Sunday, 15 June 2025

Short trip raya vacation di Brunei (6-9 Jun 2025)

Salam semua, kali ini nak share percutian singkat ke Brunei sempena cuti raya korban 2025. Sebenarnya bukan lah trip jalan-jalan sangat pun tapi ambil kesempatan En. Suami ada job di Brunei dan tak balik beraya di Malaysia. So kita ke Brunei lah sebab tak pernah lagi ke sana.

Gambar teaser landmark Brunei - Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin

Lokasi negara Brunei - terletak antara Sarawak dan Sabah. Negara kecil dengan penduduk lebih kurang 466 ribu orang (separuh dari rakyat Melaka)

Persiapan agak last minit juga sebab kena confirmkan En. Suami jadi balik ke Malaysia atau tak untuk raya aidil adha. Lagi 2 hari confirm tak dapat balik so tiket flight pun beli last minit. Untuk ke Brunei ini saya naik Royal Brunei sebab lebih murah dari Air Asia dan MAS. 

Kita naik Royal Brunei - airline rasmi negara Brunei

Penginapan pula book 1 malam di Empire Hotel Brunei dan hari-hari lain stay di hotel En. Suami di Seria yang jauhnya lebih kurang 1 jam dari Bandar Seri Begawan. Duit pun tukar sikit je dan last minit di airport. Exchange rate kebih kurang 1 Brunei Dollar = RM 3.36…mahal kan…ok dah jom kita ke Brunei.

Note duit Brunei

Perjalanan bermula pada 6 Jun 2025, flight jam 9.15 malam. Memang ambil malam sebab kalau awal sangat nanti En. Suami tak dapat ambil sebab kerja. Flight berjalan lancar dan tiba di Bandar Seri Begawan Airport jam 11 malam. En. Suami ambil malam itu dan terus ke Seria. Oo sebelum fly, jangan lupa register e-arrival card secara online di website ini https://www.imm.gov.bn/ ini memudahkan kemasukan di Immigration Brunei.

Sampai awal untuk check in takut highway jammed cuti raya korban

KLIA masih guna bas untuk ke terminal....bila lah agaknya train nak siap

Kita makan dulu sebelum fly

Bagus ada bacaan doa sebelum take off

Makan lagi dalam flight

Alhamdullilah sampai Bandar Seri Begawan airport di tengah malam

7 Jun 2025 adalah Hari Raya Aidiladha sama hari seperti di Malaysia. Solat raya di sini agak awal iaitu jam 7.30 pagi. Join juga solat raya di sana tapi jemaah perempuan tak sampai 2 saf. Tak perasan pula kalau ada acara korban di masjid pagi itu. Lepas solat kita breakfast di hotel. Bawa sekali lemang dan rendang dendeng nyet. Boleh lah macam ala-ala raya sikit.

Masjid di Seria

Kawasan solat muslimat

Breakfast di hotel dengan lemang Klebang & rendang dendeng nyet yang dibawa dari Malaysia

Lepas zohor, kami gerak ke Bandar Seri Begawan. Lunch di area Gadong dan lepas itu check in di Hotel Empire (hotel yang terbesar di Brunei) saja je buat rasa-rasa. Layan photo di hotel Empire ya…besar hotel ini puas nak berjalan. Malam kami tak ke mana-mana just tengok movie di Empire Cinema di hotel.

Lunch di sini atas recommendation chat GPT

Makan nasi ayam dan nasi ikan talapia

Rojak Brunei katanya

Jom check in Empire Hotel

Area lobby....besar-besar tiang

Di lobi

Antara ruang-ruang yang ada di hotel

Boleh lepak sini dulu sambil tunggu check in

Kita explore kawasan luar hotel pula

Tepi laut

Duduk healing dulu

Besar bangunan hotel

Check swimming pool pula

Pool besar-besar

Ada 5 swimming pool sini termasuk 1 indoor....tapi kami tak mandi pun

Jalan-jalan layan sunset

Sunset di Brunei

Malam kita tengok movie

Layan je lah Karate Kid

Parking video area hotel untuk kenangan.




Esoknya kami breakfast di bilik je sebab masing-masing pun bangun dah lewat tak berbaloi untuk breakfast di hotel. Dalam jam 11 pagi kami check out dan ronda-ronda Bandar Seri Begawan pula. Actually, tak banyak tempat sangat pun boleh pergi. Kalau 3 hari 2 malam pun dah lebih dari cukup. Layan ya photo-photo ronda kami di Bandar Seri Begawan.

Jom check out....bye Empire Hotel

Kita ke Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin

Ruang solat dalam masjid

Nampak tak kami dalam frame tu.....ada kawasan padang area masjid

View masjid

View masjid lagi dari kawasan mall berhampiran masjid

Ada tasik juga sekitar masjid

Kita ke muzium pula...kena bayar 5 dollar untuk bukan warga Brunei. Warga Brunei free je...

Antara replica istana balairong

Kawasan lobi muzium...besar muzium ni....dekat sejam juga kami pusing

Gambaran sewaktu pertabalan King

Lapar jom lunch....

1st time makan Jollibee....famous kat sini....kat Malaysia ada juga tapi tak banyak branch

Kita ke masjid kubah emas....ada 29 kubah emas

Ruang solat muslimat

Solat jamak di sini...


Jom kita ke Kampung Ayer pula...ronda-ronda naik bot 30-40 min dengan bayaran 10 dollar per pax

Welcome to Kg Ayer Brunei

Sekolah atas air

Masjid atas air

Balai Bomba atas air

Ini driver boat kami....bawa pusing-pusing kampung dia

Besar-besar rumah Kg Ayer ni

Bot hijau itu bot kutip sampah dalam sungai

View Masjid Sultan Omar Ali dari Kg Ayer

Awas sungai ni banyak buaya ya.....

View rumah-rumah Kg Ayer

Bye Kampung Ayer....besar juga kampungnya...

Lepas explore Bandar Seri Begawan, kami singgah di Pasar Malam Gadong. Beli makanan sedikit dan pulang ke hotel di Seria.
Singgah night market Gadong....start buka pukul 3 petang sehingga malam

Jenis stalls dalam bangunan...bersih

Nasi katok popular di Brunei....boleh cuba

Ada bakar-bakar

Pelbagai jenis cekodok...ada yang 1 dollar 3/4/5 biji

Sotong-sotong

Cucuq udang besar-besar

Pulut panggang, pais etc...

Kami lajak ke Kuala Belait (bandar sempadan Sarawak)

Landmark Kuala Belait

Border crossing Brunei ke Miri....ingat nak ke Miri sekejap (dalam 30 minit jarak) tapi kami tiada pass masuk untuk kereta sewa Brunei

9 Jun, masa untuk balik ke Malaysia. Tiada apa-apa aktiviti hari ini. Lepas zohor En. Suami hantar ke airport sebab flight jam 5.55 petang. Flight ke KL mengambil masa lebih kurang 2 jam dan Alhamdullilah selamat sampai di KLIA.

Hotel kami di Seria...rumah sebulan En. Suami

View dari bilik...tenang-tenang je Seria ni

Kereta sewa kerja...minyak murah sini 20 sen je seliter tapi Shell je lah ada..dan semua kereta pun tak boleh tinted walaupun agak panas cuaca di sini..

Melawat kawasan kerja

Boleh hantar resume ke sini...nampak macam tenang

Brunei Shell Petroleum (BSP)...ada yang berminat?

On-shore drilling pun ada

Kawasan tangki

Highway menuju ke Bandar Seri Begawan

Sepanjang jalan ada signage zikir pada Allah....Alhamdullilah

Dah sampai airport

Airport tak berapa besar tapi macam baru

Lepak minum matcha....takde pula tiramisu kat sini

Suasana dalam airport.....sepi je

Flight dah ready jom balik KL

Doa jangan lupa

Dekat je 2 jam

Alhamdullilah dinner dalam flight

Sekian catatan ringkas short vacay di Brunei untuk panduan kalau ada yang berminat ke sini. Kesimpulannya Brunei sangat tenang dan santai, rakyatnya lemah lembut dan driver2 kebanyakannya berhemah, dari jauh dah stop kalau nampak kita nak melintas jalan. Harga barang-barang pula lebih kurang di Malaysia tapi kena darab 3.5 lah so jadi mahal. Contohnya air mineral 1 dollar = RM 3.50. Kalau untuk rasa-rasa tambah negara untuk dilawati bolehlah datang ke Brunei ini.