan mendamaikan.
Persediaan percutian dibuat dalam sebulan sebelum tarikh berlepas. Bukan senang nak dapat kumpul ramai-ramai itupun ada lagi adik beradik En. Suami yang tidak dapat join sekali. So far, ground pakej yang paling murah ialah RM 540 (dewasa) daripada Trip Murah Agency.
Itinerary lawatan seperti berikut.
Day 1 : Medan - Berastagi
Day 2 : Berastagi - Parapat
Day 3 : Parapat - Danau Toba - Medan
Day 4 : Medan - KL
Selebihnya layan je lah gambar ya.
Airport Kuala Namu. Airport baru ni..dulu datang airport lama. |
Ahli rombongan bergambar kenangan di Sipiso Piso Waterfall.
Tempat shopping di Sipiso Piso.
Stop di Simarjarunjung sewaktu perjalanan ke Danau Toba.
Boleh minum teh halia & makan goreng pisang di sini.
Ada port bergambar di sini.
Lake Toba yang indah & tenang.
Ha tinggi tak?
Masjid di Parapat. Solat Jumaat di sini.
|
Lorong shopping di Parapat.
Menu nasi padang. Setiap kali makan macam ni...macam-macam lauk ada.
Stay di Danau Toba Cottage.
View Lake Toba daripada hotel.
Bot ke Pulau Samosir yang terletak di tengah-tengah Lake Toba.
Tekun dengar briefing daripada Pemandu Pelancong di Pulau Samosir.
Melawat Tomok di Pulau Samosir. Horas....
Ole-ole dari Medan. Sedap juga baulu ini.
Last sekali...video yang bapa mertua buat...dia lagi advance dari saya...pandai buat video.
Ok itu saja laporan ringkas lawatan ke Medan kali ini. Lawatan yang singkat tapi enjoy...