Saturday, 26 April 2025

Percutian Keluarga ke Lombok (4 -7 May 2023)

Salam semua, kali ini nak share kisah percutian kami sekeluarga ke Lombok Indonesia bersempena dengan long weekend public holiday Hari Wesak. Kali ini kami seramai 11 orang peserta trip Lombok. Planning agak lambat juga lebih kurang sebulan sebelum hari kejadian. Kenapa nak ke Lombok? Haa dengar Lombok macam menarik ada pulau pantai yang cantik dan bagus untuk snorkeling. Kat mana Lombok ini boleh refer map di bawah. Berjiran dengan Bali dan 3 jam perjalanan flight dari Kuala Lumpur. Lombok pernah dilanda gempa yang teruk tahun 2018 dan selepas itu wabak covid pula so Lombok antara yang terjejas teruk sebab aktiviti wisata (tourism) terbatas.

Gambar teaser dulu....misi mencari ikan di Lombok

Peserta trip Lombok May 2023 di pantai Kuta Lombok

Map Lombok sebelah Bali je

Macam biasa kita beli tiket flight dulu. So far yang ada direct flight Lombok hanya Air Asia. Tiket flight kami dapat lebih kurang RM1000 return. Harga flight memang dah mahal since post covid ini. So sebab nak berjalan, kita proceed je dengan beli tiket. Next, kita cari ground arrangement activity di Lombok. Ada minta juga beberapa quotation dari local travel agent tapi agak mahal dan kurang menarik. So kita minta itinerary & quotation dari Burhan Javanation Trip. Sudah biasa dengan Burhan ini sewaktu trip ke Bromo, so ground arrangement menjadi lebih mudah dan flexi ikut kesesuaian kita. Harga ground arrangement trip kami 4 hari 3 malam ini ialah INR 10 juta tapi tidak termasuk hotel ya sebab lebih suka booking hotel sendiri. Kenapa suka booking hotel sendiri? Pertama sebab dapat kumpul point untuk shopback sebab saya memang loyal customer Agoda untuk booking hotel. Kedua sebab lebih bebas dah puas hati jika pilih hotel sendiri. Untuk trip Lombok kali ini saya pilih hotel Aston Inn di Mataram, Lombok Holiday Resort di Senggigi dan Aston Sunset di Gili Trawangan. Untuk details program 4hari 3 malam pula adalah seperti berikut:

Next, since post covid ini untuk entry ke Indonesia perlu at least vaccine 2 dos. Waktu kami ke Bromo tahun 2022, kena download apps Peduli Lindungi tapi untuk tahun 2023 apps telah sudah ditukar ke Satusehat pula. Tapi since pernah register Peduli Lindungi info ke Satusehat sudah auto transfer. Pastikan sentiasa check entry requirement sebelum fly.

Lagi satu, sila check juga status perjalanan ke luar negara seperti link ini Semakan Status Perjalanan Mana lah tau kena blacklist sebab tak bayar income tax atau PTPTN ke. Lesson learnt waktu kami nak ke Dalat ada peserta yang nyaris tak dapat ikut sebab sangkut income tax. Nasib baik datang awal ke airport boleh settle dan sempat terbang.

Travel Insuran juga jangan lupa beli. Saya memang pelanggan setia Etiqa 360 ambil dengan Ejen terbaik Pn Noha (FB Noha MdSupian). Malang tak berbau kan better kita ambil je. Trip kali ini ada sedikit injury haaa nanti kita cerita…

Duit rupiah juga jangan lupa tukar. Tukaran waktu kami ini ialah INR 1 juta = RM300. Sudah jutawan lah kita.

Jutawan Rupiah

Electric socket di Indonesia berbeza dengan di Malaysia. Mereka guna socket yang dua pin so jangan lupa bawa universal adaptor. Macam kami bawa 2 biji universal adaptor tapi malangnya tidak boleh guna sebab pin point nya sudah patah (maklumlah banyak travel). Nasib baik hotel yang kami stay ada universal plug dan boleh pinjam universal adaptor.
Jenis soket di Indonesia

Ok dah ready semua ubat-ubat jangan lupa sebab ada warga emas dalam trip kali ini. Warga emas yang tertinggi nombornya ialah 72 tahun (tahun 2023) tapi Alhamdullilah sihat.

Dah ready jom kita ke Lombok…

Day 1 : Melaka - KLIA2 - Lombok
Flight kami dari KLIA2 pada jam 2.30 petang. So kami bertolak dengan 2 buah kereta dari Melaka pada jam lebih kurang 9 pagi selepas makan roti canai ikan bakar dulu. Seorang lagi adik dari Kajang akan direct ke KLIA2 dan plan berkumpul di sana pada jam 11.30 pagi. Perjalanan dari Melaka jammed sikit sebab masih lagi dalam musim raya dan kebetulan cuti public holiday Hari Wesak. Alhamdullilah berjaya sampai KLIA2 lebih kurang jam 11.30 pagi. Kami terus je parking dan tinggal kereta di KLIA2 sebab malas nak pening-pening cuma pening waktu nak bayar keluar ke nanti... haaa kita tengok berapa kena nanti.

Semua dah berkumpul....ready to fly

Alhamdullilah selesai check in barang, kali ini kami beli luggage 100kg dan ngam-ngam je cukup-cukup untuk semua. Flight pun ok delay sikit je dalam 10 minit dan kami selamat tiba di Airport Lombok lebih kurang jam 5.30 petang. Beratur di Immigration agak lambat juga lebih kurang 1 jam sebab flight penuh dan Immigration check agak details juga. Sila pastikan dokumen tiket balik, trip info dah ready supaya pantas urusan di Immigration. Airport Lombok ini besar dan cantik (airport baru kata tour guide tapi tak tahu lah berapa baru).

View mount Rinjani di Lombok

Agak luas dan jauh juga perjalanan untuk keluar ke arrival hall. Sempat lagi kami bergambar-gambar sebelum keluar. Time zone di Lombok sama di Malaysia (tidak cepat, tidak lambat) tapi gelap lebih awal seperti di Sabah dan Sarawak. Lebih kurang 6.30 petang kami keluar hari sudah gelap. Keluar je Pak Bram sudah sedia menunggu dengan van 15 seaternya yang panjang. Bram merupakan pak supir kami sepanjang trip ini.
Alhamdullilah selamat sampai Lombok

Van dah sedia menunggu

Next, sebelum check in hotel kita makan dulu. Sebab hari pertama ini tiada apa-apa program memang traveling day je. Kami dibawa makan makanan special di Lombok iaitu Ayam Taliwang. Memang sedap Ayam Taliwang di restoran Irama 3. Diberitahu yang adat masyarakat Lombok, hanya lelaki yang boleh masak Ayam Taliwang ini sebab bumbu-bumbunya adalah rahsia keluarga. Kalau para isteri yang masak habis bocor rahsia bumbu keluarga masing-masing. Itulah kisahnya tak tahu betul ke tak.

Dinner di sini

Jom makan

Perut pun dah kenyang, jom kita check in. Malam pertama ini kami stay di Aston Inn di tengah-tengah Bandar Mataram. Mataram ini adalah bandar central untuk pulau besar Lombok ini. Sebelum check in ada juga yang singgah ke mini mart di sebelah hotel untuk beli jajan. Malam itu kami berehat saja dan tidur awal untuk simpan energy nak ronda Lombok nanti.

Jom check in hotel

Beli jajan di mini mart sebelah hotel

Good night from Lombok

Day 2 : Mataram - Senggigi.
Aktiviti hari ke-2 bermula dengan buffet breakfast di hotel. Breakfast nya ok boleh tahan sedap dan banyak pilihan. 

Breakfast dulu...

Food boleh tahan banyak pilihan dan sedap

Ronda-ronda hotel semalam sampai dah gelap

Meeting apa lah tu depan bilik

Jom check out kita explore Lombok

Hari ini kami ditemani oleh tour guide Pak Jan (wakil Javanation trip). Tempat pertama dituju ialah Desa Kain Tenun Desa Sukarara. On the way ke sana Pak Jan cerita mengenai adat orang-orang Lombok di mana perempuan perlu wajib tahu menenun kain. Jika tidak pandai menenun masih belum layak untuk dijadikan isteri. Jan juga cerita tentang adat menculik wanita untuk dijadikan isteri. Hingga sekarang masih diamalkan sebab jika diculik hantaran kahwinnya masih boleh dirunding berbanding dengan jika terus melamar hantarannya fix dan mahal. Sebab itu kita selalu dengar gadis Malaysia diculik pemuda Lombok dah itu adat budaya nya kita saling hormati. Tiba di pusat tenunan, kami melihat demo bagaimana kain ditenun. Pekerjaan yang rumit dan tidak ergonomik boleh sakit belakang jika menenun lama-lama. Di sini kami cuma window shopping je sebab harga kainnya agak mahal.

Pusat tenunan

Tengok-tengok hasil tenunan yang dijual

Orang perempuan Lombok kena pandai menenun....nanti tak boleh kahwin

Demonstration menenun 

Sempat lagi bergambar di rumah jenis Lombok di pusat tenunan

Next kami ke Kampung Sasak. (kampung tradisi asli masyarakat Lombok). Kampung ini merangkap muzium sebenar sebab kita boleh masuk dan lihat keadaan rumah dan suasana di sini. Rumahnya agak kecil ada 1 bilik, atapnya dari daun (tak ingat nama daun) dan lantainya dari campuran komposit najis lembu. Masyarakat mereka 100% muslim dan terdiri dari rumpun keluarga berkahwin sesama keluarga mereka. Dikhabarkan sudah 15 generasi ada disitu dan lebih kurang terdiri dari 70 keluarga. 

Kampung tradisi masyarakat Lombok

Gambar wajib

Penerangan oleh ketua kampung

Sesi melawat kampung

Ada juga jual-jualan di tepi rumah

Ini ketua kampung juga tapi kampung di Johor

View dalam rumah

Atap jenis mudah terbakar kena ada evacuation plan sebab rumah rapat-rapat

Next, kita ke pantai Kuta pula ambil angin pantai sambil menunggu masuk waktu solat Jumaat. Waktu di pantai kami dikerumuni oleh penjual-penjual tempatan. Mereka tidak ganas cuma macam terdesak membuat jualan. Kami beli sedikit ole-ole dan cepat-cepat masuk ke kereta.

Bukti hadir di Pantai Kuta

Dikelilingi peminat di Pantai Kuta

Kami ke masjid berdekatan untuk kaum lelaki solat Jumaat. Kaum wanita duduk saja di dalam van bimbang dikerumuni peniaga-peniaga lagi. Selesai bapak-bapak solat Jumaat, kita langsung gerak ke Bukit Seger. Kaum ibu nanti ya kita solat lambat sikit di masjid yang lain. 

Next jom hiking ke Bukit Seger, rendah je tak tinggi sangat...dalam 10-15 minit hiking. Yang muda belia dah ready nak hiking, yang bapak-bapak dan ibu-ibu duduk di gerai di bawah sambil minum air kelapa.

Jom ke Bukit Seger

Panjat tangga dulu

Dah takde tangga....panjat bukit pula

Tiba di Bukit Seger, view sangat cantik dan memang berbaloi untuk panjat. Angin di atas bukit juga kuat walaupun panas di tengahari. Kami lepak-lepak tengok view sambil minum air kelapa yang dibawa bersama ke atas oleh orang tempatan. Bukit Seger ini terletak dekat dengan Lombok GP motor circuit. Memang boleh teropong je dari bukit ini untuk tengok MotorGP.

Track moto GP Lombok

View Pantai Kuta

Another view MashaAllah

Peserta yang berjaya memanjat bukit

Bukti atas bukit

Another view dari atas bukit

Penat panjat bukit minum air kelapa dulu

Dah jom turun

Next kita tengok view dari bukit yang lain pula. Jom kita panjat Bukit Merese. Kali ini tak perlu mendaki banyak sebab kenderaan boleh sampai ke atas. Kali ini ibu-ibu bapak-bapak boleh ikut tengok view dari atas. Layan view ya atas ni memang cantik ciptaan Allah. View ala-ala Isle of Sky di Scotland yang beza suhu je panas hehe.

Ala-ala Isle of Sky Scotland

Kali ini mak dapat join panjat bukit

Cantik view laut

Suka tengok laut

View pantai pula....pantai pasir hitam

Belanja view lagi

dan lagi view....

Sedang penggambaran video klip

Cover album male group

Cover album solo

Kanak-kanak Lombok mencari rezeki

Dari jauh boleh lah nampak kurus

Aksi bahaya rock climbing

Dah jom balik

Next lepas Bukit Merese, kita turun ke bawah dah singgah di mini mart untuk toilet break dan beli makanan alas perut sebab restorannya agak jauh lebih kurang 1 jam. On the way ke restoran, kami singgah di masjid untuk para ibu menunaikan kewajipan dulu.

Seterusnya jom kita pergi makan, ini kira combo lunch dan dinner lah so boleh lah makan besar sikit. Kami stop di restoran di Pantai Klui, suasana ala-ala Bali. Memang pun pantainya menghadap Bali dan kelihatan tersergam Gunung Agung Bali dari kejauhan. Kali ini kami late lunch dinner sambil layan view sunset. 

Makan di kedai Luv

View ala-ala Bali

Ya nak order apa pak

Layan sunset

Yeah makanan dah sampai

Lobster dan ikan kena ada

Nak berkuda tepi pantai pun boleh

Senja di Lombok

Dah malam jom balik hotel

Selesai makan, jom kita gerak check in ke hotel. Malam ini kita stay di Lombok Holiday Resort Senggigi. Macam biasa sebelum check in hotel stop lagi di mart untuk beli jajan. Hotel ini agak besar cantik ala-ala resort. Selepas check in sempat lagi geng-geng pria terjun swimming pool walaupun sudah hampir untuk tutup tapi kami diberi masa tambahan untuk mandi sepuas-puasnya.

Check in hotel ke-2 di Lombok

Sempat main pool sementara tengah check in

Bilik kami

Sembang malam di balkoni

Kawasan sekitar hotel view malam

Tempat healing atas pool

Gelap laut....layan bunyi ombak

Mandi pool pula....tadi main pool

Dah malam jom masuk bilik

Malam itu kami tidur dengan lenanya sambil bunyi ombak yang kedengaran sebab angin yang agak kuat di waktu malam.

Day 3 : Sengigi - Gili Trawangan
Pagi macam biasa dimulai dengan buffet breakfast. Breakfast agak menarik dengan pelbagai menu, open concept view pool dan laut sambil diiringi dengan live gamelan. Kalau nak healing memang layan.Lepas breakfast kami check out untuk snorkeling di Gili dan akan stay di Gili Trawangan. 

Good morning Lombok

Alas perut breakfast

Makan berat sikit

Makan ni je diet

Live gamelan di tepi pool

Healing jap lepas breakfast

Check out time

Ada 3 gili untuk snokeling yang menarik iaitu Gili Air, Gili Meno dan Gili Trawangan. Gili dari segi bahasanya bermaksud pulau kecil. 3 gili ini terletak sederet dan Gili Trawangan yang paling besar dan happening. Jarak dari hotel ke jeti boat lebih kurang 40 minit. Sepanjang perjalanan menyelusuri pantai dan boleh nampak 3 gili dari kejauhan.

Stop bergambar sebentar di Malaka Lombok....bukan Melaka ya

Look out point nampak 3 gili...

Kami tiba di jeti boat dan boat sedia menunggu. Untuk snorkeling ini kami naik slowboat yang agak besar dan akan gunakan boat yang sama untuk check in hotel di Gili Trawangan nanti. Ada 3 snorkeling point yang bermula di Gili Air (banyak ikan), Gili Meno (ada terumbu bentuk bulatan orang) dan Gili Trawangan (ada penyu). Alhamdullilah cuaca agak baik dan laut tenang tidak ribut jiwa… 

Jom bot dah ready

Mabuk laut tak?

Lokasi gili-gili

Dah sampai area gili

Jom terjun laut

Nenek pun berani snorkeling

Misi mencari ikan dan penyu

Banyak ikan

Bagi ikan makan roti

Icon underwater lombok

Bergambar dengan The Nest statue - 48 patung manusia

Cari ikan lagi

Cari penyu pula

Baik penyu ni

Nak kejar penyu juga

Belanja video underwater Lombok



Selesai habis tenaga snorkeling, akhirnya kami tiba di pantai Gili Trawangan. Memandangkan Hotel Aston Sunset ini jauh dari pekan, maka kami lunch dulu restoran kawasan pekan Gili Trawangan ini. Kawasan pekan/pelabuhan Gili Trawangan ini agak sibuk dan happening. 

Settle snorkeling...mendarat di Gili Trawangan

Jom lunch perut dah lapar...

Makan simple-simple je

Setelah perut kenyang jom kita check in. Masalahnya Hotel Aston Sunset ini terletak di balik pulau dan jarak lebih kurang 5KM dari pekan, dan tiada kenderaan berenjin di Gili ini. Yang ada cuma, basikal, skuter elektrik dan kereta kuda (cidomo). So kami ambil 2 cidomo untuk bawa beg dan ibu/bapak(harga INR150,000 one way per cidomo). Yang muda belia naik basikal (sewa 5 biji dengan harga INR 50,000 untuk 24 jam) dan sebuah skuter electric yang bole naik berdua dengan harga INR250,000 untuk 24 jam). Maka bergerak lah kami berkonvoi ke Hotel Aston Sunset. Yang berbasikal dan skuter follow cidomo yang merempit di celah-celah bangunan dan jalan yang sempit. Ada laluan pantai yang ok sikit tapi agak jauh.

Jom naik basikal ke hotel

Naik skuter elektrik laju sikit

Pokde mokde naik cidomo (kereta kuda)

Atok pun naik cidomo

Check in di hotel, mandi-mandi rehat solat dan berehat. Aktiviti petang adalah bebas. Petang nya plan nak main frisbee tapi malangnya, pemain frisbee yang paling handal kakinya terpelecuk/terseliuh waktu di kawasan garden/pool hotel. Nampak teruk ankle sprain dan terus bengkak. Injured person (IP) tidak boleh berjalan dan dipapah ke bilik. Minta ais dengan pihak hotel dan rendamkan kakinya dengan harapan bengkak menyusut. So pertandingan Frisbee dibatalkan. Yang lain teruskan aktiviti jalan-jalan di pantai tengok sunset dan pusing pulau dengan basikal dan skuter electric. Memang happening area ala-ala di Bali pun ada tapi memang ramai dengan mat salleh je. Tak jumpa pula Malaysian lain di sini.

Entrance hotel Aston

Pasukan berkuda sedang lalu

Ada free cinema

Ini cinema nya...free seating

Air surut tinggal seaweed je

Atok tengah healing layan sunset

Geng basikal pusing pulau

Untuk dinner, malas untuk keluar ke pekan so kita buffet dinner di hotel je. Rate buffet agak berpatutan iaitu INR150,000 per person dengan suasana yang menarik siap ada movie show lagi memang free untuk hotel guest. Yang injured tak dapatlah join buffet dinner di tepi pantai so tapau kan jelah ala carte ke bilik. 

Kita buffet dinner malam ni

Tengok apa makanan yang ada

Dinner by the beach

Antara menu yang ada

Tengah tengok movie apa tu?

Selesai makan, melawat adik yang injured di bilik. Kakinya masih bengkak dan tidak boleh memijak. Risau juga kalau patah atau makin bengkak sebab esoknya plan untuk pulang ke Malaysia. So call hotel, hotel inform ada 1 je 24hours clinic dan boleh call in visit. So kami minta panggilkan doktor. Tak lama selepas itu, nurse (lelaki) pun tiba. Dia kata doktor ada emergency case so nurse datang tengokkan dulu. Lepas diperiksa dia kata maybe tidak patah sebab masih boleh bergerak so dia buat rawatan yang perlu dan bagi ubat. Dia inform doktor keadaan terkawal dan tidak perlu datang. Charge yang dikenakan INR400. Oklah dari tak boleh tidur semalaman sebab sakit.

Kaki yang injured

Nurse sedang merawat

Malam itu semua tidur awal kepenatan snorkeling dan kekenyangan Alhamdullilah kecuali seorang yang sakit kaki tu. Good night Gili...last night untuk Lombok trip.

Day 4 : Gili Trawangan-KLIA2
Good morning, macam biasa kita breakfast dulu. Breakfast yang best dengan suasana yang best. Pagi itu kami dapatkan tongkat untuk adik yang injured untuk pergi breakfast. Tapi tak dapatlah nak breakfast di pantai sebab kawasan bertangga.

Yang sakit kaki breakfast di lobi

Yang lain breakfast di pantai
Antara menu breakfast

Tengah bincang nak ke mana pula lepas ni sambil breakfast

Lepas breakfast balik bilik kemas-kemas dan kami check out dalam jam 9.30 pagi. Ambil 2 cidomo dan kali ini minta dia lalu jalan pantai dapat tengok view cantik dan jalan yang ok tidak berlubang-lubang. Tapi rate mahal sikitlah INR 175,000. Oklah bayar lebih sikit tapi berbaloi.

Bilik hotel kami

Kawasan sekitar hotel

Ada swimming pool juga

Tempat kejadian jatuh - memang tak selamat

Jom naik cidomo

Speedboat untuk pulang ke tanah besar Lombok dah ready, jom kita gerak. Perjalanan tak lama dalam 15 minit dah sampai di jeti. Tiba di jeti van pun dah sedia menunggu. Next kita gerak shopping di Exotic Lombok. Kedai nampak exclusive tapi barang tak mahal dan berkualiti. Bolehlah kalau nak bershopping di sini.

Kena tarik bot tak bagi hanyut ke tengah

Shopping di sini

T-shirt nya berkualiti dan tidak mahal sangat

Macam-macam barang lagi ada

Next kita shopping ole-ole makanan pula. Boleh lah beli untuk makan-makan sikit.

Shopping ole-ole di sini

Kopi Lombok

Jajan Lombok

Lepas shopping kita lunch pula. Last meal ini rasa nak makan ayam taliwang dan ikan bakar. 
Lunch di sini..tour guide tolong papah ke kedai makan

Menu last di Lombok...sedap ikan bakar

Kalau ikut plan nak singgah masjid negeri untuk solat jamak sebelum ke airport tapi sebab masa spend lama untuk shopping tak sempat lah nak ke masjid. Oo ya Lombok di terkenal dengan pulau seribu masjid sebab jumlah masjid nya yang sangat banyak sehingga untuk solat Jumaat pun ikut giliran. Tiada rezeki untuk ke masjid negeri so kita terus ke airport. Alhamdullilah selamat tiba di airport, proses check in berjalan lancar dan tenang walaupun ada yang bertongkat.

Ok dah tiba di Lombok Airport

Bergambar kenangan dengan supir Pak Bram

Bye Lombok

Sempat nampak matahari terbenam di sebalik awan

Flight berjalan lancar dan on time. Jam 8.30 malam kami selamat tiba di KLIA2 dan tamatlah percutian singkat keluarga ke Lombok.