Sejurus PM announce je mulai 11 Oktober 2021 dah boleh rentas negeri, masing-masing tak sabar nak bercuti. Maklumlah dekat 5 bulan juga ‘lockdown’ tak boleh nak ke mana-mana. Kebetulan ada long weekend kalau ambil cuti hari Isnin sebab Selasa (19 Okt) tu adalah public holiday sempena Maulidur Rasul, so boleh lah plan untuk bercuti. Agak last minute juga tak tau nak ke mana dan lambat plan banyak tempat dah penuh.
Lepas survey & bincang-bincang kami sepakat untuk island hopping pulau-pulau di Mersing. Last year (2020) lepas PKP pun kami ke Mersing juga tapi bermalam di Pulau Besar dan beberapa tahun sebelum tu ke Pulau Dayang (boleh refer blog di page belakang). Nasib baik Mersing ini banyak pulau so banyak la pilihan. Untuk island hopping kali ini kami survey di FB je akhirnya jumpa yang menarik dan sesuai. Kalau berminat boleh contact FB Dolphin Island Trip. Servis memang terbaik.
*DAY TRIP ISLAND HOPPING*
======================
RM160/ADULT
RM90/CHILD (11-7)
RM60/CHILD (6-3)
INFANT (FREE)
🌴 PULAU SIBU KUKUS
🌴 PULAU TETEK / TOKONG RAKET
🌴PULAU LIMA FRONT & BACK
🌴PULAU MENTINGGI
🌴PULAU TINGGI
PACKAGE INCLUDE ‼️
🚤SPEED BOAT
(JETTY - ISLAND - JETTY)
🥽SET SNORKELING
🎽LIFE JACKET
🍱LUNCH (MENU BUFFET)
🍬🥤SNACK & MINERAL WATER
📌 INCLUDE MARINE CONSERVATION PARK FEE
*ITINERARY ISLAND HOPPING (DAY TRIP)*
*LOCATION*
⛔ JETTY MERSING
*TIME*
🕣0830-0900
(GATHERING, SHORT BRIEFING & BALANCE PAYMENT)
🕘0900-0930
BOAT DEPARTS & GO TO ISLAND
*5 ISLAND & ACTIVITIES*
=======================
🕙 *1000 AM*
🌴 PULAU SIBU KUKUS
👉HIKING & SNORKELING
🕚 *1130 AM*
🌴 PULAU TETEK / TOKONG RAKET
👉JUST PHOTOS ONLY
🕛 *1200 PM*
🌴PULAU LIMA (GUA)
👉SNORKELING & CAVE ADVENTURE
🕑 *0100 PM*
🌴PULAU MENTINGGI
👉SNORKELING & FISH POINT
👉LUNCH HOUR
(PICNIC STYLE)
🕞 *0300 PM*
🌴PULAU TINGGI
🍹WELCOME DRINKS
👉REST, CHILL & FRESH UP
🧕🏻SOLAT (FOR MUSLIM)
🕠 *0430 PM*
🌴 GOODBYE ISLAND HOPPING
(PULAU TINGGI)
Pakej island hopping dah dapat, kita cari accomodation pula. Since quite last minute, banyak homestay yang dah fully booked. Nasib baik jumpa juga yang available di Agoda. Wakaf Homestay Rukaiyah…harga agak mahal lebih kurang RM800 semalam tapi nasib baik ada diskaun dapatlah dalam RM600 semalam. Oklah untuk 4 bilik homestay. Janji selesa.
Hari yang ditunggu pun tiba, lepas zohor 16 Okt (Sabtu) kami bertolak 2 kereta dari Melaka dan konvoi 1 kereta lagi dari Johor yang tunggu di Air Hitam. Total peserta trip kali ini cuma 8 dewasa & 3 kids. Ada yang tak dapat join sebab-sebab perkerjaan. Lebih kurang jam 5 petang, kami selamat check in di homestay. Agak cantik dan selesa homestay ini. Malam itu kami berBBQ dan berehat je untuk aktiviti island hopping esok.
Selamat sampai Mersing |
Bagus follow Covid-19 SOP |
Atuk dan cucu rehat dulu |
Bilik yang selesa serba putih |
Basikal pun ada boleh guna free je... |
Ada waqaf section...boleh makan apa sahaja |
Chef BBQ in action |
Sumber protein |
Hasil pembakaran |
Jemput makan |
Meriah semua |
Pagi 17 Okt (Ahad), selepas breakfast yang dimasak sendiri, kami pun bergerak ke jeti Mersing yang tak berapa jauh lebih kurang 10 minit je dah sampai. Tepat jam 9 pagi, semua peserta trip berkumpul depan pintu jeti Mersing untuk sessi briefing.
Kita breakfast dulu |
Menu pagi mee hoon & keropok lekor Mersing |
Jeti Mersing |
Meeting point entrance ke jeti |
Tunggu bot datang dalam jeti terminal |
Pagi itu ada 7 boat yang akan bergerak serentak so agak meriah. Disebabkan group kami agak ramai maka dapatlah kami sekeluarga 1 bot private. Lebih kurang jam 9.45 pagi bot pun bergerak dengan lajunya untuk ke destinasi pertama iaitu Pulau Sibu Kukus. Masa yang diambil lebih kurang 45 minit untuk sampai ke sana. Nasib baik dah masing-masing dah makan pil mabuk sebelum berlepas kalau tak boleh goyang juga sebab bot agak laju dah nama pun speed bot.
7 speed boat sedang menunggu |
Penumpang bot pun dah ready |
Jom island hopping...ganas bot gambar tengkorak |
Laju bot sebelah sampai tak jejak....agak berkabus sikit pagi tu |
Takut ke tu? |
Dah nampak Point # 1 - Pulau Sibu Kukus |
Good tak mabuk laut... |
Akhirnya sampai lah di destinasi yang pertama iaitu Pulau Sibu Kukus. Di sini boleh hiking untuk lihat view pulau sekeliling. Apalagi jom kita panjat dulu sebelum berendam. Hiking dalam lebih kurang 20 minit dah boleh sampai puncak.
Trail yang agak steep dan berbatu..hati-hati |
Come on Mimi....safety first |
Posing dulu |
Kecik je orang kat bawah tu |
Peserta yang berjaya ke puncak Pulau Sibu Kukus |
Bukti berada di puncak |
Ada budak pancit |
Dah jom turun mandi laut |
Pantai Pulau Sibu Kukus |
Tak mandi laut ke abah? |
Air cetek & crystal clear sesuai untuk budak-budak |
Selesai Pulau Sibu Kukus kita bergerak ke point yang ke dua iaitu Pulau Tokong @ Tetek. Kenapa namanya macam tu? Sebab ada dua ketul pulau di tengah-tengah laut ni. Layan gambar je di sini.
Bot-bot merempit ke Pulau Tokong |
Pulau dua ketul |
Photo background Pulau Tokong |
6 bot yang lain berbaris....bot kami jadi photographer |
Point yang ketiga ialah Pulau Gua. Memang ada gua sini tapi sebab air pasang so tak dapat masuk. Aktiviti di sini kita snorkelling so apa lagi jom terjun. Ikan tak berapa banyak sini tapi choral ada walaupun tak secantik Pulau Redang.
Point yang ke-4 ialah Pulau Mentinggi. Pernah ke pulau ini tahun lepas waktu trip bermalam di Seri Pacifica Pulau Sibu (tak sempat nak buat blog trip ni). Pulau Mentinggi ni pun cantik dan banyak ikan. Even tepi-tepi pantai pun banyak ikan. Tapi ada ikan dia yang spesis ganas (warna coklat) suka datang gigit orang tapi gigit-gigit manja. Di pulau ini kami diberi lunch pack. Alhamdullilah memang tengah lapar. Lepas makan mandi laut lagi.
Family photo di Pulau Mentinggi |
Tak sabar nak mandi pantai |
Kita makan dulu |
Jom sejukkan badan |
Pulau yang belakang tu Pulau Tinggi |
Ha tengah buat apa tu? |
Point yang ke-5 iaitu point terakhir ialah Pulau Tinggi. Pulau ini pun pantai dia cantik dan air jernih. Ada homestay resort kalau nak bermalam di sini. Kami diberi diberi minum petang iaitu mee hoon dan bubur kacang. Lepak-lepak dan main pantai sekejap dan bergerak pulau ke jeti Mersing pada jam 4.15 petang. Bye pulau-pulau nanti kami datang lagi.
Kelong Sultan Johor di Pulau Tinggi |
Jeti Pulau Tinggi |
Floating jetty pun ada |
Bot-bot yang lain pun dah tiba di Pulau Tinggi |
Cantik pantai Pulau Tinggi |
Minum petang dulu |
Langit dah gelap tu |
Santai tepi pantai |
Sempat lagi mandi seround |
Terapung ke tenggelam tu? |
Jom balik Mersing |
Sempat lagi terjun tiruk di jeti |
Anak & Ibu |
Nanti kita overnight Pulau Tinggi pula |
Perjalanan balik ke jeti Mersing lebih kurang sejam. Waktu dah nak sampai ke jeti hujan pun turun dengan lebatnya. Alhamdullilah selamat kembali ke homestay jam 5.30 petang. Malam masing-masing dah kepenatan.
Ahad (18 Okt) selepas breakfast, order Food Panda sebab malas nak masak. Lebih kurang jam 12 tengahari kami pun check out. Plan nak singgah beli kerepok lekor tepi pantai tak jauh dari homestay. Tapi bila dah nak dekat dengan kedai keropok kereta pula meragam, terus parking tepi dan check apa problem. Rupanya absorber suspension problem padan lah bunyi lain macam. Call service centre dia kata kena towing ke workshop di Glenmarie. Nak buat macam mana, dah kereta problem yang penting semua selamat. So hari itu saya dan adik naik lah towing truck sampai ke Jasin Melaka dan kereta terus ke Glenmarie Shah Alam. Kereta yang dua lagi dah selamat tiba di Melaka lebih awal.
Lepak pantai Mersing sambil tunggu tow truck |
Kereta parking kat sini |
Selamat naik tow truck...tak payah drive dah |
Sekian catatan percutian dan pengalaman untuk ingatan sendiri dan semoga menjadi panduan untuk yang berminat island hopping di Mersing. InshaAllah akan kembali kita ke pulau lain pula di Mersing ini.
No comments:
Post a Comment