Salam semua, kali ini saya nak share kisah percutian keluarga Cikgu Rashid ke Pulau Besar Mersing. Ini adalah percutian pertama setelah berbulan-bulan terperap disebabkan MCO COVID19. So, after government declare je RMCO (Recovery Movement Control Order), kami pun mencari tempat untuk bercuti. Survey punya survey tengok ada promo di Pulau Besar Mersing. Sebelum ini tak tahu pun kewujudan Pulau Besar ini walaupun pernah pergi beberapa pulau sekitar Mersing seperti Tioman dan Dayang, yang kami tahu cuma Pulau Besar di Melaka je. Tengok dalam internet macam cantik je Pulau Besar ni, so apa lagi jom kita tengok.
Nama asal pulau ini ialah Pulau Babi Besar, tapi nama tu macam tak komersial je so ditukar kepada Pulau Besar. Ada lagenda kenapa namanya Pulau Babi Besar tapi rasa tak perlu lah tulis di sini nanti panjang pula ceritanya. Jarak pulau ini tak jauh dari Jeti Mersing iaitu lebih kurang 20-30 min naik speedboat tak macam ke Pulau Dayang 4 hingga 5 jam atas bot memang boleh muntah hijau lah. Boleh baca juga blog kami ke Pulau Dayang di page belakang-belakang.
Untuk percutian ini kami ambil pakej all in je dengan Aseania Hotel. Book pun melalui website Aseania untuk dapatkan harga promo. Pakej ini cover sekali bilik untuk 2 malam, speed boat pergi balik, 2 breakfast, 2 lunch dan 2 dinner. So tinggal bawa badan dan duit sikitlah untuk beli air kelapa dan sewa basikal. Percutian kali ini disertai oleh 11 dewasa dan 3 kanak-kanak, adik yang bongsu tak dapat ikut sebab ada exam so next time adik kita pergi tempat lain pula.
Pagi 25 Julai, 2 buah kereta bertolak dari Melaka pada jam 7.30 pagi dan sebuah lagi dari JB. Bot ke Pulau Besar pada jam 12.30 tengahari dari Jeti Mersing. Jarak dari Melaka ke Mersing lebih kurang 4 jam tapi pagi itu kami sampai agak awal iaitu sebelum jam 11. Biar awal sampai daripada tertinggal bot. Parking di sekitar Jeti Mersing agak penuh maklumlah weekend so kami parking di kawasan stadium yang tidak jauh dari jeti. Parking sehari ialah RM15 dan since kami pergi 3 hari kenalah parking RM45. Tak pe yang penting parking di tempat selamat. Sementara menunggu team dari JB dan bot jam 12.30 tengahari, kami lepak-lepak makan roti canai dulu berdekatan dengan jeti.
Tepat jam 12.30 pm, kami bersedia untuk naik speedboat. Perjalanan bot agak lancar, sekejap je sampai dan tak sempat muntah pun. Lebih kurang jam 1 tengahari kami pun selamat tiba di Pulau Besar.
Terkagum sekejap dengan keindahan pantainya. Tiba di hotel, kami diberi welcome drink dan terus boleh check in. Kami book 5 chalet yang tak jauh antara satu sama lain. Kita check in dulu, rehat-rehat, solat dan lunch di café.
Aktiviti 3 hari 2 malam kami di sini santai-santai je. Jalan-jalan pantai, mandi laut, mandi pool, naik basikal, lepak pantai, tengok sunset, tengok sunrise, pergi spa, makan, minum air kelapa dan tidur. Memang chill dan release stress lah. Plan asal ada snorkeling trip (RM70 per pax), dah booking tapi hari ke-2 yang sepatutnya pergi snorkeling terpaksa dibatalkan sebab ombak agak besar dan bahaya waktu nak transit ke bot nanti. So takpe lah tak dapat snorkeling pun yang penting enjoy time di pulau. Ok tak nak cerita banyak, layan je photo Pulau Besar ini. Susunan photo tak ikut itinerary ya...gaya bebas je sebab semua photo cun-cun pemandangan pulau...
Since hotel terikat dengan RMCO so takde makanan buffet yang dihidangkan, kami makan berjemaah dengan hidangan ala carte yang dah memang masuk dalam pakej. Pelbagai sessi photo acara makan-makan pula...no caption semuanya makan-makan di cafe hotel yang berviewkan laut yang tenang.
Ok layan photo lain pula...asyik makan je...acara burn calorie jom...sessi berbasikal pusing pulau....haha takde la pusing pulau sebab takde jalan yang proper...tapi agak jauh juga lah dari hujung pantai ke hujung pantai dalam 2KM ada rasanya so basikal sangat diperlukan. Basikal sewa dekat kedai sebelah hotel RM10 sejam @ RM35 sehari...kami sewa sehari je terus senang nak ronda-ronda.....
Layan photo misi mencari sunset pula...
Seterusnya photo aktiviti bebas...
Cun tak air laut Pulau Besar
Hari ke-3 dah tiba masanya untuk balik. Bot ke Mersing pada jam 11 pagi so pagi tu ada masa lagi lepak pantai main pasir seround lagi. Tepat jam 11 semua dah ready dan jom kita balik ke tanah besar Semenanjung Malaysia. Bot pun berjalan lancar, bot yang balik lagi besar dari semasa datang. Sekejap je dah sampai Jeti Mersing.
Sebelum masing-masing balik ke Melaka dan JB, kami singgah sekejap untuk beli kerepok lekor Mersing dan singgah makan Nasi Kari Kambing 40 Hari tepi highway Air Hitam yang sedap tu...
Alhamdullilah selesai sudah percutian singkat kami setelah lama tak bercuti. Rasa tak puas sebenarnya dan nak jalan lagi…jom semua kalau ada rezeki kita bercuti lagi.
No comments:
Post a Comment