Hari ke-3 kami check out daripada homestay di Kundasang. Sebelum tu breakfast di homestay. Masak nasi lemak je pagi ini. Homestay yang kami duduk memang best. Highly recommended. Boleh check dalam FB mereka.
Pagi cuaca yang baik |
Check out sudah...depan homestay |
Sebelum bergerak ke KK kami singgah di pasar pagi pekan Kundasang. Banyak makanan yang dijual, kalau tak sempat masak breakfast pun boleh beli di sini. Bersebelahan pasar pagi ada Kundasang Memorial Park. Untuk naik ke sana kena bayar RM3 seorang. Memorial Park ni takdelah setinggi canopy walk di Hot Spring Poring tu tapi bolehlah kalau nak tengok pemandangan pekan Kundasang.
War Memorial....tak sampai seratus steps pun rasanya |
Shopping jap di pasar pagi |
Pakcik & makcik |
Bye-bye Kundasang |
Selesai di Kundasang, kami bergerak ke KK. Bye-bye Kundasang ada rezeki kami datang lagi. On the way ke KK, singgah sekejap di Kinabalu Park untuk bergambar kenangan.
Kabus sana-sini |
Adik-beradik dan ipar duai emak |
Family photo tapi ada yang takde juga ni |
Perjalanan diteruskan dan kami singgah di Rumah Terbalik yang terkenal tu. Bayaran masuk agak mahal juga iaitu RM10 seorang. Sessi masuk ke rumah terbalik tu dalam 15minit dan tak boleh nak ambil gambar. Cuma boleh ambil gambar di luar rumah je. Rasa biasa je rumah terbalik ni tapi since dah datang jauh kita singgah lah.
Posing dulu sebelum masuk rumah terbalik |
Wah kuatnya cik abang |
Pening |
Terbalik sudah |
Gambar kenangan semua ahli rombongan ada |
Selepas itu kami terus ke bandar KK, singgah lunch dulu di Tg Aru.
Lepas makan terus check in di Marina Court. Rehat dan solat dulu sebelum menyambung sessi lawatan dan membeli belah di Pasar Filipina.
Malam tu ramai lah yang memborong ikan bilis, udang kering, ikan kering, kopi tenom, kuih cincin dan macam-macam lah. Dinner free and easy. Macam-macam seafod ada.
Makan di Tg Ara |
Pantai Tg Ara |
Check in 1 malam di Marina Court |
Sempat lagi mandi di swimming pool |
Shopping time |
Seafood |
Seafood lagi...jangan gout sudah |
Selepas tu semuanya tidur awal sebab flight balik ke KL pada jam 6.15 pagi. So jam 4.00 pagi dah kena check out.
No comments:
Post a Comment