Thursday, 21 February 2019

Day 6 : Kansai Airport - KLIA

Last day di Osaka, jam 8 pagi dah check out sebab flight jam 9.55 pagi. Sempat lagi breakfast nasi lemak Brahim's dan telur rebus terakhir sebelum balik. Kalau tak kelaparan lah nak tunggu makan dalam flight. Nasib baik hotel dekat walking distance kurang 10 minit dah sampai counter check in. Queue untuk check in agak panjang sebab balik ini naik ekonomi. Try juga bid untuk business class tapi tak berjaya. Tanya counter untuk last minute upgrade pun tak dapat sebab dah full. Nasib baik tak dapat upgrade, dapatlah save sikit duit. Ekonomi class A350 pun selesa juga. Sebelum boarding kena pos sim card yang disewa hari itu kalau tak kena charge 5000 yen pula. Sebab beratur agak lama untuk check in maka tak sempat nak window shopping di duty free shop. 

Check out time

Pos rental sim card di sini
Jom balik Malaysia...bye bye Osaka


Alhamdullilah flight selamat tiba di KLIA lebih kurang jam 4 petang walaupun flight agak goyang. Takut juga sebab tengah musim ribut Pabuk ini. Selesai sudah impian nak bawa family En. Suami ke Jepun. Alhamdullilah semuanya berjalan lancar dan banyak memberi type 1 experience pada parents yang belum pernah rasa snow dan berjalan ke Jepun. 


Souvenir from Osaka - chocolate & fridge magnet 100 yen

Kalau ada sesiapa nak details itinerary boleh pm tepi, diharap sharing ini dapat membantu untuk sesiapa nak self drive di Jepun. Sehingga bertemu di destinasi yang lain..harap adalah destinasi lagi di tahun 2019 ini. 

Day 5 : Tottori - Osaka City

Pagi ini keluar awal sikit dalam jam 8.30 pagi sebab nak kejarkan solat Jumaat nanti. Masjid di area Kansai Osaka ini kan limited. So, plan nak solat Jumaat di Masjid Kobe. Apa yang kami cari di Tottori? Ha sebenarnya nak pergi Tottori Sand Dunes dan Sand Dune Museum. Apa itu sand dunes?  Sand dune ini terhasil secara semulajadi. Macam mana terhasil kena google lah. Di Perth pun ada dune macam ini tapi pasirnya putih. Di Tottori pasirnya kuning macam di gurun sahara, bezanya cuma sejuk je. Mencungap juga lah memanjat. Kalau time peak winter dan heavy snow memang jadi snow dune. Sand Museum tak sempat nak pergi sebab tak cukup masa. 

Hotel APA?
Kawasan sekitar Hotel APA



Parking area Sand Dune Tottori

Saujana mata memandang

Mentari pagi yang sejuk

Jom mendaki....larat ke?
Ada kolam air di tengah-tengah dune

Gambar gelap sikit sebab cahaya matahari...di atas puncak dune ada laut disebaliknya

Lepas morning exercise di sand dune kami terus ke Osaka city. Sepanjang perjalanan dipenuhi snow dan pemandangan memang cantik. Kami siap stop di RnR main snow sekejap.


Memutih di tepi highway

Nasib baik takde snow atas jalan

Masuk terowong...Tottori ke Osaka memang banyak terowong

Atap penuh snow....tunggu cair sendiri kot

Toilet stop...takde orang lain pun

Kawasan RnR

Itulah toiletnya
Agak-agak sejuk tak?


Belum cukup tebal snow ini

Oleh kerana semalam dah ke Masjid Kobe, so hari plan detour lagi, cari masjid lain pula. Check waze masjid Osaka Ibaraki pun tak berapa jauh dan sempat tiba before solat Jumaat. Alhamdulillah selamat tiba sebelum solat Jumaat dan sempat bersolat bersama local community. Ramai juga sampai penuh masjid (tapi masjid takdelah besar sangat dua tingkat, muslimah di bahagian atas).


Solat Jumaat di sini

Ramai juga jemaah

Selesai solat Jumaat, kami terus ke Kansai Airport untuk return car rental dan check in hotel. Kami plan return kereta sebab petang ini akan round Osaka city guna public transport. Sampai di Jepun kena lah bagi parents merasa naik train di sini. Return kereta di Aeroplaza kawasan airport. Alhamdullilah kereta semua ok. Time return kereta, check sekali jumlah tol daripada ETC card dan terus charge pada credit card. Dah expect tol mesti mahal sebab jauh perjalanan lebih kurang 1000km total. Haa jumlah tol ialah 18830 yen lebih kurang RM 700 lebih. Minyak yang diguna pun dalam 80 Liter iaitu dalam 10000 yen (RM 400). Kesimpulannya rasa ok juga lah drive di Osaka Kansai area especially kalau ramai dan bawa parents dan kanak-kanak.


List senarai tol

Check in Hotel Nikko Kansai Airport

Ok sambung lagi, lepas return kereta kami terus check in di Nikko Airport hotel juga di Aeroplaza. Sangat mudah tarik beg 5 minit dah sampai hotel. Rehat sekejap di hotel dan rendam Brahim's untuk late lunch merangkap dinner.

Next agenda, sightseeing Osaka city. Sebelum ke Osaka city, saya dan En. Suami ke kaunter HIS dulu di Terminal 1 untuk redeem YOKOSO pass. YOKOSO Pass ini beli di KLOOK  web dengan harga 1500 yen cover one way Rapid Train from Kansai Airport ke Namba Station dan unlimited ride public transport di Osaka city. So lepas redeem pass, terus ke Nankai Ticket Office untuk reserve seat train. Dapat reserve train pada jam 5.30 petang dan train mengambil masa selama 40 minit untuk tiba ke Osaka City. Tiba di Namba Station, Osaka kami dah start menapak. Mula-mula buntu juga nak ke mana dan kebusyan Osaka City ini. Yela dah beberapa hari pergi ke bahagian Jepun yang tenang je.


Reserve seat train di sini

JR Office pun ada di sini 

Entrance ke Train Station
Jom naik train



Selesa dalam train

Bergambar dengan kepala keretapi

Tempat wajib di Osaka mestilah ke Dotonbori so cari gate untuk keluar ke sana. Main redah juga lah. Waktu on the way ke sana nampak Big Camera so masuk lah window shopping dulu. Agak mahal juga barang-barangnya. Then kami ke tingkat 8 Big Camera ada floor untuk barang-barang 100 yen. Belilah juga fridge magnet sushi 100 yen di situ. Selepas itu kami berjalan lagi sehingga ke Tombori River Cruise. Naik cruise je lah so tak payah nak berjalan sangat. Kesian parents nanti. Kami dapat slot cruise 8.15 malam. Cruise mengambil masa dalam 20 minit. Layan gambar jelah ya.


Ok start menapak

Jom Big Camera

Jumpa ketam

Ramainya orang

Dotonbori River

Jom naik river cruise

Glico Man the legend

Kena tunduk lalu bridge ni

After river cruise ingat nak ke kedai 3 coins untuk beli souvenir tapi tak sempat sebab dah jam 9 malam so beli je lah strawberi di kedai tepi jalan. Kemudian kami terus ke Namba Station untuk pulang ke Nikko Hotel di Kansai Airport. Kali ini ambil non reserved airport express harga 920 yen dan masa perjalanan selama 50 minit.


Cuci mata tengok buah

Bestnya buah

Ole-ole bawa balik Malaysia

Beli untuk makan terus

Malam terakhir di bumi Osaka tidur dengan lenanya sebab kepenatan.

Day 4 : Bamboo Forest - Kobe Mosque - Mt Rokko - Tottori

Pagi ini plan nak keluar awal sikit sebab aktiviti agak padat dan hotel untuk check in agak jauh iaitu di Tottori. Tapi ada drama pula di pagi hari. Time dah siap nak check out dan nak masuk barang dalam kereta, kunci kereta pula tak jumpa. En. Suami tak ingat letak di mana, maklumlah homestay agak besar 2 tingkat. Dekat sejam juga masing-masing mencari, dalam beg, bawah katil, dalam bekas sampah tak jumpa-jumpa. Last-last buka semua beg, check satu-satu dan alhamdullilah jumpa kunci kereta dalam one of the sweater yang ada. Ingat dah nak call rental hantar kunci spare je.
Jom check out

Then, check out from homestay terus ke Bamboo Forest Arashiyama yang quite famous di Kyoto ini. Parking kereta berhampiran entrance dan jalan ke dalam bamboo forest.  Parking fees kena 500 yen. Masuk ke Bamboo Forest ini free je. Parents tak larat jalan so tunggu di kawasan pertengahan bamboo forest. Saya dan En. Suami gigih menapak sehingga ke hujung. Oklah bamboo forest ini, nyaman berjalan sebab sejuk tapi orang memang ramai. Kalau nak feeling bergambar sorang-sorang memang agak susah.


Parking dekat entrance ke Bamboo Forest

Pekan Arashiyama 

Tak larat jalan ke Bamboo Forest boleh naik rickshaw

Jom jalan masuk hutan

Hijau buluh

Model pokok buluh
Ramai orang pagi-pagi



Cuci mata tak beli pun

Next, kami bergerak ke Mt Rokko jarak lebih kurang sejam setengah dari Kyoto. Tapi waktu lebih kurang 20 minit lagi nak sampai ke Mt Rokko Cable Car Station kami detour ke Masjid Kobe. Plan nak solat di Mt Rokko sebab ada prayer room di situ tapi nak lebih selesa kami ke Masjid Kobe yang tidak berapa jauh dari Mt Rokko. Sebenarnya plan asal ke Masjid Kobe ialah pada keesokkan harinya untuk solat Jumaat di situ tapi takpe kan pergi dua kali pun. Parking pun banyak di sekitar Masjid Kobe so no problem. Masjid Kobe ini antara yang masjid tertua di Jepun dan tak roboh waktu gempa berlaku di Kobe.


1st time isi minyak kena 5562 yen untuk 40 liter

Masjid Kobe

Jemaah tempatan
Ruang solat wanita di tingkat atas



Ada sphere tank pula tengah-tengah bandar Kobe

Selesai solat, kami bergerak ke Mt Rokko Cable Car station. Parking di kawasan Cable Car Station. Parking fee tak berapa ingat (lupa nak tulis) tapi rasanya dalam 600 yen. First transport kami naik cable car macam di Bukit Bendera bezanya cuma sini lebih sejuk. Agak curam tapi tidak securam cable car di Blue Mountain Sydney. Seterusnya kami naik bas di atas Mt Rokko dan boleh stop di mana-mana tourist attractions. Time inilah kami guna pakai Mt Rokko Tourist Pass dengan harga 1500 yen itu. Antara tarikan di Mt Rokko ialah Snow Park, Ropeway, Garden, Museum dan lain-lain. Boleh google Mt Rokko web. Tapi nak masuk ke tempat-tempat itu kena bayar entrance fee lain, boleh guna tourist pass untuk discount. Kalau nak bawa budak-budak main di snow park memang sesuai lah tapi khabarnya diorang guna artificial snow. 


Mt Rokko Cable Car Station

Ada macam cable car Bukit Bendera Penang tak?

Jom naik Mt Rokko

Time kami sampai tengah snowing juga suhu -1C, yang itu memang snow original lah. Di Mt Rokko kami naik ropeway pula untuk lihat pemandangan yang ada dan lunch di Garden Terrace. Dari Garden Terrace ini kita boleh lihat pemandangan bandar Kobe. Di Garden Terrace ini juga ada menyediakan set makanan halal tapi limited. Waktu kami sampai cuma tinggal 2 set je, boleh lah dari takde. After late lunch kami turun semula ke kereta, waktu itu sudah jam 5 petang. Hari dah nak gelap dan makin sejuk.


Naik ropeway pula

Ropeway station...adalah snow sikit-sikit

View dari ropeway

Garden Terrace
Lepak sat



Lunch alas perut...boleh tahan rasa

Kobe City view from Garden Terrace

Garden Terrace area
Lepak sat sambil tunggu bas nak turun

Destinasi terakhir untuk hari ini ialah check in hotel lah apa lagi setelah seharian berjalan. Tapi hotel yang dibooking agak jauh lebih kurang 2 jam dari Mt Rokko iaitu di Tottori. Tapi jammed sikit petang itu di highway, sangkut dekat 30 minit slow moving. Then, abah kata nak buang air pula, maka En. Suami exit highway dan stop di toilet tepi tol. Lepas keluar tol, kami ikut jalan lain dan waze reroute ke jalan yang tak jam. Alhamdullilah ada hikmah singgah toilet. On the way ke Tottori pun masih snowing lagi, kiri kanan jalan penuh snow dah akhirnya selamat tiba di APA Tottori hotel. 


Longgokan salji yang disodok di RnR

RnR on the way ke Tottori
Malam takde ke mana-mana dan macam biasa dinner Brahim's lagi. Mesti pelikkan kenapa nak check in hotel jauh-jauh sehingga ke Tottori padahal banyak je hotel di Kobe. Haha mesti lah ada sebabnya. Nak tau jengah page selepas ini ya.