Monday, 12 May 2025

Percutian Keluarga ke Pulau Tioman (1/5/2025 - 4/5/2025)

Salam semua, kali ini nak share kisah family trip ke Pulau Tioman, Pahang. Trip kali ini agak ramai iaitu terdiri dari 33 orang (24 dewasa, 5 kanak-kanak dan 4 orang baby). Since peserta trip ramai dan agak sukar nak cari hotel yang sesuai sebab perlu bilik yang banyak dan time kami pergi pun peak time (cuti Labour Day), so saya guna khidmat ejen Trip Kaki Bajet.co untuk booking pakej dan penginapan yang sesuai.

Macam biasa belanja gambar teaser dulu....Kg Genting Pulau Tioman

Wajah gembira peserta trip Tioman 2025...Alhamdullilah

Infographic location Tioman....masih di Malaysia...(credit photo Google)

Akhirnya kami memilih Dumba Bay Resort sebab ianya memenuhi syarat-syarat dari segi harga, seaview room, tak bertangga atau berbukit dan tak berapa jauh dari jeti. Rate pakej all in Dumba Bay 3 hari 2 malam (hotel, feri, snorkeling, meal) lebih kurang range RM550 -RM600 bergantung pada jenis bilik sebab ada pelbagai jenis bilik di Dumba ini. Total bilik yang kami ambil 11 bilik tapi tak semua bilik dapat betul-betul seaview tapi masih beberapa langkah juga ke pantai. 

Kami stay 3 hari 2 malam di Dumba Bay Resort

Antara bilik-bilik kami 101, 102, 103...setiap bilik boleh muat 4 dewasa

Bilik 107 emak abah & adik

Bilik-bilik depan pantai...

Bilik cottage yang baru siap....juga depan pantai tapi panjang sikit langkah

Kami borong 4 unit A type...bilik untuk berdua

dan 2 biji dome.....sesekali try dome pula....siang panas sikit tapi malam sejuk

Tiket feri pun ejen yang beli dan check in kan so tak perlu nak pening-pening. Harga tiket feri RM120 (adult) dan RM110 (child) pergi balik sama je harga beli dengan ejen atau beli online. Feri boleh naik dari Mersing atau Tanjung Gemok Rompin tapi kami pilih yang Mersing. Booking semua dah ready jom kita ke Tioman…


Day 1 : Rumah masing-masing ke Mersing
Untuk ke Tioman, kami akan naik feri dari Mersing. So sehari sebelum ke Tioman kami bermalam di Mersing dulu sebab feri jam 11.00 pagi dan Mersing agak jauh dari rumah masing-masing (ada yang dari Melaka, Kulai, Kajang dan Sentul). Lebih kurang pukul 7 petang kami semua dah selamat check in di homestay. Kami ambil 2 homestay (1 homestay 5 bilik, 1 hometay 3 bilik). Ok rehat-rehat je di homestay sebab esok nak ke Pulau Tioman.

On the way ke Mersing singgah dulu minum petang di sini, Parit Zing Bukit Gambir

Sedap mee bandung

Cendol & mee goreng pun sedap

Alhamdullilah selamat check in Homestay Bahagia Mersing (rumah 5 bilik)

Besar ruang tamu

Hall hadapan

Dapur yang lengkap

Antara bilik yang ada

Malam black out pula (2 jam)....makan di garage nasib baik ada lampu solar

Sup daging & tulang yang dibawa dari rumah

Sup kaki lembu siapa pandai makan?....


Day 2 : Mersing - Pulau Tioman
Feri kami ke Tioman jam 11 pagi, lebih kurang 9.30 pagi setelah breakfast di homestay, kami check out dan menuju ke ke Jeti Mersing. Tak jauh pun dari homestay lebih kurang 10 minit sampai. Tiba di jeti Mersing, kita drop kan dulu passengers bersama beg-beg di terminal jeti, kemudian driver kena lah cari parking yang berdekatan untuk tinggalkan kereta overnight selama 3 hari 2 malam. Banyak je tempat parking yang disediakan dan sediakan lah juga duit RM 45 untuk bayar parking nanti (RM15 sehari). Saya pula selaku tour leader (lantik diri sendiri), pergi ke bangunan sebelah jeti untuk collect boarding pass dan beli tiket Taman Laut yang berharga RM5 seorang (ini syarat untuk masuk ke Tioman). 

Collect boarding pass di Harbour Centre (depan terminal jeti Mersing)

Kaunter tiket feri...just bawa booking number & pastikan dah check in online

Then, beli tiket Taman Laut di kaunter ni (RM5 untuk dewasa)

Tiket & boarding pass dah ada jom Tioman...

Settle boarding kita tunggu je lah feri datang. Orang agak ramai sebab still cuti weekend Labour day. Ada 2 feri pagi ini dan kedua-dua nya jam 11.00 pagi iaitu feri Bluewater (yang kami naik) dan Cataferry. Feri agak delay sikit, jam 11.45 baru start gerak. Perjalanan ke Tioman ambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit.

Lepak dulu untuk boarding...ada hall di dalam & luar....penuh orang sebab 2 feri serentak
 
Feri dah sampai jom masuk barisan....

Para bapa bersama anak dan alat memancing

Feri kami Bistari 2

Ok semua dah dapat tempat (free seating) jom Tioman...

Lebih kurang 1.20pm, kami selamat tiba di Pulau Tioman. Ada banyak ferry stop di Tioman ini dan kami stop di Kampung Genting (1st stop), so pastikan turun di jeti stop yang betul untuk ke hotel. Tiba di jeti, wakil Dumba Bay dah sedia menunggu dengan motornya untuk mengangkut beg-beg kami. Kalau ada warga emas yang tak kuat berjalan pun boleh minta motor Dumba ini hantarkan ke hotel sebab jarak dari jeti ke hotel lebih kurang 10 minit jalan kaki.

Alhamdullilah dah sampai Kg Genting Pulau Tioman

Tenang tengok laut

Beg-beg kami pekerja Dumba tolong bawa ke hotel

Pak Tam dan jorannya

Nenek dan cucu

Jom gerak ke darat....panjang juga jeti

Berehat dulu di gazebo hujung jeti sebelum ke bilik

Kedai makan pun ada kalau nak lunch dulu

Jom jalan ke Dumba Resort

Jalan lagi...lebih kurang 10 minit slow walk

Transport Dumba untuk mengangkat beg...3-4 trip baru settle bag

Tiba di hotel, settle kan check in dan agihan bilik. Masing-masing free and easy je petang ini.

Kami lunch di sini tak jauh dari Dumba Resort

Lunch dengan view laut

Nasi ayam penyet & telur dadar

View tepi kedai makan

Atok healing lepas lunch

Pandai ke main layang-layang tu

Para nenek, ibu dan anak-anak serta kucing lepak di pantai

Si tompok ni tengah buat apa atas pasir....

Geng yang mandi laut

Ini geng yang main frisbee..

Sampai ke tengah laut nasib baik cetek airnya

Layan sunset....

Tenang...

Pihak hotel sedang sediakan BBQ

Antara menu kami malam nanti

Dah jom naik bilik semua..

Sesi lawatan ke bilik dome

Bahagian dalam dome...luas

Malam pula kami dihidangkan dengan BBQ dinner oleh pihak hotel.

Jom dinner

Buffet BBQ malam ni

Alhamdullilah kenyang

Udang pun ada

Good night Tioman esok nak snorkeling…

Day 3 : Snorkeling Trip
Pagi breakfast start jam 8 pagi. Boleh makan alas perut dulu sebelum get reay untuk snorkeling trip pukul 9 pagi nanti. Untuk snorkeling kami dipecahkan kepada 3 bot sebab ramai. Settle agihan penumpang bot so jom kita lumba bot siapa menang. 

Good morning Tioman.....pantai depan bilik air surut barulah kelihatan batu bata coral...

Breakfast dulu sebelum snorkeling trip

Sesi pembahagian bot....

Ambil life jacket pulak...

Ok jom jalan ke jeti

Sempat lagi budak-budak ni main bola sambil tunggu yang lain-lain

Sesi pakai sunblock lotion dulu nanti hitam...

Dah siap jom kita ke jeti nun di sana

Cuaca baik Alhamdullilah

Boleh ke nak snorkeling tu?

3 biji bot dah menunggu

Jom masuk ke bot masing-masing

Bot pertama ready....

Kami gerak dulu ya....

Ada 3 snorkeling point yang akan dibawa iaitu Mukut, Pulau Renggis, Taman Laut dan last sekali kami juga dibawa ke pusat konservasi penyu persendirian…dapat jugalah budak-budak kenal dan tengok penyu. Ok jom layan gambar yang ada. Underwater Tioman cantik air jernih banyak ikan…rasa macam berenang dalam aquarium tapi sayang kami tiada camera go pro atau 360 untuk rakamkan momen dengan hidupan laut ni. Landak laut yang berwarna hitam pun banyak di dasar laut.

Dah sampai 1st point....ada ikan tak tu?

Eh banyak ikan lah...dari dalam bot pun boleh nampak

Nampak tak ikan tu?

Bagi ikan makan roti

Ini geng-geng snorkeling

Nenek pun turun laut

Meriah

Nasib baik banyak ikan....memang enjoy

Refuel dengan susu lepas snorkeling

2nd point...coral cantik sini & nampak baby shark

3rd point...Taman Laut....ikan sini besar-besar tepi pantai je

Hati-hati jalan nasib baik ombak tak kuat....

Lunch dulu perut dah lapau....

Simple lunch tapi sedap...

Sambung mandi pantai Taman Laut...

Masuk air je kena serbu dengan ikan besar-besar..

Geng main pasir

Ini tak mau balik....

Dah jom balik....naik bot

Bot dah ready....next stop..

Bot hitam dah ready untuk berlumba

Bot biru memotong laju....

Last stop...kita gi tengok penyu...

Ke penyu tengok kita...

Sesi briefing berkenaan penyu

Atok penyu dengan baby penyu nama Aishah

Yeah dapat pegang penyu....

Atok ajar pegang penyu....jangan takut

Baby penyu

Yang hitam pula...mana kaki awak sebelah lagi ni

Ada camp site juga kalau nak tunggu penyu naik bertelur

Pantai tempat penyu naik...

Settle snorkeling trip santai-santai...balik ke jeti Kg Genting

Good girl...dah boleh plan nak trip ke pulau mana lepas ni....

Sette snorkeling lebih kurang pukul 3 petang. Ada yang sambung mandi laut depan hotel ada yang balik bilik berehat.

Sambung kejap depan hotel...

Rendam-rendam dulu sebelum masuk bilik...

Malam dinner jam 8 malam. Masakan hotel ini boleh tahan sedap juga walaupun lauk simple je. Malam aktiviti bebas - ada yang bergosip, main bukan api, lawan chess, memancing tapi tak dapat ikan dan macam-macam lagi.

Jom buffet dinner

Kari ayam & ikan sambal

Alhamdullilah simple tapi sedap

Aktiviti lepas dinner...

Nak habiskan stok mercun raya

Meriah malam di tepi pantai

Kanak-kanak main bunga api tu....

Geng chess....agak-agak siapa kalah

Geng memancing..agak-agak dapat ikan tak? hehe

Good night Tioman masing-masing tidur kepenatan sehingga bilik blackout pukul 3 pagi pun tak sedar nasib baik hujan so tak de rasa panas.

Day 4 : Pulau Tioman - Mersing - Rumah Sendiri
Hari terakhir di Tioman, short vacay je. Cukuplah janji dapat healing sekejap bersama keluarga dan ikan-ikan di laut. Lepas breakfast jam 8 pagi, masing-masing dah boleh ready untuk check out. Sebelum check out kita group photo dulu untuk kenang-kenangan.

Good morning....last day Tioman

Kita breakfast dulu

Set up for family photo...

Geng besan

Group photo wajib....

Family ACCHR

Girls only

Bye Kg Genting...1st time dulu stay Kg Paya, next kita try kampung lain pula

Yang tompok gelap tu ikan ya....

School of fish...zoom banyak betul ikan

Sempat lagi bagi roti pada ikan di jeti

Beg-beg kami....kena pastikan jangan ada yang tertinggal

Lapar tunggu feri....makan nasi dulu

Feri dah sampai....

Jom beratur....ni feri ke-2 yang pertama dah penuh...

Bye Tioman...bye selipar pink...terjatuh sebelah ke laut waktu duduk di jeti


Feri balik ke Mersing jam 11 pagi, tapi memandangkan extended weekend public holiday, feri penuh sahaja. Kami dapat naik feri yang ke-2 dan ke-3 itupun terpaksa duduk mana-mana yang kosong sebab jeti kami jeti yang last sebelum ke Mersing, so dalam feri memang dah penuh. Takpe yang penting semua selamat sampai ke Mersing tapi sepatutnya pihak feri boleh improve sistem so tiada lah overbooked dan parents terpisah dengan anak-anak kecil.

Ini last point sebelum masing-masing pulau ke sarang...kita lunch dulu

Itu saja kisah percutian singkat kami ke Pulau Tioman. Overall Dumba Bay ok bilik baru, food sedap cuma bekalan air di bilik kerap putus. (Hotel inform air disalurkan dari air terjun) dan blackout malam terakhir…maybe ini situasi biasa di pulau-pulau. Apa-apa pun harap semuanya enjoy dan jom ke pulau mana pula ya lepas ni….

No comments:

Post a Comment