Hari ini, kami mengambil full day snorkeling trip dengan pihak hotel. Harga untuk trip ini ialah USD59. Apa yang include in this trip seperti berikut:
Pagi jam 8.30 kami dah standby di lobi. Sebelum itu perut telah diisi dengan breakfast di hotel. Walaupun hotel bajet, tapi breakfastnya quite ok dan mengenyangkan. Kami dihantar ke jetty yang sama untuk ke Male dan tunggu boat untuk snorkeling trip. Group lebih kurang 20 orang termasuk kami.
Destinasi pertama ialah ke Sand Bank. Crew UI hotel ada 3 orang dan seorang boat captain. On the way ke sand bank captain akan cari kalau ada dolphin. Pagi itu, kami so lucky dapat tengok dolphin dengan banyaknya. Diorang ini siap buat show pula. Nampak macam jinak dan tak takut dengan boat/orang. Tak seperti di Sydney waktu kami join whale/dolphin trip...dolphin nya agak sombong dan malu-malu...cuma beberapa ekor je muncul. Tapi rezeki kami baik di Maldives meriah dengan dolphins Alhamdulilah. Layan video dolphin....
Next trip diteruskan ke sand bank. Jauh juga nak ke sand bank ini lebih kurang sejam lebih baru sampai. Sand bank ini kalau dalam bahasa melayu dipanggil beting pasir rasanya. Ianya macam sekeping pantai tapi dikelilingi lautan luas. Cerita pun susah, kita layan je apa tu sand bank. Tapi sand bank ini memang menarik, mandi pun best sebab airnya cetek dan clear. Cuma panas matahari lah. Lagi pun tak boleh lama-lama di sand bank sebab pasir pantainya makin lama makin kecil dan air makin dalam. Oo ya untuk ke kawasan sand bank, perlu transit menggunakan boat kecil. Boat besar yang kami naik awalnya tadi tak boleh access terus ke sand bank.
Sand bank view from drone
Pagi jam 8.30 kami dah standby di lobi. Sebelum itu perut telah diisi dengan breakfast di hotel. Walaupun hotel bajet, tapi breakfastnya quite ok dan mengenyangkan. Kami dihantar ke jetty yang sama untuk ke Male dan tunggu boat untuk snorkeling trip. Group lebih kurang 20 orang termasuk kami.
Naik lori ke jetty |
Inilah bot kami |
Posing sikit dalam bot |
Mimi takut-takut nak bergambar di hujung bot |
Eusoff rilex je |
Next trip diteruskan ke sand bank. Jauh juga nak ke sand bank ini lebih kurang sejam lebih baru sampai. Sand bank ini kalau dalam bahasa melayu dipanggil beting pasir rasanya. Ianya macam sekeping pantai tapi dikelilingi lautan luas. Cerita pun susah, kita layan je apa tu sand bank. Tapi sand bank ini memang menarik, mandi pun best sebab airnya cetek dan clear. Cuma panas matahari lah. Lagi pun tak boleh lama-lama di sand bank sebab pasir pantainya makin lama makin kecil dan air makin dalam. Oo ya untuk ke kawasan sand bank, perlu transit menggunakan boat kecil. Boat besar yang kami naik awalnya tadi tak boleh access terus ke sand bank.
Inilah sand bank nya... |
Mandi tengah laut |
Abah |
Emak |
Lambai sikit pada drone |
Macam-macam gaya lah...bot crew pandai ambil gambar |
Lompat tinggi-tinggi |
Eusoff jadi mermaid...angkara boat crew Maldivian |
Selesai di sand bank, kami di transfer semula ke boat. Lepas ini aktiviti snorkeling pula bermula. Kalau tengok air di sekeliling boat gelap sungguh takkan snorkeling di sini. Rupanya boat tak boleh terlalu dekat dengan coral so kena snorkeling jauh sedikit. Snorkeling kali ini lain sikit, kena pergi dalam kumpulan dan follow crew. Crew akan tarik kita guna life buoy. Maksudnya semua pegang life buoy itu supaya senang ditarik ke snorkeling area. First time terjun, jenguk ke bawah...uish dalamnya nampak gelap je dengan sedikit sinaran cahaya matahari. Selepas ditarik ke kawasan coral barulah nampak cantiknya coral dan underwater life. Ok layan photo underwater pula...
Tapi kalau nak compare, rasa macam underwater Pulau Redang yang tercantik. Family kami memang suka aktiviti air dan snorkeling. Almost every year akan ke pulau. So far pulau yang dah pergi Redang, Tioman, Pangkor, Krabi, Pulau Weh Aceh, Perhentian, Payar Langkawi dan Mabul. Ingat nak ke Pulau Gaya dan Sapi di Kota Kinabalu last year tapi takde rezeki.
Ok sambung semula cerita Maldives. After snorkeling semua kembali ke boat. Kami diberi pack lunch. Perut dah lapar so tak sempat snap gambar lunch. Simple lunch tapi menyelerakan sebab dah lapar. Lunchnya diberi mee (macam maggi) lauk ayam goreng, sosej, buah dan air kotak oren. Perut dah kenyang so kita pergi ke next destination.
Destinasi seterusnya ialah local island untuk lihat macam mana life Maldivian sebenarnya. Kami akan di bawa ke sebuah pulau bernama Immafushi. Jauh juga nak ke pulau ini dari sand bank. Dekat dua jam rasanya. Boat pun rasanya macam bergerak perlahan je. So atas boat ada yang tidur, ada yang berangan ada yang ber FB & insta sementara nak tunggu sampai ke pulau Immafushi.
Best happy jus ni... |
Akhirnya selepas dua jam kami tiba di pulau Immafushi tu. Kecil dan simple je pulau ini. Tapi semua benda ada, klinik, sekolah, makhamah, balai polis, masjid dan lain-lain. Penduduk pun tak ramai. Sekali tengok macam pulau Mabul pun ada. Di pulau tu ada 1 je guesthouse dan kebanyakannya mat salleh yang stay. Souvenir shop pun ada tapi agak mahal compare to Male.
Selepas round pulau, kami naik semula ke boat untuk balik ke Hulhumale. Dalam hati berdoa je supaya cepat sampai sebab masing-masing dah penat. Baru je boat bergerak dari pulau, boat stop lah pula. Rupanya, ada problem sikit pada enjin dan sauhnya. Kena lah crew dive ke dalam laut betulkan apa yang patut. Alhamdullilah settle kalau tak sangkut pula kami di tengah laut. On the way balik hujan lah pula so kebasahan lah kami yang lepak di bahagian atas boat ini.
Police Station Immafushi |
Bersih je |
Maldivian house...ada kerusi lepak-lepak |
Bot-bot di Immafushi |
Rumah diperbuat daripada coral |
Selepas round pulau, kami naik semula ke boat untuk balik ke Hulhumale. Dalam hati berdoa je supaya cepat sampai sebab masing-masing dah penat. Baru je boat bergerak dari pulau, boat stop lah pula. Rupanya, ada problem sikit pada enjin dan sauhnya. Kena lah crew dive ke dalam laut betulkan apa yang patut. Alhamdullilah settle kalau tak sangkut pula kami di tengah laut. On the way balik hujan lah pula so kebasahan lah kami yang lepak di bahagian atas boat ini.
Akhirnya lebih kurang jam 4.30 petang Selamat sampai ke jetty Hulhumale. Snorkeling trip service pun tip top, sepanjang trip kami diberi towel, tembikai, biskut, air kotak dan air mineral pun free flow. Takde limit sebotol seorang ke apa. Tiba di jetty kami dihantar semula ke hotel. Tiba di lobi hotel, kami disuruh duduk dulu sebab diorang nak serve tea and snack pula. Kitorang dah rushing sebenarnya nak kejarkan solat jamak zohor dan asar tapi layankan jugalah sekejap diorang nak serve tea itu. Itulah walaupun hotel biasa-biasa customer service tetap terbaik. Trip crew pun friendly rajin melayan si cilik Eusoff yang baru setahun itu.
Malam itu aktiviti free and easy. En. Suami pula demam malam itu, so kami takde lah keluar dinner, cuma pesan makanan pada adik-adik yang keluar. Dinner malam tu mereka tapaukan roti paratha cicah ikan masak lemak. Sedap juga. So end of day 3 dan last night di Maldives kemas-kemas barang untuk balik ke Malaysia esoknya.
Roti paratha versi Maldives |
No comments:
Post a Comment