Sunday, 14 July 2024

Percutian bersama kawan-kawan ke Yunnan China (22 - 28 Jun 2024)

Salam semua, kali ini nak berkongsi pengalaman percutian ke salah satu province yang ada di China iaitu Kunming, Lijiang, dan Dali bersama geng-geng sekolah (kami bertiga je) selama 7 hari 6 malam. Dah lama sebenarnya plan nak bercuti bersama. Lepas berdiskusi kami sepakat memilih untuk ke Yunnan China. Kenapa ya nak ke China? Antara sebabnya ialah buat masa ini free visa ke China (kalau tak kena bayar dalam RM100 untuk dapat kan visa). Lagipun China banyak tempat yang menarik (selalu lalu lalang di FYP Tik Tok maka terhasutlah kami untuk ke China.

Belanja teaser sikit view Blue Moon Valley, Lijiang

Kita belajar geography dulu di mana Kunming, Lijiang dan Dali

Persediaan dilakukan lebih kurang 3 bulan sebelum. Mula-mula kita survey flight dulu. Biasanya untuk explore Yunnan, orang akan naik flight ke Kunming. Kunming ini tak jauh sangat dari Malaysia lebih kurang 4 jam penerbangan, kira atas sikit je dari Hanoi Vietnam. Lepas set reminder di Skyscanner dan Trip.com, maka kami pilih flight Air Asia dengan harga RM 1237 per pax termasuk luggage 20kg. Ini kira harga termurah pada tarikh yang kami available. Kalau beli tiket awal boleh dapat harga bawah seribu. Ada flight lain juga yang direct ke Kunming seperti Batik Air. So sila lah cari yang terbaik.

Jom fly ke Kunming

Next, kita buat itinerary pula. Ada banyak rujukan itinerary di Tik Tok tapi kebanyakan tidak details. Group Travel Method by Azlan Andi juga banyak membantu. Trip kali ini selama 7 hari 6 malam, so kami decide untuk 2 malam di Kunming, 3 malam di Lijiang dan 1 malam di Dali. Itinerary trip seperti di bawah.


Itinerary dah ada jom cari hotel pula. Untuk hotel biasanya saya akan bandingkan antara Agoda dan Trip.com tapi kali ini saya book melalui Trip.com since flight pun dibeli di Trip.com. Detail hotel seperti di bawah.


Untuk trip kali ini, kami perlu naik train between Kunming, Lijiang dan Dali. Jarak jauh-jauh juga tapi naik speed train jadi cepatlah. Train ticket pun kami book di Trip.com.


Untuk memudahkan urusan di China nanti, sila download beberapa apps yang penting seperti We Chat (macam whats app, Ali Pay (macam Touch n Go), Didi (macam Grab), Baidu (macam Google map) dan Google Translate. Apps ini sangat membantu terutama We Chat sebab di China mereka tak guna whats app so kenalah kita guna We Chat untuk berkomunikasi dengan mereka.

Antara apps yang penting untuk travel ke China

Untuk internet pula kami beli simcard di Hello1010 dengan harga RM52 untuk 7GB 8 days. Tak perlu nak install VPN kalau beli simcard ini. Nak roaming guna telco Malaysia pun boleh je.

Sim card beli di Hello1010

Nak ke China jangan lupa tukar duit sikit walaupun mereka lebih suka guna cashless, takut tiba-tiba Touch n Go atau Alipay kita tak boleh guna pula. Kadar tukaran Yuan semasa kami tukar ialah 100 yuan = RM 80.

Duit Yuan

Barang-barang keperluan lain macam biasa jangan lupa dibawa seperti universal adaptor, ubat-ubatan dan lain-lain. Waktu kami pergi adalah musim spring di China dan daerah Yunnan masih sejuk dan kami juga akan ke mountain area so jangan lupa jaket atau baju sejuk.

Sedikit bekalan makanan segera yang dibawa
Plug socket di China

Travel insurance jangan lupa. Kalau frequent traveler boleh ambil yearly insurance atau nak ambik yang short term pun boleh. Kami ambil travel insurance Etiqa 360.

Ok kalau semua dah ready jom kita explore Kunming, Lijiang dan Dali. Blog agak panjang maklumlah trip 7 hari 6 malam. Let's go....

Day 1 : KLIA2 - Kunming

Hari yang ditunggu pun tiba, flight jam 1.05 p.m, kami gerak dari Melaka jam 8.30 pagi. Flight ke Kunming selama hampir 4 jam. Tiba di Kunming Airport lebih kurang jam 5 petang, Alhamdullilah semuanya berjalan lancar, Immigration pun tiada tanya apa-apa. Biasanya kena standby tiket flight balik sebab free visa valid untuk 15 hari sahaja. 

Alas perut dalam flight

Dah nak sampai Kunming

Lepas turun flight nampak kiosk ini, try tapi tak function terus je ke kaunter Immi

Settle urusan Immigration dan luggage, kami telah ditunggu oleh driver yang telah dibook melalui Trip.com. Sebenarnya boleh je kalau nak naik taxi, Didi, bas atau metro ke Kunming City tapi malas nak fikir so book je airport transfer melalui Trip.com dengan jumlah tambang RM 102.81. Waktu di Kunming sama dengan masa di Malaysia so tak perlu nak adjust time atau kena jetlag ya. Memandangkan time kami berlepas belum lagi masuk waktu zohor dan bimbang takut tiba lambat di hotel, so kami solat jamak zohor asar di dalam flight.

Suasana Airport Kunming...cantik

Transport ke hotel...EV car brand Hongqi

Nasib baik muat luggage

Perjalanan dari Kunming Airport ke Kunming City lebih kurang 45 minit. Kami stay 1 malam je di Kunming iaitu Hotel Orange Kunming Railway Station sebelum ke Lijiang pada esok hari. Memang cari hotel yang dekat dengan train station. Hotel macam biasa booking di Trip.com dengan harga RM 310 per night untuk bilik bertiga. Hotel best sedap bau orange sempena namanya.

Yeah dah sampai hotel

Jom check in

Check in sedang berlangsung

Ini bilik kami untuk 1 malam...theme mermaid pulak

Settle check in dan selepas berehat sekejap, kami pun mula explore Kunming city. Mula-mula, kita cari laluan ke Kunming Train Station dulu sebab esok pagi-pagi after subuh akan tarik bag ke train station. Jarak dari hotel ke train station tidak berapa jauh tak sampai 10 minit pun.

On the way ke train station...banyak betul e-bike untuk disewa

Dah tak jauh depan tu je Kunming Train Station

Nanti masuk ikut entrance ini

Ada pondok kawalan polis depan train station

View depan train station

Next, kita cari makan pula. Random je jalan sekitar train station kalau ada halal restoran. Tapi agak jauh juga kami berjalan, akhirnya jumpa satu kedai halal. Sebab malas nak jalan lagi, so kami makan sahaja di situ. Rasa makanan biasa-biasa, maybe belum kena dengan taste kita sebab makanan mereka sangat kuat rempah.

Jom jalan cari makan di Kunming

Cantik juga Kunming di waktu malam

Jumpa kedai makan halal

Jom makan

Ini barulah mee tarik

Close up dumpling soup...banyak betul dumpling dalam mangkuk tu

Dinner kami yang bernilai 63 yuan

Lepas dinner, kami shopping buah-buahan sedikit di kedai buah depan restoran halal tadi. Macam-macam buah ada dan yang kami beli semuanya sedap dan manis-manis belaka.

Kedai buah depan restoran halal tadi

Peach ni sedap manis...teringat-ingat sampai sekarang

Tomato ini pun manis sangat

Sessi memborong buah sorang 2-3 biji

Dah jom balik ke hotel...dekat je rupanya dalam 700m

Singgah gym nak bakar lemak sikit

Hotel ada free laundry yang best...sempat laundry baju 1 round

Ok good night Kunming, esok jom kita ke Lijiang…


Day 2 : Kunming - Lijiang

Pagi lepas subuh lebih kurang jam 6 pagi, kami check out dan mula tarik bag ke Kunming Train Station. Pagi yang nyaman dan sunyi lagi tapi tak berapa gelap sebab syuruk lebih kurang jam 6.20 pagi.

Pagi-pagi dah tarik beg ke train station

Tak sampai 10 minit dah tiba depan station

Nak masuk ke train station kena scan bag dulu

Sila pergi ke manual ID verification sebab kita foreigner...just tunjuk passport je

Tiba di train station, kami terus bertanya ke kaunter pertanyaan di mana platform check-in ke Lijiang. Setelah berkomunikasi bahasa ayam itik, kami jumpa waiting hall untuk train ke Lijiang. Mudah sahaja sebenarnya yang penting tahu train number, masa dan destinasi semuanya ada dipaparkan di skrin besar. Boleh guna google translate photo untuk translate tulisan China sebab mostly signage tiada yang bahasa lain selain bahasa mereka. 

Sila baca signboard untuk ke check in platform

Ok pening jap....bertenang dulu

Besar juga train station Kunming

Ok dah jumpa gate....boleh berehat

Kami tiba agak awal dan train station pun agak lengang. Train kami ke Lijiang pada jam 7.13 pagi iaitu antara train yang terawal pagi itu. Kami beli train ticket melalui Trip.com dengan harga RM 152.31 per pax untuk 2nd class seat. Train yang dibooking adalah ticketless ya. Tak perlu print e-ticket, just tunjukkan passport sahaja. Tapi kita kena standby booking details untuk tahu carriage dan seat number. Waktu booking ticket kena check nak naik dari Kunming Station yang mana sebab Kunming ada 2 train station iaitu Kunming Train Station dan Kunming South Train Station. So kena check betul-betul sebab jarak antara ke dua train station agak jauh.

Masuk ikut gate manual....tak perlu beratur dengan local people

Yeah train dah sampai....panjang ada 18 coach

Bagus semua beratur

Perjalanan ke Lijiang dari Kunming lebih kurang 3 jam 20 minit. Train ada lah high speed train dan sangat punctual. Seat dan facility pun selesa walaupun 2nd class seat.

Ini seat 1st class...seat arrangement 2-2

Ini seat kami 2nd class...seat arrangement 2-3

Ok dah jumpa seat kami...penuh juga train ni...

Toilet pun ok

Panaskan kembara food...tumpang sinki sebelah 1st class seat

Ok jom breakfast...train dah gerak

Breakfast nasi lemak & buah peach yang sedap

Nak beli buah pun ada jual....yang tepi tu tempat ambil air panas

Laju ke tak laju ni?

Belanja sikit view-view sepanjang perjalanan.....penuh kehijauan...pastu kami pun tertidur...hehe





Kami tiba di Lijiang Train Station pada jam 10.33 pagi. Keluar je dari Lijiang Train Station, kami telah ditunggu oleh driver yang telah diuruskan oleh pihak hotel. Pick up from train station adalah complimentary as part of hotel booking. 

Panjang tak panjang train?

Kepala keretapi

Wefie dulu dah sampai Lijiang Train Station

Lijiang Train Sation

Driver dah tunggu....naik EV lagi

Di Lijiang kami stay 3 malam di Lijiang Yunsun Shixi Homestay yang dibooking melalui Trip.com dengan rate RM 695.07 untuk 3 malam bilik duplex yang selesa untuk 3 orang. Homestay ini terletak di tengah-tengah kawasan Lijiang Ancient City dan sangat happening.

On the way ke Lijiang Old Town

Kereta boleh sampai sini sahaja

Angkut bag naik basikal lebih kurang 1 KM ke hotel

Dah nak sampai hotel basikal tak boleh lalu...kena tolong angkut bag

Ha pancit 1 bag 2 orang angkat....tukang angkat tu boleh angkat 2 beg sekaligus

Ini hotel kami untuk 3 malam

Terletak di kawasan berbukit

Dihidangkan green tea waktu check in

Tembikai sejuk dan flower cake

Bilik kami 1st floor, hotel owner tolong angkatkan bag

Bilik besar dan selesa duplex

Bahagian atas

View dari bilik

Lepas check in, rehat sekejap di bilik, kami pun start explore Lijiang Old Town ini. Mula-mula mestilah cari lunch. Kami guna Apple Map (more reliable sebab Baidu Map tak faham dalam bahasa cina) untuk ke Old Town South Gate sebab ada banyak kedai halal sekitar South Gate. Kami random je jalan lebih kurang 1 KM ke South Gate dan terjumpa kedai halal yang agak ok dan makan di situ. Masakannya agak sedap juga dan recommended.

Jom wefie wajib dulu

Sekitar old town di waktu petang

Jangan risau abam polis ada

Kedai-kedai yang ada

Jom jalan

Petang masih tak ramai orang

Mana orang ni?

Payung-payung trademark sini boleh OOTD

South Gate

Ok jumpa restoran halal

Lunch 162 yuan

Kita guna tangan je

Udang dan sayur 4 season tu memang sedap tak tipu

Dengan owner kedai baik orangnya

Lepas makan, kami minta pekerja restoran untuk panggilkan teksi untuk kami ke Black Dragon Pool. Tambang teksi ke sana 13 yuan, jarak tak jauh sangat tapi kami tak larat nak berjalan sebab kekenyangan. Tiba di Black Dragon Pool, tiket masuk kena beli guna we chat tapi we chat kami tak link pula untuk payment. Staff yang jaga tolong belikan tiket untuk kami dengan harga 50 yuan per person dan kami bayar guna cash kepada dia.

Jom naik taxi....lady driver yang peramah tapi cakap bahasa dia lah

Ini gate Black Dragon Pool

Staff tolong belikan entrance ticket guna we chat dia

Kami tiba di Black Dragon Pool agak lewat dan entry ke Pagoda untuk lihat top view ancient town dah tutup pula. Tiket Black Dragon Pool agak mahal tapi boleh guna untuk multiple entry sebulan. Agak rugi bagi kami sebab dapat pergi sekejap je. Kalau yang ada masa lebih boleh ke Black Dragon Pool ini tapi tak berapa menarik sangat dan agak mahal. So boleh skip tempat ini.

View Black Dragon Pool

Luas kawasan penat jalan

Ada black dragon ke dalam pond ni?

Macam ala-ala kat Jepun pun ada

Longkang ke parit ni....bersih je air

Dari Black Dragon Pool kami berjalan ke Masjid Lijiang. Masjid yang besar dan agak baru iaitu dibuka pada tahun 2023. Di masjid ini kami terjumpa 1 group pelancong Muslim dari Thailand yang ikut group tour. Sempat juga lah berborak dengan mereka.

Pintu gate masjid...kena panjat bukit untuk ke masjid ni

Besar masjid Lijiang ini

Kawasan kompleks masjid

Ruang solat

Geng-geng pelancong Thailand Muslim

Next, dari masjid kami kembali ke Lijiang Old Town melihat suasana di waktu petang sebelum kembali ke bilik untuk berehat.

Petang yang nyaman di Lijiang Old Town

Bunga-bunga pun banyak sebab musim spring

Batu landmark Old Town Lijiang Unesco

Sungai pun bersih dan jernih

Kincir Air antara landmark Old Town Lijiang

Ramai yang photoshoot dengan baju traditional

Tak tau batu tulis apa

Tak tau gantung apa..lucky charm kot

Penat jalan kena singgah Chagee

Lepak basahkan tekak....Chagee memang origin from Yunnan

Lepas solat maghrib, kami keluar semula explore Old Town di waktu malam sambil mencari kedai halal. Kali ini kami dinner di Lanzhou Beef Noodles yang juga terletak di South Gate yang lebih kurang 15 minit berjalan dari hotel kami. Makanan nya oklah bagi penggemar beef noodle mungkin boleh kena dengan selera.

Jom keluar gi dinner

Malam kawasan centre penuh orang

Memang happening....siang tadi kosong je

Bahagian 1st floor ada live band...banyak kedai macam di Old Town Square

Kedai tu pun ada live band 1st floor....meriah kawasan ini

Jom jalan lagi beramai-ramai

Bukan makan kedai ini.....berasap-asap longkang

Ok dah start lapang jalan arah ke South Gate

Dinner kedai ini lah 

Mee tarik beef noodle

Mee goreng cina

Beef with fungus....yang ni sedap

Beef roti macam yang viral di Bukit Bintang tu...ok sedap juga

Chef tengah tarik mee

Lepas makan hujan pula, kami tunggu hujan agak reda dan meredah gerimis untuk balik ke bilik. Hotel owner pun risau siap we chat lagi tanya kami di mana takut kami sangkut di mana-mana time hujan. 

Merenung hujan selepas makan....macam mana nak balik ni

Reda lah wahai hujan...kami nak balik ke hotel 1KM ni...

Ok hujan dah stop jom balik.....nice view waktu malam

Ikut laluan tepi sungai

Comel si husky 2 ekor ni

Fikir apa lah...berat mata memandang...

Sambung photo shoot

Ada lagi

dan lagi.....selagi mampu...dah bayar mahal kan

Meriah laluan ke hotel....Bar's street...

Sempat pula singgah kedai bertanya khabar

Ok dah sampai hotel jom tidur...

Good night Lijiang Old Town…


Day 3 : Yulong Jade Snow Mountain Trip

Aktiviti hari ini sepatutnya kami ke peak / Glacier Yulong Jade Snow Mountain tapi last minit pihak hotel maklumkan cable car ke peak ditutup pula untuk maintenance selama 3 hari. Tiada rezeki kami nampaknya untuk ke peak Jade Snow Mountain yang lebih tinggi dari Gunung Kinabalu. Tapi Alhamdullilah cable car Yunshanping masih buka (cable car yang paling rendah), dapatlah kami ke Meadow Spruce iaitu kawasan pertengahan Yulong Mountain. Pakej daytrip pihak hotel yang uruskan dengan harga 610 yuan per person untuk private trip.

Jom pagi-pagi kita ke Yulong Snow Mountain

Kita naik kereta ini, private trip untuk 3 orang...baju pink tu hotel owner

Ok jom gerak...kali ini bukan kereta EV....petrol car je

Driver stop sini sekejap ambil barang

Driver masuk kedai ini ambil winter cloth dan oxygen canister

Inilah rupa bentuk tong oksigen untuk dibawa ke gunung nanti

Bekalan jajan pihak hotel bagi.....kami bagi pada driver je sebab tak yakin status halal

Pagi kami bertolak dari hotel pada jam 8.30 pagi. Jarak dari hotel ke Yulong Snow Mountain lebih kurang 45 minit. Malangnya cuaca pagi itu tidak berapa baik, agak hujan walaupun tidak berapa lebat. Pakej Yulong Mountain ini termasuk pakej cable ke di Yunshanping, Blue Moon Valley dan Impression Show. So layan photo-photo kami di sini walaupun hujan dan tak dapat tengok view snow mountain.

Pintu gerbang ke Yulong Snow Mountain

Dari parking jom jalan ke Jade Mountain Tourist Centre...mula-mula pakai juga winter cloth yang oren tu tapi rasa bulky sangat....

Kena naik bas dulu dalam 20 minit untuk ke cable car

Sila beratur...agak panjang tapi pantas

Ok sampai turn cable car akhirnya...

Adalah gambar sekeping dalam cable car....tak nampak apa pun kat luar

Sampai atas still hujan

Naik buggy pula ke Meadow Spruce area

Jalan kecil di celah-celah pokok rhu

Expectation bila sampai....(photo google)

Reality view sebab hujan huhuhu.....

Nampak lah juga kambing

Walaupun hujan dan berkabus tetap ramai orang

Layan lah view yang ada syukur....

Ada juga yang ber costume...

View pokok rhu

Wefie sikit walaupun hujan...

Demo menggunankan tong oksigen jika sesak nafas atau ada simptom acute mountain sickness (AMS)

Gambar sekeping

Lunch time....masak nasi kembara dalam pondok buruk ini...

Asal boleh makan di sini ada tempat berteduh

Dah jom turun ke cable car....naik buggy semula

Banyak pula jumpa kambing gunung ni

Ok beratur lagi nak turun guna cable car


Lepas turun dari cable car, kita naik electric buggy pula ke Blue Moon Valley. Layan photo je ya tapi viewnya memang cantik-cantik.

Ok dah nampak air biru tu....

Bukti hadir

Cik Yak model Lijiang

Cik Yak satu lagi tengah makan....lapau...

Air terjun

Healing jap

Hijau macam tasik kenyir

Air terjun bertingkat-tingkat

Yang ni lagi bertingkat-tingkat

View tepi pula

Air terjun lagi

Teropong apa tu kak? Tong oksigen tu

Bergambar dengan props masing-masing

Gambar terpaksa ambil....boleh lah untuk memori

Dah jom balik naik bas kita pergi tengok show

Ok kita pergi tengok show pula tajuknya Impression Show. Walaupun story line nya tak berapa faham tapi kita layan je. Show start jam 2.50 petang dekat sejam juga lah layan show nya.

Show kat dalam ni

Rehat dulu tunggu show

Besar macam stadium...open air stage

Ok dah start

Ramai pelakon dan penonton

Berbaju etnik tradisional

Asap ke kabus ni?

Dah habis jom balik

Lepas tamat Impression Show, kami terus gerak balik ke Lijiang lebih kurang pada jam 3.50 petang. Tiba di Lijiang, kami minta driver drop kan kami di restoran halal yang kami lunch semalam.

Makan kedai semalam sebab best

Menu kami - daging yak, ikan, mushroom & telur tomato...licin kecuali yak je sebab masin

Flower cake halal specialty Yunnan

Banyak kami borong dia akan letak dalam kotak ni....sekotak 8 pieces 32 yuan

Ramen halal pun ada jual kat sini

Sebelum balik wajib singgah kat Chagee tepi pintu gerbang ni (tangan dah penuh kotak kek tu)

Ini hasilnya minum kat bilik je.....flavour yang ni takde jual di Malaysia..sedap

Lepas makan, kami balik ke bilik untuk berehat dan masing-masing pun dah kepenatan. Selesai aktiviti hari ke-2 di Lijiang. 

Day 4 : Tiger Leaping Gorge Trip

Hari ini kita akan ke Tiger Leaping Gorge yang terletak di Shangri-La. Jarak agak jauh hampir 2 jam perjalanan menaiki kereta. Kali ini owner hotel yang drive sendiri untuk kami ke sana. Harga trip ini ialah 380 yuan per person termasuk tiket dan transport private trip.

Kita alas perut dulu hasil tapau semalam (konon-konon nak buat dinner tapi tak makan)

Good weather today

Lorong yang belum pernah lalu lagi

Tangga pelangi boleh OOTD

Nak lalu kena tunduk kepala...hehe tipu je

Ok kereta dah ready jom...

Lepas exit highway dah arah ke Tiger Leaping Gorge

Driver stop beli tiket dulu

Lalu celah-celah bukit

Lijiang - Shangri La suspension bridge

Macam-macam design bridge ada

Nice view....excited dah nak sampai

Dah sampai jom parking....jangan tak ingat kereta yang mana

Ada apa di Tiger Leaping Gorge? Kita google je 'Tiger Leaping Gorge is a scenic canyon on the Jinsha River, a primary tributary of the upper Yangtze RiverLegend says the name comes from a hunted tiger escaping by jumping across the river at the narrowest point (25 metres wide), using the rock in the middle'. Jom layan gambar di sana. Penat juga kami turun naik tangga lebih kurang 800 steps tangga one way. Sebenarnya kalau tak larat guna tangga boleh je guna escalator dengan bayaran 70 yuan turun dan naik.

Ada tulis sejarah Tiger Leaping Gorge boleh baca

Ini entrance untuk escalator untuk yang tak larat jalan

Sungai jauh nun di bawah sana

Belanja view lagi

Bukti hadir sebelum turun

Jom turun sila kira steps

Dah nampak sungai

Turun lagi

Jauh lagi tu...orang nampak kecik je

Sudah hampir nampaknya

Bergambar bukti hadir berjaya turun

Inilah tiger yang melompat tu

Kuat arus

Kalau jatuh handphone memang selamat

Besar sungai ni

Belanja ombak sungai

Full view

Jumpa juga signboard Yunnan

Entrance escalator dari bawah

Ini rupa escalatornya...tinggi

Kita naik tangga je

Isi minyak dulu...lapo perut

Naik tangga sikit lagi...jom balik

Lepas membakar kalori di Tiger Leaping Gorge, kami gerak balik ke Lijiang. Laluan balik driver lalu jalan lama berbanding lalu highway sewaktu pergi. Jalan lama lebih cantik tapi agak bahaya sebab banyak selekoh dan lori.

Gambar kenangan terpaksa beli

Lalu gunung balik

Macam Cameron Highland

Nampak bridge tadi

Stop jap ambik gambar

View bukit ni pun cantik

Sekumpulan Goat Leaping Gorge

Jom balik Lijiang

Dalam perjalanan sebelum tiba di Lijiang, driver lalu di kawasan penempatan muslim dan kami lunch di sana dan makanan pun sangat menyelerakan.

Yeah jumpa kedai halal

Kedai bersih dan besar

Sesi order makanan....tunjuk gambar je

Sesi borak bahasa ayam itik

Ada jual daging yak kering

Rumah owner di bahagian belakang restoran

Alhamdullilah semuanya sedap

Owner kedai pun makan sekali lepas masakkan untuk kami

Dapat lauk tambahan dari meja sebelah sebab kami sibuk tengok diorang makan apa

Lauk tambahan lagi....jeruk salad sedap

Dah kenyang kita ambil family photo...

Tiba di Lijiang Old Town, kami minta driver berhentikan kami di fruit market / night market. Banyak buah-buahan dijual di sana dan kami beli juga sikit untuk rasa-rasa.

Market di Old Town Lijiang

Pasar buah

Selorong semua buah

Buah apakah itu warna kuning?

Bestnya anggur dan buah fig

Ceri

Beri ya bukan pulasan

Pasar sayur pun ada


Lotus

Udang rasanya

Sesi tawar menawar beli buah

Jom balik tangan dah penuh plastik buah

Temple di Old Town

Lalu depan kedai calligraphy...ramah pakcik ni ajak singgah

Tumpang bergambar

Lorong nak ke hotel

Petang selepas berehat, kami keluar jalan-jalan dan beli souvenir sedikit sebab malam ini malam terakhir di Lijiang, esok kami akan ke Dali pula. Malam itu kami makan buah-buah je sebab masih kekenyangan makan besar lunch tadi.

Kedai-kedai depan hotel

Beli apa tu?

Petang-petang ada acara kebudayaan

Percubaan beli Luckin Coffee...tapi tak berjaya sebab kena order dan bayar guna we chat

So Chagee lah apa lagi

Ini dinner kami....macam hantaran pun ada


Day 5 : Lijiang - Dali

Pagi kami check out agak awal iaitu jam 6 pagi. Transport ke Lijiang Train Station kami minta hotel arrangekan dengan bayaran 60 yuan termasuk mengangkat beg dari hotel ke kereta. Hotel terletak agak jauh ke dalam old town dan agak berbukit so memang tak larat lah nak angkut beg.

Jom check out....bye-bye hotel 3 malam

Ready to go....bag naik basikal

Last jalan dalam Lijiang Old Town

Driver dah sampai untuk hantar ke train station

Ada juga motor lebih muatan bawa barang.....

Selepas lebih kurang 30 minit, kami tiba di Lijiang Train Station. Kami tiba agak awal dan pintu train station belum buka pun lagi, so kami tunggu di depan pintu. Tiket train ke Dali dari Lijiang kami beli di Trip.com dengan harga RM56.89 per person untuk 2nd class seat. Train dari Lijiang ke Dali lebih kurang 1 jam 39 minit, so kami ready kan food kembara sebelum masuk ke dalam train supaya mudah kami terus makan dalam train nanti.

Sampai sudah Lijiang Train Station

Pintu tak buka lagi kena beratur dulu

Kena scan bag macam di airport sebelum masuk ke station

Sila baca information board untuk pastikan train platform mana

Kita masak kembara dulu waktu tunggu train sampai

Ada massage chair

Massage chair yang murah sikit

Kita foreigner ikut gate 1 manual check in...just tunjuk passport je

Check dulu train number dan carriage number yang betul sebelum masuk

Cari seat number pula...nanti salah duduk

Train belum gerak kita dah keluarkan breakfast.....pastu boleh tidur

Belanja view sikit Lijiang - Dali

Best rumah tepi tasik

Jambatan tinggi dan panjang

Tasik Erhai....dah nak sampai Dali

Dah jom keluar train kita ke Dali

Bukti sampai di Dali.....beg yang banyak berjalan...buruk dah

Ini kepala keretapi

Tiba di Dali station, kami ambil teksi untuk ke hotel. Jarak hotel dari train station agak jauh lebih kurang 40 minit dan tambang teksi adalah 45 yuan.

Dari train station kena cross jalan guna jejantas untuk ke taxi stand

Kita naik taxi kuning hijau ni....lady driver

Antara building yang ada di Dali city....hotel agaknya

Perumahan agak padat juga

Taxi stop sini je depan old market...tak boleh masuk ke lorong hotel

Di Dali kami stay 1 malam di Dali Jinze Xiaoyuan Inn. Hotel ini kami book di Trip.com dengan harga RM 261.51. Ada dua bilik dan ruang tamu yang selesa. Alhamdullilah kami dapat check-in awal dan berehat seketika.

Check hotel betul ke tak ni...

Inilah hotel yang betul

Sesi check in macam biasa guna bahasa ayam itik

Ada port lepak

Owner hotel tolong angkat beg ke bilik.....

Bilik single

Bilik double

Living room dan toilet

Yeah dapat complimentary buah dan teh

Next, kami keluar untuk cari lunch. Di Dali, populasi muslim agak ramai juga dan ada kawasan yang banyak muslim food iaitu Yitou Muslim Street. Kami berjalan kaki ke sana lebih kurang 1 KM dari hotel.

Kedai halal di kawasan hotel

Ada lagi tapi kita jalan sampai ke Muslim Street

Jumpa gate ni kita bergambar dulu..tak tau gate apa

Yeah dah sampai Muslim Street Dali

Banyak kedai halal....yang logo bulat hijau tu logo halal china

Ini pun kedai halal besar....

Cake Bakery halal

Ada gantung-gantung daging...kita jalan lagi

Rambang mata kiri kanan kedai halal

Tiba di sana, ada banyak pilihan restoran halal sehingga kami rambang mata dan akhirnya pilih untuk makan hotpot.

Restoran pilihan hati

Sebab dalam macam cantik

Mestilah ambil gambar dengan makanan

Set hot pot 188 yuan....murah ke mahal...

Wild mushroom pelbagai jenis

Dapat air special Dali...rasa macam air asam jawa

Adik ni tolong masakkan

Inilah hasilnya

Tak boleh makan lagi...kena tunggu timer tu kosong....13 minit lagi

Boleh buat sos sendiri....dessert pun ada

Lepas makan hotpot, kita cari dessert pula. Ada kedai aiskrim halal dan kami beli buat rasa-rasa. Lama jugalah nak membeli dan memilih aiskrim sebab masalah bahasa. Siap keluar bahasa arab lagi.

Dah nampak kedai aiskrim seberang jalan

Ni jalan nya terus boleh sampai tasik

Kalau sesat sebut je nama jalan ni

Banyak pilihan perisa

Sesi soal siasat jenis-jenis perisa aiskrim

Akhirnya inilah hasilnya...patut 1 set 15 yuan 3 scoop....kami tak faham jadi minta 2 scoop so jadi 12 yuan per cup

Dapat free buah plum manis sorang 3 biji

Owner aiskrim Mark namanya....pandai cakap arab sikit-sikit

Lepas habis makan aiskrim, kami minta tolong owner kedai aiskrim untuk panggil kan Didi ke Santorini area sebab Didi kami tidak berjaya sebab tidak tahu nama asal / nama Chinese kawasan Santorini. Kawasan Santorini ini sebenarnya kawasan hotel-hotel dan cafe yang di design macam Santorini di Greece. Tambang Didi ke Santorini ialah 89 yuan dan mengambil masa lebih kurang 45 minit.

Minta tolong Mark bookan Didi

Didi dah sampai...thanks Mark

Jom ke Santorini Dali...bukan Santorini Greece

Tiba di sana, orang agak ramai macam ada pesta so kami join the crowd. Kena memanjat juga lah nak sampai di atas. Nasib baiklah view boleh tahan cantik kalau tak rugi je. Setelah bergambar beberapa keping, kami ambil Didi untuk ke hotel dengan tambang 69 yuan.

Kena panjat lagi...ingatkan dah habis aktiviti memanjat

Baru half way ni....

Ok jom dah sampai atas

Belanja view dari atas

Tak tau la Santorini ke tak sebab belum pernah sampai lagi Greece

Hotel dan cafe

Panaroma view

Penat rehat dulu

Wefie sikit

Dah jom turun

View dari bawah

Didi dah sampai jom balik

Cantik Dali town ni


Padat

Lepas rehat dan solat, kami keluar ke Erhai Lake pula guna Didi dengan tambang 17 yuan. Kami ke Caicun Wharf dengan harapan nak naik e-bike/e-scooter di tepi tasik, tapi malangnya kami tak berjaya nak rent sebab tak boleh buat payment guna touch n go, kena guna we chat dan we chat kami tak link untuk payment. Ada juga local Chinese yang cuba assist tapi tak berjaya. Makcik yang jaga area itu cadangkan kami untuk naik basikal tapi malas pula nak kayuh, so kami jalan slow-slow tepi tasik sambil tengok sunset. Setelah puas berjalan tepi tasik (dah maghrib), kami naik tuk-tuk pula untuk ke Dali Old Town.

Cik Didi dah sampai jom jalan lagi

Basikal banyak untuk disewa

Kami nak sewa motor je....tak main lah basikal

Percubaan untuk sewa motor...terima kasih di atas bantuan walaupun gagal

Kita brisk walk je lah tambah steps

Ada busker show

Group lain pula

Tempat lepak tengah tasik

Di celah pokok di tengah tasik

Dah nak gelap

Dah jom balik ke darat

Kita naik tuk-tuk pula...15 minit ke Dali Old Town tambang 30 yuan

Lepas drop kami di Old Town, kesian tuk-tuk pakcik ni kena langgar dengan kereta time reverse...kemek sikit tapi dah settle dengan driver

Macam Lijiang, Dali pun ada Old Town. Old town Dali pun meriah juga di malam hari. Tiba di Dali Old Town kami terus cari jalan ke Old Town Dali Mosque (South Gate). Waktu itu, masjid dah tutup sebab dah lepas solat Isyak, tapi Alhamdullilah kami sempat jumpa imam di sana (nama imam Yahya) dan dia tolong bukakan pintu dan lampu masjid untuk kami lawati.

Gate ke Dali Old Town

Tebal juga gate dia....panjang terowong gate

Ramai orang

Meriah tanglung

Another gate...south gate rasanya

Wajib singgah Chagee

Typical old town style

Tutup pula masjid

Anak Imam Yahya tolong bukakan pintu dan lampu

Besar ruang solat

Alhamdullilah tersergam masjid ni di dalam Dali Old Town

Next, kami gerak balik ke hotel naik tuk tuk sebab dah tersalah jalan dan malas nak patah balik, dekat je naik tuk tuk dalam 15 yuan. Tiba di hotel (hotel terletak di luar South Gate Old Town), kami cari kedai makan halal yang berhampiran dan makan di Lanzhou Beef Noodle. Kali ini makan ringan-ringan je sebab dah lewat.

Dinner di sini

Dinner 73 yuan...agak mahal sedikit compare to Lijiang

Good night Dali walaupun semalam sahaja di sini. Esok kita ke Kunming pula.


Day 6 : Dali - Kunming

Pagi ini kami check out agak awal juga lebih kurang jam 6 pagi sebab train ke Kunming pada jam 7.35 pagi dan train station pun agak jauh dari hotel. Transport ke train station di arrange oleh pihak hotel. Driver kami pagi ini nama Zakaria seorang muslim etnik Hui. Banyak juga lah borak dengan dia bahasa ayam itik, guna we chat translate dan sedikit bahasa arab asas. Mostly chinese muslim boleh berbahasa Arab basic macam kita juga sebab mereka belajar bahasa arab di masjid/sekolah muslim. Tiba di train station, waktu kami hendak membayar tambang iaitu 100 yuan, tiba-tiba driver Zakaria menolak bayaran kami sebab dia gembira berjumpa dengan orang Islam dari negara lain. Alhamdullilah syukur tapi kami rasa bersalah juga sebab jarak agak jauh dan awal pagi.

Gelap lagi kami sudah keluar

Driver dah sampai jom ke train station

Inilah Zakaria driver yang baik hati bagi tambang free

Train macam biasa on time dan pantas. Train ke Kunming dari Dali mengambil masa 2 jam 22 minit. Tiket train beli di Trip.com dengan harga RM108.42 per person untuk 2nd class seat. Kami sebenarnya teringin juga nak cuba business class dan 1st class seat, tapi malangnya tak berjaya dapat tapi seat 2nd class pun ok selesa.

Macam biasa check dulu platform mana

Sebelum naik train masak pek kembara dulu....ada hot water station belakang tu tapi kembara guna air sejuk pun boleh

Ok get ready...macam biasa beratur gate manual

Ini train kita ke Kunming

Jom breakfast

Aktiviti hari ini kami akan ke Yellowstone Forest yang terletak lebih kurang 1 jam 30 minit dari Kunming City. Untuk pakej trip Yellowstone ini, kami minta pihak hotel di Kunming untuk arrange kan dengan harga 380 yuan per person untuk private trip. Driver sudah sedia menunggu waktu kami tiba di Kunming Train Station dan kami terus gerak ke Yellowstone Forest. 

Selamat tiba di Kunming Train Station

Kali ini takde escalator kena lah heret bag yang 20kg tu

Rezeki ada yang tolong...baik-baik juga mereka ni

Next kita follow driver ke kereta....rajin tolong tarikkan beg sekali

Ini kenderaan untuk ke Yellowstone 1 jam 30 minit

Jom gerak

Sikit lagi nak sampai ke destinasi

Ada apa di Yellowstone ni? Jom layan photos kami di sana. Yellowstone ini adalah salah satu tapak Unesco.

Ok dah sampai, driver pergi belikan tiket dulu

Kita pergi toilet dulu, cantik tapi biasalah takde bidet

Naik electric car untuk masuk ke dalam

Besar kawasan....larat ke nak round semua

Bukti hadir

Tinggi ke tak tinggi batu?

Ini baru intro....jom explore dalam lagi

Di bawah batu

Tersembunyi di celah batu

Orang kurus je boleh lalu ni

Batu tersangkut dari view bawah...terhakis sikit boleh jatuh

Top view hutan batu

Macam-macam jenis batu

Top view hutan batu

Gambar wajib

Gambar background batu dan padang rumput

Best kalau lepak picnic sini

Batu dari dalam tasik

Nampak ikan koi berenang-renang

Jadi setem pos ke Malaysia

Photoshoot produk

Lunch kami sedang berposing

Port lunch sebelum balik ke Kunming city

Selepas puas tengok batu di Yellowstone kami pun gerak ke hotel di Kunming untuk check-in. Kali ini kami stay di Yingque Hotel yang terletak di dalam Kunming Old Town, so kalau hotel dalam old town area kereta memang tak boleh access, pihak hotel tolong tarik beg berat kami ke hotel. Hotel Yingque ini kami booking di Trip.com dengan rate RM 489.45 termasuk complimentary drop off to airport.

Dah sampai Kunming Old Town...kena heret bag ke hotel...baik owner tolong tarikkan beg

Ok dah sampai Ying Que Hotel

Sesi check in

Depan bilik...kawasan dalam hotel

Bilik kami untuk last night di Kunming

Toilet pun ok

Lepas check-in dan settle kan kewajipan apa yang patut, kami pun keluar explore old town area dan sekitar Kunming City. Agak happening juga Kunming city dan banyak juga restoran halal sekitar Old Town. Kunming juga mempunyai populasi Muslim yang agak besar di daerah Yunnan.

Jalan-jalan jumpa mall area Old Town

Kita masuk jap tapi banyak jual baju je

Kita jalan lagi kat street ni

Banyak juga stall yang halal

Jual chicken feet pelbagai jenis

Kedai roti ni nampak menarik

Biasalah nak membeli kena guna google translate

Jalan lagi jumpa pintu gerbang ni

Wajib singgah Chagee dulu

Lepak minum teh dan roti tadi

Terdapat satu street iaitu Shuncheng street yang ada masjid dan kedai-kedai halal. Agak menarik street ini, kami memborong jajan dan roti-roti halal untuk dibawa pulang ke Malaysia. Kami singgah juga di masjid Shuncheng dan waktu itu jemaah sedang solat Isyak. Alhamdullilah.

Jom jalan lagi cari Shuncheng Muslim Street

Ok dah sampai tapi bukan yang ni....kena pergi street bahagian belakang

Street yang ini sebelah masjid Shuncheng

Antara kedai yang ada

Antara kedai yang ada

Macam kedai nasi campur macam-macam lauk ada

Ada muslim mart

Boleh borong jajan untuk dibawa balik

Boleh cuba jajan-jajan halal

Ada bakery halal

Beli roti sikit untuk breakfast esok

Bakery halal yang lain

Berkomunikasi bahasa ayam itik dengan nenek ni

Jom gi Shuncheng Masjid

Besar dah cantik kompleks masjid

Main prayer hall

Jemaah lelaki sedang solat Isyak

Ruang solat wanita... ada juga 3 saf

Next, kami pulang ke hotel dan makan di restoran halal yang berdekatan dengan hotel. Tak banyak pilihan makanan sebab dah lewat dan kami pun makan apa yang ada je. Sebenarnya masing-masing masih kenyang sebab dah makan macam-macam since petang tadi.

Suasana malam Kunming city

Gate tadi view malam pula

Meriah

Ramai yang bersiar-siar di waktu malam

Banyak juga kedai jual tanghulu ni.....memang origin China

Kita test sikit

Ok sedap tak manis sangat seperti rupanya

Stinky taufu halal yang menyusuk hidung haha

Kita dinner di sini

Makan ringan-ringan....sate tu sedap siap repeat order lagi

Dessert ini pun best beli di bakery tadi...buy 1 free 1

Malam, kami packing barang sebab esok dah nak pulang ke tanah air yang dirindui. 


Day 7 : Kunming - KLIA2

Hari ini adalah last day trip 7 hari 6 malam kami ke daerah Yunnan yang mempunyai populasi muslim yang agak besar di China ini. Pagi kami keluar ronda-ronda. Old Town masih sunyi dan kedai-kedai baru nak dibuka. Kami ke masjid Nancheng yang jarak lebih kurang 5 minit dari hotel. Masjid yang agak besar dan meriah ada restoran di bawahnya. Kebetulan last day kami hari Jumaat, waktu kami tiba di masjid itu, komuniti di situ senang bergotong royong membersihkan masjid dan menyediakan makanan untuk sedekah hari Jumaat. Rezeki kami pagi itu dapat juga merasa makanan yang diedarkan.

Ini entrance ke Masjid Nancheng

Masjid besar tapi agak tersorok sikit

Ruang solat yang luas

Komuniti tempatan sedang gotong royong bersihkan masjid

Ada yang mop lantai, ada yang pack makanan

Sesi wawancara guna google translate....

Bergambar dengan saudara seislam....ada iras juga

Next, kami ke Muslim Shuncheng Street yang kami pergi malam tadi untuk top up jajan dibawa pulang. Waktu pagi lagi meriah sebab banyak kedai yang dibuka dan terdapat juga booth yang dibuka sempena solat jumaat. Kami beli juga beberapa makanan buat rasa-rasa.

Pagi-pagi ada jual daging segar

Kedai yang dibuka waktu siang pun lebih banyak berbanding malam tadi

Beli sikit buat rasa-rasa

Roti fresh buat di kedai

Sesi temubual macam biasa guna google translate

Gambar kenangan lagi

Kita breakfast di sini

Banyak sangat pilihan tak tau nak pilih apa

Last-last pilih ini je..red bean dan ikan goreng tu sedap

Bubur pulut hitam dalam cup ini pun sedap

Banyak booth buka area masjid sempena hari Jumaat

Sesi memborong jajan lagi

Kedai wajib singgah

Jumpa kedai buah yang besar

Beli buah peach sikit bawa balik...donut peach kuning dan merah tu manis

Buah lain pun menarik tapi tak beli lah

Tomato ni pun geram je tengok mesti manis

Jumpa pula stall stinky taufu ni area hotel...kita try sikit

Ok sedap juga walaupun rasa dia unik

Lunch kami di restoran yang terletak di Masjid Nancheng yang berhampiran dengan hotel. Makan macam ala nasi campur di sana.

Ini dia kedai makan bawah masjid Nancheng

Cantik dan selesa dalam kedai

Antara pilihan lauk pauk

Ini pilihan kami

Kedai wajib singgah...ok last Chagee

Lepas lunch kami kembali ke hotel, solat jamak dan check out jam 2 petang. Transport ke airport complimentary dari pihak hotel dan kami dihantar ke airport pada jam 2.30 petang dan flight kami jam 5.55 petang.

Bergambar dengan hotel owner yang baik

Kawasan depan hotel

Sempat jalan last round sementara tunggu kereta sampai

Banyak bunga-bunga dijual

Tanghulu viral di Malaysia suatu ketika dulu

Souvenir pun ada jual

Lorong-lorong gerai macam flea market

Fresh flower lagi

Kereta dah sampai jom tarik bag...pekerja hotel tolong tarik 2 bag

Free transport ke airport....lawa kereta EV

Dah sampai airport jom balik Malaysia

Wrap beg dulu takut pecah sebab dah bertambah muatan

Meriah airport ni...macam pesta pun ada

Alhamdullilah, urusan check in dan Immigation berjalan lancar dan kami masuk awal ke boarding hall. Flight delay 30 min dan Alhamdullilah kami selamat sampai di Malaysia.

Bye bye Kunming

Dinner kami dalam flight

Sekian kisah percutian kami tiga sekawan ke daerah Yunnan (Kunming, Lijiang dan Dali) yang penuh dengan budaya dan nature yang cantik ciptaan Allah dengan kos yang lebih kurang RM4k per person. InshaAllah ada rezeki kita explore China lagi.

Semoga blog ini dapat membantu pada yang berminat untuk explore Yunnan dan boleh pm saya untuk dapatkan itinerary. Terima kasih sudi membaca sehingga noktah terakhir.