Thursday, 7 February 2019

Phuket Trip 3D2N (18-20 Nov 2018)

Salam semua...jumpa lagi. Kali ini nak cerita our short trip ke Phuket selama 3 hari 2 malam. Memang betul-betul short ni. Flight pergi pada 18 Nov jam 7.05 pagi dan flight balik 20 Nov jam 8.00 pagi. Ke Phuket pun short notice plan juga sebenarnya. Saja ambil kesempatan cuti maulidur rasul yang jatuh pada 19 Nov, so ambil cuti 1 hari jelah. Mula-mula plan nak pergi 4hari 3 malam tapi En. Suami ada marathon pula 18 Nov jam 12 malam itu so dapat lah 3 hari 2 malam je.

Tiket flight kami beli Air Asia dengan harga RM 250 return per pax. Rasanya agak murah juga lah. Kali ini kami pergi bertujuh dan semuanya dewasa. Preparation pun bermula. Kami sewa kereta je di Phuket sebab senang nak bergerak sana sini. Sebab kami bertujuh kenalah booking 7 seater. Kami booking Toyota Fortuner di carflexi.com dengan rate RM 538 untuk 3 hari. Rasanya oklah kot sebab survey-survey airport transfer dari Phuket Airport ke Patong Beach pun agak mahal. Untuk hotel pula, macam biasa booking thru Agoda. Kami stay di Wings Phuket Villa ambil 3bedroom villa with private pool. Kenapa kami pilih villa ini? Sebab nak dekat dengan airport kerana flight balik awal pagi so takdelah rushing nanti. Tapi takdelah dekat sangat dengan airport lebih kurang 30 minit juga. Kiranya villa ini terletak in between Phuket Airport dan Patong Beach. Rate untuk villa pula adalah RM 1297 untuk 2 malam.


Map Phuket from Mr Google

For info, Phuket ini agak besar juga, kecil sikit dari Singapore. Dari segi geografinya terletak antara Krabi dan Bangkok. Phuket ini adalah pulau tapi ada jambatan yang menghubungkan Phuket dengan tanah besar. Sebut je Phuket mesti perkara yang terlintas ialah tsunami dan “tempat maksiat”. Tak dinafikan Phuket ini macam syurga dunia mat salleh sebab pub yang banyak. Macam ala-ala Bali juga. Tapi kita pergi dengan niat yang baik iaitu bercuti bersama keluarga dan menikmati keindahan pulau dan laut ciptaan Allah, inshaAllah selamat. Ok semua persiapan dah siap jom kita ke Phuket.



Day 1 : KLIA2 - Phuket
Memandangkan flight kami awal pagi jam 7.00 maka kenalah berada di airport jam 5.00 pagi. Hari itu kami bergerak ke airport dari Bangi so 4.30 pagi baru bertolak. Satu lagi group dari Shah Alam. Semua ahli dah cukup terus masuk departure hall. Walaupun flight awal pagi orang dah start ramai, tambahan pula ada public holiday lagilah ramai. Alhamdullilah check in dan boarding berjalan lancar tapi risau juga sebab abah ada problem cap jari waktu di auto gate so kena beratur semula ke kaunter manual dah le beratur panjang. Selesai urusan immigration berlari pantas lah kami sebab nak kejar solat subuh dan seterusnya boarding. Alhamdullilah selamat tak tertinggal flight. Flight ke Phuket ini kejap je dalam 1 jam 30 minit. Kalau tidur pun tak sempat nak mimpi. Siapa rajin boleh juga drive dari Malaysia ke Phuket ini tapi berjam-jam lah. Rasa dalam 7-8 jam juga dari sempadan Malaysia. Kami pilih naik flight je sebab jimat masa, tenaga dan cuti.



Tepat jam 7.40 pagi waktu Siam, kami selamat mendarat di Phuket International Airport. 7.40 pagi tu bukan typo ya sebab waktu Thailand ini memang lambat sejam dari Malaysia. Urusan immigration dan ambil beg berjalan lancar. Sekejap je dah settle sebab time tu tak banyak flight yang sampai. Airport pun baru dan selesa. Untuk masuk ke Thailand ini kena fill in Arrival Fom (White Form). Dalam flight lagi cabin crew dah bagi so fill in awal-awal untuk memudahkan urusan. Sama juga jika kita drive ke Thailand kena isi juga form ini (boleh refer page hatyai dalam blog ini).

Kena isi Arrival Form ni ya


Naik bas Air Asia bila tiba di Phuket Airport

Welcome to Phuket Airport...tak ramai lagi waktu ini

Keluar je dari arrival hall, tempat pertama dituju ialah kaunter DTAC di luar arrival hall untuk collect sim card internet. Sim card ini dah dibook awal thru klook website. Dapat price murah sikit iaitu RM 19 untuk 6G data boleh dipakai 8 hari. Kalau beli di kaunter rate dalam RM38. Kami bawa sekali modem wifi so boleh guna share-share. Internet settle, mana boleh hidup tanpa internet kan walaupun untuk 2-3 hari...hehe.

Promoter sim card DTAC

Ok, then collect car rental pula. Walaupun booking dengan carflexi.com, car rental provided ialah Europcar. So far Eurocar ini reliable. Pernah booking waktu di Bangkok dan Zurich dulu. Kaunter Europcar pun terletak di luar Arrival Hall. Dokumen yang perlu untuk sewa kereta ini ialah passport dan juga kad kredit atas nama driver. International driving license tak perlu. Biasanya kami akan ambik extra car insurance tapi since sewa tak lama maka kami tak ambil pun. Doa dan tawakal je lah sebagai insuran. Untuk collect car rental pula kena ke kawasan parking area di level 3. Dekat je jalan kaki. Seperti yang dibooking kami dapat Toyota Fortuner. Oklah kereta baru dan selesa.


Kaunter Europcar di Arrival Hall

Inilah kereta kami sepanjang di Phuket

Tempat pertama yang dituju ialah Patong Beach. Apalagi set waze ke sana. Jarak dari airport ke Patong Beach ialah 39 KM dan masa lebih kurang 1 jam. Driving di Phuket sama je macam di Malaysia. Takdelah susah sangat dan traffic macam biasa. Sepanjang ke Patong beach guna jalan biasa je tiada highway dan tol. Setelah hampir sejam maka sampailah kami di Patong Beach.

Jom ke Phuket

Trademark Thailand...wire elektrik yang berselirat

Parking di tepi pantai dan kami makan angin sekejap di pantai. Pantai memang cantik tapi penuh lah dengan mat dan minah salleh yang sedang ber’sun bathing’...yang tua yang muda semua ada. Tak boleh lama-lama di pantai ‘sakit mata’ nanti, so kami ke kawasan kedai-kedai pula. Set up kedai-kedai lebih kurang macam di Aonang Beach Krabi juga. Jalan-jalan cuci mata sambil survey-survey pakej untuk malam ini dan esok. Plan malam nak tengok show ‘Fantasea’ yang popular di Phuket dan esoknya pastilah island hopping. Kali ini kami pilih Coral Island dan Raya Island. Biasanya orang akan ke Phi Phi atau ke James Bond Island tapi kami dah pergi waktu ke Krabi dulu.


"Cuci Mata" di Patong Beach


Ahli rombongan ke Phuket


Survey punya survey, kedai yang ke tiga barulah dapat harga yang menepati bajet. Dapat 1300 baht (RM 170) untuk Fantasea Show dan 1000 baht  (RM 130) untuk island trip. Oklah murah sikit dari harga asal so kena pandai nego dan rajin survey.

Kedai-kedai di area Patong Beach...macam di Krabi juga..

Kedai ini lah murah sikit umtuk island hopping dan Fantasea

Tuk-tuk...agak besar juga

Dah hampir tengahari perut pun dah lapar, so jom gi makan. Kami plan untuk lunch di floating restaurant Bung Mut yang jaraknya dalam 30 minit dari Patong Beach. Tempat ini hasil study blog-blog Phuket. Ramai yang recommend restoran ini. So kami set waze, kena type ‘Leam Hin Seafood’. Kalau type Bung Mud memang tak jumpa lah.


Waktu tiba di ‘Leam Hin Seafood’ kami macam blurr juga. Ada satu restoran di kawasan itu tapi tengok macam tak muslim je sebab sepatutnya Bung Mut ini kedai halal. Tanya pekerja restoran di mana Bung Mut so dia tunjuk lah jalan yang sebenarnya. Tak jauh pun kami patah balik ada sign board, masuk parking kena bayar 30 baht dan yang uniknya kena naik bot ke restoran Bung Mud ini. Naik bot ini free je ya sebab dah masuk dalam harga makanan agaknya.


Sign board ini jangan terlepas pulak...
Kena naik bot ke restoran

Sampai sudah....ambik gambar dulu


Inilah restoran kelong Bang Mut



Menariknya restoran ini sebab ada kelong, seafood hidup kita boleh pilih yang mana dan segar-segar semua. Harganya juga agak berpatutan. Memang kenyang perut lah.



Pilih lauk dulu

Inilah hasilnya....sangat sedap

Sambal belacan power

Ha inilah bilnya....boleh translatekan...

Agak-agak dah puas makan dan berehat (tunggu nasi turun) barulah kami naik bot semula untuk ke kereta.Kali ini kami terus ke villa untuk check in. Mula-mula sesat juga nak ke villa ini sebab waze tak tunjuk tempat yang tepat. Villa pun jauh masuk ke dalam kampung-kampung dan agak privasi. Alhamdullilah selesai check in, villa pun agak selesa dan kami pun berehat lah petang itu. Ada yang mandi pool ada yang tidur sebab dan penat dari awal pagi. Villa ini complete kalau nak masak-masak semua alatan ada tapi kena sertu lah dengan sabun taharah atau tanah untuk hilangkan rasa was-was. Ok sila layan gambar-gambar villa. Kalau berkenan boleh booking namanya Wing Phuket Villa.

Villa 3 bilik kami...

Kawasan yang agak privasi

Hall dan ruang dapur...
Hall & bilik atas

Master Bedroom

Selepas maghrib, kami bersiap-siap untuk ke Fantasea show yang lebih kurang 20 minit dari villa. Sampai di luar Fantasea area bukan main meriah lagi dengan lampu warna warni. Terus pergi collect tiket dan masuk ke dalam. Masuk bahagian dalam lagi lah meriah, macam-macam ada. Kalau bawa budak-budak memang seronok lah diorang. Kalau nak naik gajah pun boleh. Memandangkan kami tiba agak lewat iaitu sejam sebelum show bermula maka tak sempatlah nak meround sakan sebab dah kena standby untuk masuk 30 minit sebelum show.



Oo ya untuk makan malam kami singgah di 7-Eleven, yang bestnya 7E dia sebab ada banyak pilihan halal food, ada burger, hot dog, spaghetti dan nasi, pilih je dan minta diorang panaskan. So dinner kami malam itu makanan 7E lah dan makan dalam kereta je waktu on the way ke Fantasea.

Halal Food 7E

Banyak pilihan jangan salah pilih

Bila pintu show dah dibuka, maka masuklah kami beramai-ramai. Show hall boleh muat sehingga 3000 seats. Tapi takde lah jem nak masuk sebab gate ada banyak dan semua beratur. During show time tak boleh bawa masuk kamera dan handphone yang ada kamera ya. Memang dia check dan kita pun kena lah jujur. Nanti ada kaunter untuk serahkan gadget kita. Agak sistematik juga waktu simpan gadget itu. Ada yang tak serahkan tapi bila dah duduk di seat dan guna phone nanti ada pekerja yang datang collect phone itu. So baik kita surrender awal lah.

Since takde phone dan kamera maka tak bolehlah kami nak ambil photo dan share apa itu Fantasea. Mula-mula kami pun no idea gak show pasal apa, bila baca review ramai yang bagi 5 bintang sebab itulah nak tengok juga. Bila show dah bermula memang best dengan macam-macam props yang ada. Kira macam combination theater, sarkis, magic show, acrobat/gymnas macam-macam adalah. Gajah, harimau, kambing, ayam, kerbau, burung yang hidup semua ada. Berpuluh-puluh ekor binatang ada dan beratus-ratus pelakon menjayakan show Fantasea ini. Memang terbaik lah dan boleh tengok untuk kelainan. Harga tiket mahal tapi berbaloi lah juga. Habis show kami terus balik tapi singgah ke 7E lagi borong makanan untuk breakfast esok pagi.

Entrance Fantasea

Meriah


Gajah pun ada kalau nak naik

Main Hall show Fantasea kat belakang tu

Main Hall show Fantasea




Day 2 : Island Hopping
Pagi-pagi lagi dah bangun, pas subuh sempat terjun ke pool sekejap. Dalam juga pool dia 1.5m, kalau bawa budak-budak kena hati-hati. Sebelum ke island hopping kami breakfast dulu di villa. Dah siap semua kami bergerak ke Patong Beach. Tiba di Patong Beach kami tunggu van yang akan bawa kami ke bot jeti. Jauh juga jetinya lebih kurang 30 minit dari Patong Beach. Kami naik van yang bole memuatkan 10 orang bersama 3 orang lagi pelancong lain. Diorang dari China rasanya. Tiba di jeti, kami berkumpul sebentar, makan pil mabuk dulu sorang sebijik. Pil mabuk ini memang dah standby bawa dari Malaysia. Kalau tak bawa, pihak bot pun ada sediakan pil mabuk itu. Kalau tak makan, tiba-tiba mabuk laut terus tak enjoy.

Selepas briefing kami pun masuk ke bot. Destinasi pertama ialah Choral Island jarak lebih kurang 10 minit dari jeti. Kami diberi masa 1 jam 30 minit di sini. Aktiviti yang boleh dibuat ialah mandi laut sebab pantai agak landai, banana boat, parasailing dan lain-lain lah. Kalau tak nak beraktiviti boleh sewa kerusi 100 baht dan lepak-lepak je lah. Ingatkan boleh snorkeling kat sini tapi underwater takde apa-apa. Ada pasir je.
Waktu tunggu van ke jeti. Kereta kena park outside yellow box. Box itu untuk taxi je

Deretan bot untuk island hopping

Jom naik bot

Briefing dalam bot oleh Cupid (Tour Guide)
Inilah Choral Island top view

Laut Andaman yang tenang

Santai tepi pantai

Awek tepi pantai

Jemput minum
Destinasi ke dua ialah Pulau Raya yang jarak lebih kurang 20 minit dari Choral Island. Di sini ada dua pilihan, siapa yang tak nak snorkeling boleh terus pergi ke pulau untuk lunch dan sapa yang nak snorkeling stay dalam boat untuk dibawa ke snorkeling point. Mak abah tak snorkeling so terus ke pulau ditemani oleh adik, maka kami berempat je yang snorkeling.


So kami dibawa ke snorkeling point yang jarak dalam 10 minit dari pulau. Snorkeling point ini terletak di bahagian pulau yang lain. Bila bot berhenti kami pun terjun lah ke laut. Waktu itu langit dah gelap tapi belum hujan lagi. Masa snorkeling lebih kurang sejam. Elok je kami naik hujan dan mula turun sikit nasib baik tak lebat. Snorkeling di Raya Island ini bolehlah tapi ikan dan arus boleh tahan kuat juga. Ada juga choral sikit-sikit. Memang tak boleh lawan Pulau Redang dan Sipadan. Malaysia juga memang terbaik. Pulau-pulau di laut Andaman ini pantai cantik-cantik tapi underwater agak kurang sikit. Itu pendapat peribadi saya setelah snorkeling di beberapa pulau seperti Redang, Perhentian, Tioman, Payar Langkawi, Sabang Aceh, Sipadan Mabul, Maldives dan Krabi.

Jom terjun
Awan dah gelap jom balik
Selesai snorkeling, bot bergerak semua ke Pulau Raya tadi. Kami turun ke pulau menggunakan floating jetty, ombak agak kuat sebab hujan sikit tadi jadi mencabar sikit lah nak berjalan. Tiba di pulau kena naik lori pula, macam lori bawa buah kelapa sawit. Kami naik lah beramai-ramai. Agak jauh juga perjalanan ke restoran lebih kurang 15 minit. Rupanya restoran terletak di other side of pulau. Takde lah macam restoran sangat lebih kepada warung je kot. Tengok mak abah adik dah siap makan. Kami pun terus lah makan apa lagi. Makanan ok sedap buffet ada beberapa lauk termasuk tomyam. Sambil hujan layan tomyam panas memang terbaik.


Naik kubota gi makan

Warung untuk lunch. Halal buffet...tomyam pun ada

View dari warung
Selesai makan dan berehat sambil tunggu hujan reda kami just lepak-lepak tengok laut. Sebelah tempat makan ialah pusat untuk scuba. Hujan reda je kami pun naik semula ‘lori sawit’ itu ke kawasan pantai jeti waktu mula-mula turun.



Tiba di pantai, masa untuk naik bot belum lagi. Lebih kurang ada dalam 30 minit lagi. So, terjun laut lah pula basahkan badan. Mak abah tak terjun laut sewa payung dan duduk di pantai sambi melihat keindahan laut. Time itu hujan renyai-renyai dan ombak agak kuat. Dari pantai nampak floating jetty dah terhayun-hayun dek ombak. Mesti mencabar nak ke bot nanti. Tiba masa bot pun sampai dan geng-geng penumpang pun menuju ke bot. Ramai juga lah yang terjatuh atas jeti yang bergoyang-goyang itu. Bila semua dah berada di dalam bot, bot pun memecut laju memang macam merempit tapi saya sempat je tertidur sambil layan ombak.

Ombak kuat

Lepak bawah payung
                    Floating jetty dengan ombak yang kuat


Tiba sahaja di jeti, driver van sudah menunggu untuk membawa kami ke Patong Beach semula. 30 minit kemudian kami tiba di Patong Beach, tapau kebab (sebab perut dah lapar) dan pulang semula ke villa. Tiba di villa sempat lagi masing-masing terjun ke pool sebelum berehat dan solat jamak zohor asar.


Selepas maghrib, kami bergerak semula ke Patong Beach untuk shopping sikit dan bermassage. Parking kereta di tepi jalan di depan Hard Rock Cafe. Depan Hard Rock ada shopping street yang memang meriah. Tips untuk parking kereta di road side ialah kita tak boleh parking dalam petak kuning sebab petak itu hanya untuk teksi. Kereta-kereta lain boleh je parking mana-mana yang takde petak. Haha macam terbalik je dari Malaysia. So, don’t worry inshaAllah tak kena saman punya.

Hard Rock Cafe Phuket

Shopping Paradise depan Hard Rock. Paradise lah sangat


Malam aktiviti bebas, siapa nak shopping boleh, nak cuci mata boleh tapi saya dan En Suami pilih untuk urut kaki. Cari kedai yang ok sikit dan bestnya kena urut. Rate agak mahal sikit berbanding Krabi tapi lebih murah lah berbanding di Malaysia. Selesai urusan shopping souvenier dan massage, kami makan di area yang sama, ada kedai halal di situ.

Kawasan food stall pun ada banyak warung muslim tapi sebab sebelah menyebelah dengan kedai tak halal so kami tak lalu lah makan di situ. Selesai makan, pulang ke villa untuk packing barang dan tidur awal sebab flight balik awal pagi so jam 5.30 dah kena check out.

Macam food court. Banyak stall halal

Berjiran. Kalau lalu boleh try

Shopping time

Urut time. Ok juga sini

Macam-macam jenis pancake ada

Day 3: Phuket - KL
Seawal jam 4 pagi semua dah bangun, bersiap-siap dan subuh masuk jam 5.00 pagi. Tepat jam 5.30 pagi kami dah check out dan menuju ke airport. Jarak ke airport dalam 30 minit, tapi sebelum itu kami kena penuhkan tank minyak kereta dulu. Total minyak (diesel) kena top up sebanyak 650 baht sepanjang kami di Phuket ini. Macam biasalah polisi car rental, ambil fuel tank, return pun fuel tank.

Isi minyak dulu before return kereta sewa
Alhamdullilah urusan check in dan flight berjalan lancar dengan cuaca yang baik dan kami selamat tiba di KLIA jam 10.30 pagi. Berakhirlah percutian singkat ke Phuket ini. Cukuplah tak perlu berlama-lama di sana yang  penting dapat bercuti bersama keluarga. Sebenarnya banyak juga lagi tempat menarik di Phuket, kalau ada masa lebih memang boleh explore. Ada rezeki boleh ke sini lagi InshAllah.






1 comment:

  1. Boleh saya dapatkn no contact tuan x? Sebab ade pkare nk tanya tips ke sana

    ReplyDelete