Salam semua, kali ini nak share percutian keluarga kali ke-2 selepas PKP Covid19. Baru je balik dari Pulau Besar Mersing, dah rasa macam nak bercuti lagi. Kebetulan ada cuti Awal Muharram dan cuti sekolah so apa lagi, pantas lah cari port untuk bercuti.
Setelah berbincang, jom kita ke Tasik Kenyir naik houseboat pula. Teringat waktu naik houseboat di Tasik Daal Kashmir dulu-dulu tapi houseboat itu tak bergerak, ini houseboat Tasik Kenyir bergerak merentas tasik. Last minit cari nasib baik dapat juga houseboat yang kosong. Houseboat Tasik Kenyir ini limited dan selalu fullhouse so kena booking awal-awal tapi Alhamdullilah dapat juga kami walaupun sangat last minit (seminggu sebelum tarikh bercuti).
Kat mana Tasik Kenyir ni? Ini map Tasik Kenyir dari Mr Google. Besar kan Tasik Kenyir. Dulu waktu kecil pernah sekali pergi tengok empangan Tasik Kenyir waktu time hantar pengantin pakcik kahwin dengan orang Telemong.
|
Lokasi Tasik Kenyir |
Houseboat dah ada jom kita cari penumpang-penumpang bot pula. Houseboat ini sesuai untuk 20-25 orang kalau kurang orang macam tak meriah dah seram pula. Cari punya cari siapa yang free dapatlah lebih kurang 17 orang keluarga Allahyarham Hj Rasidi join ke Kenyir nanti.
Pakej houseboat Kenyir ini kami ambil yang 2 hari 1 malam je sebab itu je time bot kosong dan kita test dulu best ke tak sebab takut pula boring lama-lama atas bot. Pakej yang untuk ke Kelah Santuari pun kami tak dapat sebab musim Covid19 ini government limitkan jumlah pelawat supaya tak sesak. Untuk berjumpa si kelah kena berjalan lebih kurang 2km pergi dan 2km balik baru jumpa tempat kelah beramai-ramai itu..takpe next time kita pergi.
|
Ini pakej houseboat yang kami ambil |
Kami juga tak ambil pakej siap makan sebab rasa mahal pula. Baik masak sendiri je sebab peralatan memasak memang siap sedia atas bot so cuma bawa bahan mentah, rempah ratus dan bahan makanan secukup rasa. So kami dah perap bahan-bahan untuk buat BBQ nanti. Sampai bot tinggal bakar je.
Day 1 : Melaka - Dungun
Haa kenapa day 1 Melaka-Dungun? Bukan Tasik Kenyir ini dekat Kuala Berang ke? Jawapannya sebab homestay di Kuala Berang atau Kuala Terengganu semua penuh belaka. Nama pun last minit dah tiada yang kosong. Tapi Alhamdullilah dapat jugalah sebuah homestay di Dungun. Dungun pun bolehlah. Homestay di Dungun booking di Agoda. Musim peak season ini tak berani nak booking sebarangan takut kena scam naya nanti kena tidur dalam kereta.
Total 4 kereta dengan 17 peserta bertolak dari Melaka pagi itu lebih kurang pada jam 11 pagi selepas breakfast di kedai favorite iaitu nasi lemak roti canai ikan bakar. 3 kereta direct ke Terengganu dan 1 kereta singgah KL dulu ada urusan. Nanti semuanya akan berjumpa di Terengganu.
|
Breakfast dulu |
Perjalanan agak lancar, bawa kereta pun santai-santai. Plan asal nak terus jalan-jalan ke Kuala Terengganu then malam baru balik tidur di homestay Dungun. Tapi memandangkan bertolak pun agak lewat kita terus ke Dungun je lah. Lebih kurang jam 3 petang dah start masuk area negeri Terengganu, perut pun dah rasa lapar jom kita cari ikan celup tepung. So on the way ke Dungun kita singgah dulu di Pantai Kemasik. Makan celup-celup tepung dan layan pantai terengganu yang memang cun itu.
|
Pantai Kemasik |
|
Sebahagian peserta rombongan |
|
Apa ada atas batu? |
|
Lunch di warung celup tepung Pantai Kemasik |
|
Ikan celup tepung (ICT) |
|
Udang celup tepung |
Selepas perut kenyang, kami terus je ke homestay. Check in dan berehat je sebab jauh perjalanan. Dinner pun tak rajin nak keluar so masak simple-simple. Ok good night, ke Tasik Kenyir kita esok.
|
Homestay di Dungun. Disambut oleh kucing-kucing |
Day 2 : Dungun - Kuala Terengganu - Tasik Kenyir
Hari ke-2, kami check out homestay agak awal lebih kurang jam 8 pagi sebab kononnya nak breakfast Nasi Dagang Atas Tol Kuala Terengganu yang famous itu. Lebih kurang sejam perjalanan tibalah kami di kedai Nasi Dagang Atas Tol tapi ramai nya orang, so cari kedai lain lah makan. Tapi Alhamdullilah dapat juga kami tapau 4 bungkus nasi dagang atas tol itu untuk merasa boleh lah share-share. Memang sedap nasi dagang dia.
|
Ramai orang & beratur panjang Nasi Dagang Atas Tol |
|
Stop breakfast di kedai lain |
|
Makan Nasi Hujan Panas di pagi hari |
After breakfast, kalau dah tiba di Kuala Terengganu ini tak sah kan kalau tak pergi ke Pasar Payang so kami pun bergerak lah beramai-ramai ke sana. Tiba di kawasan Pasar Payang, jammed dan penuhnya orang maklumlah long weekend. So ada juga geng kami yang singgah dan 1 kereta terus ke Seberang Takir nak cari kerepok lekor sedap. Seberang Takir ini memang kampung En. Suami so memang tahulah kerepok sedap di mana dan memang selalu beli pun.
|
Tumpang lalu je depan Pasar Payang |
|
Posing sikit depan London Bridge |
|
Jom cross ke Seberang Takir |
|
Kedai kepok best depan Sek. Ibrahim Fikri |
|
Singgah Pasar Bt 6 shopping sikit |
Keropok lekor dah dapat jom kita gerak terus ke Tasik Kenyir. Check in houseboat ini jam 3 petang, sebenarnya tak rushing pun sebab bot itu memang hanya kami sekeluarga pun, cukup korum boleh terus jalan. Sebelum tiba di jeti Tasik Kenyir, stop dulu di pekan Kuala Ping (lebih kurang 20 minit ke jeti) untuk beli air batu dan arang.
Sebelum masuk ke kawasan jeti kena melalui kastam dulu, rupanya Tasik Kenyir ini diwartakan sebagai kawasan bebas cukai rupanya...baru tau hehe..tiba di jeti penuhnya kereta yang parking, nasib baik houseboat kami Permata Kenyir jetinya di Gawi Point dan bukan di Dataran Kenyir, kalau tak memang sesak lah.
|
Ini dia houseboat kami |
Ok kereta drop dulu dekat-dekat area bot, keluarkan barang-barang dan cari parking kosong. Parking kena bayar RM5 per night. Kemudian apa lagi sessi mengangkut segala barang lah naik ke houseboat. Barang-barang macam nak stay seminggu hehe...
|
Kawasan parking kereta di Gawi Point |
Houseboat agak besar 2 tingkat, selesa dan bersih. Ada 2 bilik VIP (boleh muat 3 orang), 2 bilik dorm (boleh muat 12 orang), ruang solat, bilik karaoke, ruang makan, dapur dan 2 toilet. Memang macam rumah lah. Aircond takde ya..tapi ada kipas. Mula-mula agak panas sebab bot tak bergerak, lepas bot gerak terasa berangin dan cool je.
|
Jom naik houseboat |
|
Dapur yang luas & lengkap |
|
Ada 2 tandas di bahagian bawah |
|
Bilik Karaoke |
|
Bilik berdua/bertiga |
|
Bilik Dorm |
|
Ruang lepak / solat |
|
Houseboat dah start gerak |
|
Bila boleh terjun mandi ni? |
|
Budak ni suka bergambar buat muka joker |
|
Ada signboard di tengah-tengah tasik |
|
Tenang je rasa |
|
Selisih dengan houseboat lain |
|
Kalau nak naik speedboat pusing-pusing tasik pun boleh |
|
Nampak tunggul-tunggul pokok di tengah tasik |
|
View sisi houseboat |
|
Pelancong-pelancong dari Jepun |
|
Chef yang dibawa khas |
|
Houseboat bawa 1 speed boat & 1 bot panjang |
|
Minum petang |
|
Demo memancing |
|
Ambik angin petang |
|
Sessi sembang santai 3 generasi |
Selepas 2 jam bot bergerak, kami tiba di Sg Lasir. Kawasan ini memang port houseboat berlabuh dan overnight. Banyak houseboat dah landing, time itu lebih kurang ada 10 biji. Aktiviti petang tu kami semua ke air terjun Sg Lasir, kena naik speedbot dalam 5 minit then sampai lah ke air terjun...so apa lagi mandi manda lah..dah dekat pukul 7 petang barulah balik ke houseboat semula.
|
Dari kejauhan dah nampak port untuk berlabuh |
|
Banyak houseboat lain yang dah berlabuh |
|
Ada air terjun, nak berkayak pun boleh |
|
Port Sg Lasir tempat kami bermalam |
|
Nampak ikan berenang-renang dalam air yang kehijauan |
|
Sessi naik bot panjang |
|
Houseboat kami yang dah berlabuh |
|
Jom kita ke air terjun |
|
Ok dah sampai air terjun |
|
Kena panjat sikit hati-hati ya |
|
Kawasan mandi yang luas yeah.. |
|
Ada jambatan gantung untuk yang tak gayat |
|
Sessi bermandi-manda (view dari jambatan gantung) |
|
Air terjun yang deras |
|
Tengah tengok apa kat bawah tu? |
Aktiviti malam pula lepas mandi dan solat, BBQ dan berkaraokelah. Kaki pancing pula stay up sampai pukul 3 pagi memancing. Last-last dapat seekor je ikan.
|
Sessi membakar |
|
Jemput makan |
|
Sessi memasang umpan |
|
Sessi membaling pancing |
|
Sessi test suara |
Ok good night Tasik Kenyir, malam sejuk macam tidur dalam air cond. Masing- masing tidur dengan aman dan lena.
Day 3 : Tasik Kenyir - Gambang
Pagi subuh-subuh dah bangun, tenang je rasa. Pastu terus goreng mee dan nasi untuk breakfast. Yang lain berehat-rehat dan ada juga yang sambung memancing sambil tunggu masa untuk bergerak ke port yang lain.
|
Taman Herba - tak larat nak explore |
|
Lunch |
Setelah selesai Taman Herba, bot pun bergerak balik ke jeti lebih kurang dalam 45 minit perjalanan. So kami pun siap-siap untuk check out. Tiba di jeti dalam jam 4 petang, selesai check out dari houseboat, kami pun bergerak ke Gambang Kuantan untuk berehat dan tidur untuk satu malam. Bye-bye Tasik Kenyir ada rezeki boleh datang lagi sebab memang best.
|
Sessi check out |
|
Permata Kenyir ada 2 houseboat kalau ramai boleh ambil 2 |
|
Gambar kenangan peserta houseboat |
|
Suasana Gawi Point |
Sebelum gerak ke Gambang, kami stop sekejap di kedai bebas cukai Tasik Kenyir. Tak besar ada dua kedai je, 1 jual coklat dan 1 lagi jual pinggan mangkuk. Coklat pun banyak dah habis sebab MCO takde stock katanya.
|
Dataran Kenyir |
|
Kedai Bebas Cukai |
|
Kedai pinggan mangkuk |
|
Kedai Coklat - banyak dah habis |
Kami tiba di Gambang Resort World dalam jam 7 petang. Kami book villa Eviria 3 bilik melalui Agoda tapi check in di Arabian Court. Tiba di lobi ramai nya orang. Rupanya semuanya menunggu kunci bilik. Ada yang check in jam 3 petang pun masih tak dapat kunci lagi. Suasana havoc sikit tengok orang macam nak memgamuk. Sebab nak follow SOP sanitization Covid19 pihak hotel bagi kunci. So lepas check in sambil menunggu kunci kami pun pergi lah makan dulu, lagipun perut pun dah lapar.
|
Ramainya orang |
Kami tak pergi makan jauh di Kuantan atau Tanjung Lumpur sebab mesti penuh orang punya so google apa yang best area Gambang jumpalah Nasi Kukus My Mama. Maka dinnerlah kami di sana dan food dia pun sedap.
|
Dinner di sini |
Lepas makan, gerak semula ke Gambang Resort City dengan harapan kunci villa dah ready. Tiba di lobi, villa masih tak ready lagi so tunggulah dulu dalam kereta. Akhirnya dekat jam 10 malam barulah dapat kunci. Malam itu semua berehat setelah seharian kepenatan.
Day 3 : Gambang - Rumah sendiri
Pagi kami dapat complimentary breakfast dari pihak hotel sebab dapat kunci lambat malam tadi. Lepas breakfast plan nak singgah Temerloh teringin nak merasa patin yang best. Tanya kawan orang Temerloh dia kata patin yang best ialah Go' Bang Maju Patin so ke sanalah kita. Tiba di Temerloh perut masih kenyang so kita tapau jelah patin nanti makan di mana-mana.
|
Kawasan homestay Gambang |
|
Siap-siap untuk check out
|
|
Tapau patin di sini |
Next destination ialah balik rumah masing-masing, ada di Melaka dan Johor, so kami waze lah jalan terpantas. Waze suruh ikut Temerloh - Bera - Jempol Alor Gajah. Alhamdullilah dalam jam 4 petang kami sampai di Melaka dan meeting point sebelum berpisah ialah restoran jejantas air keroh. Stop solat, makan patin dan balik ke rumah masing-masing.
Sekian percutian adhoc dan singkat ke Terengganu dah pengalaman menaiki houseboat Tasik Kenyir. Kesimpulannya memang experience yang menarik dan lain dari yang lain. Ada rezeki InshaAllah bole repeat lagi...jumpa lagi di cuti-cuti Malaysia tempat lain pula...
Cerita Tambahan
Seminggu selepas trip houseboat ini, kami sekali lagi ke Tasik Kenyir dengan famili En. Suami pula. Kali ini lebih meriah sebab ramai budak. So rasa tak perlu cerita panjang just belanja photo je untuk kenangan di sini.
|
Houseboat yang sama penumpang yang berbeza |
|
Kali ini naik ke Taman Herba |
|
View dari Taman Herba |
|
Sessi test minum air-air herba |
|
Sessi mandi-manda |
|
Meriah
Video budak-budak terjun tasik |
Sekian perkongsian kali ini diharap membantu dan InshaAllah akan ke Tasik Kenyir lagi.
Bole bagi suggestion, patut pilih 2h1m atau 3h2m? Cukup tak kalau 2h1m?
ReplyDelete2h1m pun cukup...tapi kalau ambil pakej pergi Kelah Sanctuary kena 3h2m sbb mmg ambik masa
ReplyDeleteBoleh sy tanya kalau bilik yg tiada aircond tu, kalau ada baby kecil agak2 boleh selesa tak tido
ReplyDeletesiang agak panas tapi berangin, malam mmg sejuk…bilik ada kipas rasanya ok..ada juga houseboat yang ada air cond bole cuba survey
DeleteBoleh dpt no contact bot tu
ReplyDeleteTerima kasih info yg sangat membantu, bgi yg belum jelajah tasik kenyir.. T. Kasih..
ReplyDelete