Hari ini plan akan ke Shanghai city setelah seharian di Disneyland semalam. Pagi macam biasa breakfast nasi lemak pak Brahims lagi dan termiss lagi shuttle jam 8.30 pagi untuk ke Metro Station. So kena lah naik shuttle jam 9.00 pagi. Ikut weather forecast hari ini akan hujan seharian so payung dan rain coat semua dah ready.
Breakfast nasi lemak pak Brahims |
Naik shuttle hotel ke Metro station |
Shuttle from hotel akan dropkan kami di nearest Metro Station iaitu Kangxin Highway Station. Kalau tengok Metro Map Shanghai ini boleh tahan juga busy nya banyak line macam di London dan Tokyo. Sebab planner dah study kita follow je.
Metro Station yang terdekat |
Beli tiket dulu |
Tunggu Metro ala-ala LRT/MRT kat Malaysia |
Dalam Metro tak ramai orang lagi |
Destinasi pertama ialah Shanghai Tower. The tallest tower in Shanghai. Entrance fee ialah RM 100 dan dah dibeli secara online.
Jom ke Shanghai Tower |
Inilah Shanghai Tower...tinggi.. |
View from Shanghai Tower |
Gayat |
View dalam tower |
Boleh tengok 360 view |
Selepas puas di Shanghai Tower, perut dah lapar so kita makan dulu. Naik Metro lagi dan ke Restoran Hong Chang Xing yang terletak di Yunnan South Road. Restoran ini adalah the oldest muslim restaurant in Shanghai. Nasib baik sempat sampai sebab restoran buka sampai jam 2 petang je dan buka semula jam 5 petang. Tengok menu rambang mata dan kami order seadanya. Food best dan harga pun reasonable.
Dah hujan sila keluarkan payung |
Public toilet tapi tak check pulak kat dalam...ok kot |
Bangunan restoran halal |
Antara menu yang ada. Harga pun ok |
View dalam restoran. Tak ramai sebab dah nak tutup |
Orked buat apa tu? |
Yummy....sedap sehingga menjilat chopstick |
Selepas isi perut, kena lah menunaikan kewajipan pula. Lebih kurang 1 KM dari restoran ada masjid iaitu Fuyou Road Mosque, so kami berjalan kaki ke sana sambil membakar lemak. Time ini dah hujan, so struggle juga jalan dalam hujan ini.
Fuyou Road Mosque |
Dalam bahagian masjid....cantik |
Ruang solat lelaki |
Bahagian dalam masjid...luas
Geng awek Masjid Shanghai
|
Next, shopping time. Dah sampai di China ini kenalah shopping sikit kan, so kami ke Xinyang Fashion & Gift Market. Area ini underground shopping area connecting dengan Metro Area. Untuk ke sini boleh stop di Science and Technology Museum Metro. Namanya je Museum Metro tapi tak singgah museum pun. Ada banyak kedai di sini dan tutup jam 8.30 malam. Layan je lah geng jimba ini shopping.
Dah sampai tempat shopping |
Banyak shops dalam ni |
Pilih jangan tak pilih |
Macam-macam souvenir ada |
Geng shopping dengan tokey kedai |
Suka uncle ini banyak shopping kedai dia |
Barang dagangan |
Setelah shopping, plan shopping sikit je tiba-tiba penuh satu stroller. Kesian Orked tak dapat naik stroller sebab penuh dengan barangan shopping.
Ikut itinerary, selepas shopping nak ke the Bund. The Bund ini macam waterfront area di mana kita bole tengok view Shanghai Skyscraper waktu malam. Ala-ala Victoria Harbour di Hong Kong. Untuk ke sini kena naik Metro ke East Nanjing Road.
Keluar je dari Metro station, hari dah gelap dan hujan pun dah reda. Tapi ramainya orang tak boleh nak cakap. From metro kena jalan lebih kurang 1 kilometer ke The Bund. Agak mencabar juga lah dengan stroller yang penuh muatan dan orang yang ramai.
Time nak balik ke hotel rasa tak larat nak mengharung jalan ke Metro, so kami decide ambil DiDi jelah. DiDi ni macam Uber/Grab. Alhamdullah dapat DiDi balik ke hotel dengan bayaran 125 yuan. Oklah sebab jarak ke hotel agak jauh juga.
Tak larat nak jalan ke Metro. Tunggu abang DiDi je |
Dah selamat dalam Didi car..otw balik ke hotel |
Macam jambatan ke Pengerang |
Didi car kami...ramah drivernya walaupun guna bahasa ayam itik |
Sampai di bilik, kemas-kemas barang dan dinner pack nasi Kembara.
No comments:
Post a Comment