Monday, 31 July 2017

Day 1 : KL - Bangkok

Flight jam 4 petang 31 Jan 2016 daripada KLIA. First time naik Malindo international flight. Sebelum ini Malindo berlepas di KLIA2 tapi baru-baru ini international flight Malindo naik di KLIA. Kereta parking je di KLIA parking zone. Mahal sikit tapi mudah dan selamat. Alhamdullilah check in berjalan lancar tapi time boarding delay pula 30 minit sebab cuaca tak berapa elok, hujan sangat lebat. Tak kisah delay asalkan tak terbang time hujan lebat.


Makan dulu sebelum fly

Masuk guna complimentary credit card...rugi tak guna

Langit gelap tu...takut gak nak terbang



Mula-mula terbang, perjalanan berjalan lancar, hujan dah reda, cuaca pun nampak baik. Dalam hati ok juga Malindo ni, ada provide food, ada inflight entertainment, luggage pun inclusive.

Boleh la food Malindo...ringan-ringan jer


Tengah syok-syok layan movie, perut pun dah kenyang tiba-tiba oxygen mask jatuh, alarm berbunyi..saya pandang En. Suami, En. Suami pandang saya...lepas tu flight attendance kalut- kalut buat announcement suruh pakai oxygen mask tu. Terkial-kial kami nak pakai mask tu. Itulah time safety briefing buat tak dengar, bila actual emergency hah baru tahu macam mana.


Oxygen mask dah drop....camne ni?

Time pakai mask tu, nafas rasa tak tentu hala, jantung tak payah cerita lah berdegup kencang macam Usain Bolt rasanya. Buka tingkap tengok luar cuaca ok..enjin takde pula nampak terbakar atau abnormal ke. Rasa flight macam terbang steady takde lah rasa macam menjunam or sudden drop atau air pocket ke. Cuma goyang sikit-sikit macam normal lah. Budak-budak dah start menangis. Cabin crew pun banyak kali buat announcement suruh pakai mask, pasang seatbelt, tegakkan seat..panik tak tau nak cakap lah. Tapi rasa macam flight terbang agak rendah..sebab boleh nampak laut dan kapal-kapal. Dalam hati memang ingat dah takde harapan lagi lah..Istigfhar, baca ayat kursi dan zikir je banyak-banyak. Waktu tu lebih kurang dalam 1 jam lagi nak sampai ke Bangkok. Kalau ikut plan fly ke Bangkok ambil masa 2.5 jam je.


Nasib baik bukan selfie terakhir...first time guna oxygen mask ni


Awan tebal time ni


Selepas lebih kurang 30 minit pakai oxygen mask tu, barulah pilot buat announcement dah tak perlu pakai mask tu lagi. Tapi pilot takde pula explain kenapa dan apa yang berlaku. Walaupun dah tak perlu pakai mask, selagi tak landing selagi itu lah hati tak tenang. Alhamdullilah, akhirnya berjaya juga landing dengan selamat di Don Muang Bangkok airport. Waktu keluar sempat tanya dengan salah seorang cabin crew apa yang berlaku sebenarnya tapi dia jawab dia pun tak tahu..hmm...


Waktu di Thailand ini lambat sejam dari Malaysia so untung sejam di situ. Ada dua international airport di Bangkok ni iaitu Suvarnabhumi dan Don Muang. Kami turun di Don Muang airport iaitu lebih kurang macam KLIA2. Flight MAS turun di Suvarnabumi dan Air Asia sama macam Malindo di Don Muang. Urusan di immigresen takde masalah. Lepas ambil bag terus ke hotel Amari. Hotel ini connecting dengan airport, ada special entrance dan bridge direct ke hotel dari airport. So sangat mudah, tak perlu naik bas or tahan taxi untuk ke hotel, just tarik bag je sampai lobi.


Bermalam di sini

Lepas check in, pergi collect kereta di level 2 Hotel Amari ini. Waktu booking order Toyota Yaris, tapi time collect kereta dapat Nissan Almera pula. Tapi oklah asalkan jangan bagi MPV sudah. Lepas tengok kereta semua ok, kami parking je di hotel sebab takde plan nak jalan-jalan hari tu lagipun hari dah malam. Plus, trauma naik flight pun tak hilang lagi tapi perut terasa lapar pulak. Lepas menggoogle tengok ada halal restaurant di bahagian arrival airport, so apa lagi kami menuju lah ke situ. Banyak pilihan nasi dan makanan tapi harga standard lah.


Tapau food kedai Bandmad ya

Ada prayer room depan Restoran Bangmad

Kami tapau, makan di bilik, solat, rehat dan tidur untuk journey esoknya. Sebelum tidur, syukur sangat-sangat diberi kesempatan untuk bernafas dan sempat berada dalam tahun 2017 lagi. Kalau flight crush tadi memang nauzubillah lah. Rasa serik dan rasa nak balik Malaysia naik keretapi je nanti. Malam tahun 2017 disambut di bumi Bangkok. Selamat datang 2017. Semoga tahun 2017 lebih baik.

No comments:

Post a Comment