Sunday, 26 March 2023

Day 2 : Batu - Bromo

Pagi kami breakfast puas-puas dulu di hotel. Banyak betul pilihan makanan di hotel. Banyak makanan tempatan yang tidak pernah kami tahu sebelum ini.

Good morning..view dari balkoni bilik

Jom gi breakfast kena naik shuttle sebab kawasan berbukit

Pilih-pilih makanan

Antara hasil-hasilnya

Makan berjemaah

Swimming pool dekat dengan cafe

Antara kawasan hotel...resort style bilik jauh-jauh

Check out sudah...

Lepas makan, kami check out dan pergi ke destinasi pertama iaitu Taman Floral. Tempat ini agak baru dan agak besar juga. Penuh dengan bunga-bungaan dengan suasana yang nyaman memang best untuk explore. Yang suka OOTD memang sesuai. Kami habiskan masa dekat dua jam juga di sini. Layan je view apa yang ada di taman ini ya.

Jom Florawisata

Bunga-bungaan

Jom explore taman

Redup je laluan

Baru kejap jalan dah rehat

Eh Korea ke ni?

Macam kat Europe pula rasa

Tak larat jalan kita naik scooter

Ibu-ibu bapa-bapa naik buggy je

Landmark Flora Park ini

Yang muda-muda sila berjalan

Cantik dan nyaman 

Pun cantik rumah-rumah ni

Ada yang gayat tak tu..jambatan kaca

Macam kat Holland hehe

Ibu-ibu bapa-bapa senyum naik buggy

Try rainbow slide pula

Takut ke dengan si Owl tu?

Atuk rilek je...


Next destinasi ialah Taman Safari Prigen. Antara tempat yang best juga untuk dilawati jika ke sini. Taman Safari nya bukan kaleng-kaleng ya besar, binatang lepas bebas dan banyak aktiviti di sini. Memandangkan hari ini Hari Jumaat, kami stop dulu untuk solat Jumaat di kawasan kampung sekitar Taman Safari.

Tiba-tiba jumpa Aligator

Sedap Alpukat (avocado) Aligator ni...

Solat Jumaat di sini dulu

Singgah beli buah tangan untuk kawan-kawan di Safari

Selesai solat Jumaat, kami gerak ke Taman Safari. First, kita masuk safari ini guna kenderaan sendiri je. Ada banyak zon, ada yang boleh buka tingkap dan bagi makanan pada binatang, ada yang kena tutup tingkap kalau tak kena ngap dengan harimau haha. So layan photo-photo dan video suasana safari dari dalam van ya.

Jom masuk Taman Safari drive thru

Nampak King sedang berehat

Dah ada yang datang say hello di cermin van

Berani ke tu nak bagi makan?

Siap muka masuk dalam van lagi

Ada tol di hadapan

Nampak lubang hidung awak je

Cermin tingkap tutup berani lah

Zirafah pun ada

Video bagi makan haiwan

Lagi video Safari


Next, selesai ronda naik van kami masuk ke kawasan lain di Safari. Di sini ada games, rumah hantu, animal show, surau, kedai makan dan macam-macam lagi. Kami lunch di sini saja. Sempat juga layan show harimau dan dolphin. Kami tidak boleh lama-lama di sini sebab selepas ini kami akan ke Bromo yang jarak agak jauh juga dalam 4 jam. Kalau lewat tiba di Bromo jalan agak bahaya sebab hotel kami terletak di kawasan puncak sekitar gunung Bromo.

Kita lunch di sini...ada surau yang besar juga di sebelah tu

Sedap nasi penyek ni

Ada yang nak naik unta ke?

Jambatan gantung intai buaya

Nampak tak buaya tu?

Buaya darat

Tengok harimau lepak

Tengok harimau mandi

Comel je macam kucing

Intai harimau putih

Tengok tiger show

Harimau putih sedang beraksi

Tengok dolphin show

Memang bijak dolphin ni

                                                                    Video Tiger Show

                                                            Video harimau berenang


Akhirnya lebih kurang jam 8 malam, kami tiba di hotel Cemara Indah Hotel Bromo. Keluar je van, masing-masing dah terasa sejuk. Check suhu dalam 10 darjah memang lah sejuk. Kami check in bilik, tukar pakaian yang sesuai dan ronda kawasan sekitar untuk cari makan malam. Kami dinner di hotel sekitar hotel.

Selamat check in...bilik untuk malam ini

Siap-siap untuk keluar pergi makan malam

Shopping dulu tambah peralatan baju sejuk

Depan hotel...dah sejuk sangat time ni

Kedai makan dekat dengan hotel

Makan simple-simple je

Lepas makan kami terus berehat dan tidur awal sebab jam 2.30 pagi masing-masing kena bangun untuk Bromo sunrise tour. Aktiviti ini memang kena keluar timing macam ini sebab untuk ke sunrise point dan tunggu sunrise di sana. Untuk ke sana kena naik jip dan biasanya jalan agak sesak dengan jip dan perlu keluar awal ke view point yang cantik. So good night dan jumpa esok di puncak Bromo.

No comments:

Post a Comment