Sunday, 26 March 2023

Day 3 : Bromo - Surabaya

Jam 2.30 pagi masing-masing dah bersiap-siap untuk Bromo Sunrise Tour. Cuaca sangat sejuk suhu memcecah 5 darjah tambah pula dengan tiupan angin sepoi. Memang dah pesan dengan semua untuk bawa pakaian yang sesuai sebab cuaca agak sejuk.

Jom dah ready tengok sunrise Mt Bromo

Kami ke sunrise view point dengan dua jip. 1 jip boleh memuatkan dalam 5 orang. Perjalanan ambil masa dalam 30 minit ke view point. Ada beberapa view point yang lagi tinggi lagi cantik view nya. Kami stop di view point King Kong Hill sebab view point yang paling tinggi dah penuh. Waktu kami sampai pun sudah penuh dengan jip. Jip parking lebih kurang 300m dari view point. So kena jalan sikit lah naik bukit. Yang warga emas boleh naik motor, cepat sikit sampai dan tak perlu nak berjalan naik bukit dalam cuaca yang masih gelap dan sejuk. Suhu dalam 5 darjah pagi itu dan sangat sejuk kalau tak pakai pakaian yang cukup.

Dah sampai tempat parking...masih gelap

Banyak motor menunggu kalau tak larat nak jalan ke view point

Tiba di view point sementara menunggu sunrise kami lepak di kedai sambil makan ibumie mee segera Indon yang best dan minum kopi. Sambil-sambil itu ambil turn untuk solat subuh sebab surau kecil boleh muat dalam 6 orang dan campur laki perempuan. Subuh lebih kurang jam 4 pagi so untuk memudahkan urusan boleh ambil wuduk di hotel dan bila tiba di sunrise view point boleh terus solat. Kalau tidak memang sejuk lah nak ambil wuduk. 

Lepak kedai ini dulu berlindung daripada kesejukan dinihari

Suasana lorong kedai di view point

Minum kopi dan makan ibumie dulu...

Gunung berapi bromo banyak cerita dan kepercayaan orang tempatan. 95% adalah beragama Hindu tapi untuk makan yang halal boleh refer pada tour guide untuk kepastian. Jangan masuk kedai yang salah ya. Ok layan ya view sunrise dan Mount Bromo yang indah ciptaan Allah.

Sunrise dah muncul...semangat tunggu

Bukti hadir...macam mengantuk je masing-masing

Order jagung bakar sambil tunggu sunrise

Nanti kita ke sana...dekat sikit nampak Mt Bromo

Nampak bunga yang cantik di pagi hari

Hari dah siang baru nampak orang

                                                        Layan video suasana sunrise
Mt Bromo depan mata...sungguh indah MashaAllah

Family photo wajib

Cuci mata mensyukuri nikmat Allah

Asap keluar dari kawah

Lepas ini kita panjat ke kawah pula

Bukti hadir lagi...

Dah jom kita ke tempat lain pula

Busy jalan dengan jip

Penuh jip...jom gerak


Video view Mt Bromo

Selepas itu kami turun ke bahagian dataran gunung pula (sea sand dan Widodaren Hill). Tempat yang cantik dan saujana mata memandang. So sessi bergambar lah di sini dengan gaya masing-masing.

Jip dah ready nak bergambar

Gambar wajib...macam cover album pulak

Sessi memanjat jip....yeah kami dah sampai Bromo

Model yang lain pula

Gambar kehadiran

View background lain...masih sejuk di sini

Mak & abah...pasir berterbangan

Pokde & Mokde

Saya lah tu..

Luas kawasan saujana mata memandang

Jom merempit ke tempat lain pula


Video kawasan sand sea & 
Widodaren Hill

Kemudian kami ke kawasan kawah gunung berapi Bromo. Jip boleh parking di kawasan dataran. Untuk ke bahagian bawah kawah kena jalan sejauh 1km tapi kalau tak larat boleh naik kuda. Harga boleh minta Pak Supir nego dengan tokey kuda. Dari bawah kawah kena panjat tangga lebih kurang 250 mata tangga baru lah boleh lihat kawah gunung berapi yang masih aktif ini. Kami tak berada lama di kawasan kawah sebab bau sulfur yang kuat dan tidak elok untuk kesihatan.

Dah sampai jom cari kuda

Ok kuda sila jalan

Yang tak naik kuda sila lah jalan kaki ya...

Sikit je lagi nun di hadapan

Macam dekat tapi jauh...sila jalan lagi

Baru separuh perjalanan ni

Pemandangan belakang tempat yang ditinggalkan tadi

Macam kat padang pasir arab pun ada

Kuda sampai sini je ya

Nampak tak tangga dan orang-orang halus atas bukit tu...

250 mata tangga je...

Inilah hasil kawahnya...

Gayat berdiri nak ambil gambar

Bau sulfur yang kuat

Pemandangan dari puncak kawah....nampak tangga curam

Jauh di sana tempat parking jip

Jom turun...sesak nafas duduk lama-lama kawasan kawah

Sikit lagi nak sampai kawasan parking jip...tapi jauh lagi tu...

Yang tak memanjat kawah sedia menunggu

Ha cari mana jip kita

Banyak jip-jip yang parking

Jom gerak tempat lain...


Video kawasan kawah Mt Bromo

Video dataran Mt Bromo


Destinasi seterusnya kami ke Bukit Teletubbies. Kenapa namanya macam itu sebab kawasan bukit-bukit kehijauannya macam dalam cerita teletubbies. Ada juga yang berpakaian seperti teletubbies di sana. Boleh lah kalau nak bergambar dengan mereka.


Dah sampai...ada juga jual-jualan dan warung makan

Bukti hadir...

Ini teletubbies nya..

Dah tak berapa sejuk kat sini...

Suasana di sini...kalau rajin boleh panjat bukit-bukit tu..

Gambar wajib..

Stop terakhir kami berhenti di kawasan Pasir Berbisik. Kawasan yang luas saujana memandang. Dataran lava kesan letusan gunung berapi dan bila angin bertiup seakan-akan pasir-pasir halus lava berdengung. Sessi fotografi untuk kenangan sebelum balik ke hotel.

Dataran Pasir Berbisik

Laluan jip merempit

Lagi photo cover album...

Saujana memandang kawasan lava pasir gunung berapi Mt Bromo


Video kalau nak dengar pasir berbisik hehehe....


Tiba di hotel, kami terus sarapan sebab masing-masing dah lapar. Rehat-rehat di bilik dan check out jam 12 tengahari, sempat solat zuhur di bilik sahaja sebelum ke Surabaya.

View dari hotel...nampak jelas Mt Bromo....cantik

Breakfast sambil layan view

Makan setelah penat panjat kawah Mt Bromo

Suasana cafe hotel

Jom breakfast dulu

Bilik kami siang baru nampak

Kemas-kemas nak check out

Gambar wajib ni....tak tahu bila datang lagi

Jom check out

View on the turun dari Mt Bromo area

Kebun kobis di tepi jalan


Video view hotel

Perjalanan ke Surabaya agak jauh lebih kurang 5 jam. Sebelum tiba di hotel kami singgah shopping-shopping sikit dan makan lewat petang di restoran berhampiran kawasan hotel. Selepas makan, sempat lagi kami ke pasaraya sebab ada yang ingin membeli bag.

Singgah beli alpukat lagi untuk dibawa balik

Singgah Apotek cari ubat yang tiada di Malaysia

Late lunch di sini

Makan-makan sampai kenyang untuk dinner sekali

Antara nasi goreng kambing yang sedap

Beli ole-ole Surabaya

Window shopping di pasaraya

Dalam jam 8 malam, kami check in di Hotel Sinar 2 Airport Surabaya Hotel kali ini hotel transit sahaja sebab flight pulang ke Malaysia pada jam 5 pagi. So dalam jam 2.30 pagi sudah kena check out. Jarak hotel ke airport dekat je kurang dari 10 minit. Malam itu kami pack-pack barang dan tidur awal dengan harapan tidak terlajak tidur.

Day 4 : Surabaya - KLIA
Lebih kurang jam 2.30 pagi, kami dah siap-siap untuk check out. Sementara menunggu Burhan datang kami sempat lagi minum-minum alas perut. Kali ini kami tak naik van, naik kereta biasa dan grab car yang Burhan arrangekan. Tiba di airport, settle check in dan sempat solat subuh dulu sebelum boarding. 

Hotel malam terakhir...Hotel Sinar 2

Sempat mengeteh sambil menunggu pak supir tiba

Ok jom check in

Ok balik Malaysia....bye Bromo bye Surabaya

View sunrise dari dalam flight

Alhamdullilah selamat tiba di KLIA jam 9 pagi dan seterusnya kembali ke rumah masing-masing. Sekian percutian singkat keluarga kami ke Surabaya Malang dan Bromo. Pengalaman yang menarik dan manis buat semua. Alhamdulilah.