Sunday, 14 May 2023

Percutian Keluarga ke Dalat & Ho Chi Minh Vietnam (20 - 23 Jan 2023)

Salam semua, kali ini nak bercerita kisah percutian keluarga kami seramai 9 orang ke Vietnam sempena cuti Chinese New Year 2023. Rugi lah kalau cuti panjang tak berjalan. Nak jalan dalam Malaysia asyik jammed je. Orang kata biasanya tiada pakej ke Vietnam pada cuti raya cina sebab mereka akan bercuti panjang seminggu dan banyak kedai tutup. Setelah survey-survey, kami jumpa tour agent direct dari Vietnam iaitu Bismillah Tour yang boleh provide servis during cuti raya cina. Alhamdullilah harga ground pakej juga kami rasa berpatutan. Kali ini kami pilih pakej 4 hari 3 malam ke Dalat-Muine-Ho Chi Minh. Rate ground arrangement all in termasuk makan ialah RM719 per person. Kenapa pilih Dalat? Ada apa di Dalat? Dengar khabarnya Dalat ini sejuk dan cantik. Jom kita tengok lagipun kami dah pernah ke Ho Chi Minh dan Hanoi sebelum ini.

Teaser dulu....family photo at Dalat

Cari kat mana Dalat

Ground package dah dapat jom cari tiket flight. Memandangkan kami ingin ke Dalat so cari direct flight ke Dalat sebab kalau turun Ho Chi Minh ambil masa 6-8 jam naik bas. Hanya Air Asia je yang ada direct flight ke Dalat tapi malangya tiada pula direct flight balik dari Dalat ke KL. So terpaksa lah ambik flight balik dari Ho Chi Minh. Tapi oklah dapat singgah di Muine waktu on the way ke Ho Chi Minh dan shopping sekali di HCM nanti.

Flight ke Dalat tidak berapa mahal iaitu lebih kurang RM 250 sehala dan RM 300 flight balik dari HCM ke KL. Tapi malangnya seminggu sebelum pergi AA inform yang flight ke Dalat dibatalkan. Standard lah AA macam ini. So kena buat plan B samada beli tiket ke HCM atau cari airport yang sekitar dengan Dalat. Check map tengok airport Nha Trang dalam 3-4 jam dari Dalat dan nasib baik ada AA direct ke Nha Trang. Harga tiket dalam RM240 so ambil je lah yang tu sebab nak cancel pun ground package dah bayar.

Nak travel oversea insurance kena ada, so macam biasa ambil insurance etiqa takaful dengan ejen insuran terbaik Pn Noha. Duit Vietnam Dong pun jangan lupa tukar ya. Tukaran Dong masa kami pergi lebih kurang RM1000 = Dong 5.2 juta. Bawa universal travel adaptor sekali sebab plug point bentuk lain. Dah ready jom terbang…

Juta-juta Dong

Day 1 : Melaka - KLIA2 - Nha Trang - Dalat
Hari yang ditunggu pun tiba, flight ke Nha Trang jam 10.30 pagi so kami bertolak selepas subuh dari Melaka. Tiba di KLIA2 lebih kurang jam 8 pagi, time nak masuk Immigration, seorang family member pula sangkut. Puas tunggu tak lepas-lepas Immigration rupa-rupanya sangkut LHDN. Bukan tak bayar tax tapi rupanya LHDN update sistem baru habis yang dulu-dulu punya keluar dan ada tunggakan. Nasib baik datang awal, dapat settlekan dengan pihak LHDN dan Alhamdullillah 10 minit sebelum gate tutup dapat juga masuk. So, sebelum fly ke luar negara sila check link ini untuk memastikan tiada halangan untuk terbang. https://sspi.imi.gov.my/sspi/

Gambar wajib before trip

Flight ke Dalat lebih kurang 2 jam. Alhamdullilah perjalanan berjalan lancar dan kami tiba jam 11.35 pagi. Beza waktu Malaysia Vietnam ini, Malaysia lambat 1 jam. Urusan Immigration Vietnam pun lancar tiada soalan ditanya. Keluar je dari Arrival Hall, Karim tour guide Bismillah Travel dah sedia menunggu.

Alhamdullilah tiba di Nha Trang Airport

Kena naik bas ke terminal airport

Dalam bahasa Vietnam disebut Cam Ranh (Nha Thrang)

Peserta trip Dalat

Van kami untuk sepanjang trip ini

Banyak windmill sepanjang perjalanan


Seterusnya perjalanan diteruskan ke Dalat tapi kami akan berhenti makan dan solat di dalam perjalanan nanti. Banyak kedai tutup sempena cuti raya cina ini, so kami makan di rumah tokey restaurant je nanti.

Meriah lunch kami..semua sedap-sedap

Makan di rumah tokey restoran

Ini rumahnya

Signboard restoran di tepi jalan

Surau di kawasan restoran

Rehat-rehat selepas solat dan makan

Selepas makan dan solat, perjalanan diteruskan ke Dalat. Jalan ke Dalat macam jalan ke Cameron sebab Dalat terletak di tanah tinggi. Lebih kurang jam 5.30 petang kami tiba di Dalat. Hari sudah gelap sebab maghrib masuk awal. Tempat pertama dituju ialah Lam Vien Square berhadapan tasik Dalat (Xuan Huong Lake). Keluar je van sudah terasa kesejukkannya. Kami masuk ke mall untuk guna toilet dan minum kopi. Sempat lah juga jalan-jalan di dataran tapi tak lama sebab kesejukan semua orang.

Di kawasan Lam Vien Square

Entrance ke underground mall

Mengopi dulu...

Kopi vietnam memang terbaik...

Artichoke flower bud...ada coffee shop dalam tu

Family photo wajib...

Ada dog show....semua comel-comel

View Dalat Lake

Tasik yang berlampu warna-warni

Lagi view tasik 

Simpan video untuk kenang-kenangan....




Next kita singgah Night Market pula. Meriah juga sebab nak sambut raya cina tapi Karim kata banyak kedai yang tutup. Pasar malam ini banyak jual baju sejuk, buak-buah dan makanan tempatan.

Jom pasar malam Dalat

Suasana pasar malam...malam sebelum raya cina

Bukti hadir...

Keledek & jagung bakar....

Tembikai siap hiasan...

Beli buah berangan...sedap

Beli juga strawberi buat rasa-rasa

Yang ni tak beli lah...

Dried persimmon

Durian pun ada

Shopping baju sejuk sebab kesejukkan...ingat tak sejuk sangat Dalat ni..

Hotel area pasar malam

Bunga yang cantik..

Perut pun dah lapar, kami dibawa ke Restoran Fatimah untuk makan malam. Di Dalat ada 3 je restorang halal dan nasib baik Restoran Fatimah ini buka so inilah restoran panel kami selama 3 hari 2 malam di Dalat ini.

Yeah dah sampai restoran

Muka ceria dapat makan...

Juadah dinner kami...Alhamdullilah

Lepas makan, kami dibawa ke Queen Villa Hotel untuk check in. Malam pertama di Dalat, semua tidur dengan nyenyak dan kesejukan.

Check in time

Good night Dalat malam pertama...


Day 2 - Jalan-jalan Dalat
Hari ke-2 aktiviti kami bermula agak awal. Jam 6.30 pagi dah berada di lobi sebab aktiviti agak banyak hari ini sebab nak cover tempat-tempat yang tak dapat pergi semalam. Sebelum jalan-jalan kita breakfast dulu di Restoran Fatimah.

Good morning...jom explore Dalat...dah siang baru nampak rupa hotel

Jom breakfast

Gambar wajib sebelum makan..

Yang pilih western set

Yang pilih local set....pho yang sedap

Lepas breakfast, tempat pertama ialah taman bunga hydrangea (bunga Siti Zubaidah). Banyak betul bunga-bungaan di sini. Layan bunga lah lebih kurang sejam di sini.

Entrance taman bunga

Ada stairways ala-ala to heaven

Macam cover album kumpulan rock kapak

Nampak tak kami tu...

Bunga Siti Zubaidah

Budak dah pening dengan bunga

Posing ala-ala sakura

Bunga-bungaan

Ibu dan anak di celah-celah bunga

Belanja sikit sakura Dalat

Lavendar pun ada tapi belum musim

Pokde buat apa tu....hehe

Next sepatutnya kami ke Langbiang dan Datanla waterfall. Tapi malangnya dua-dua tempat ini tutup sempena cuti raya cina. Agak galat di Dalat sebab tempat-tempat ini antara main highlight untuk trip ini. Sepatutnya kami naik jeep ke puncak Langbiang dan berroller coaster di Datanla waterfall. Nampaknya kena repeat lah lain kali.

Destinasi seterusnya ialah Crazy House. Memang crazy rekabentuk rumah ini tapi memang menarik dan tak tercapai di akal design nya. Dulu ada hotel di Crazy House ini tapi telah ditutup.

Entrance Crazy House

Hasil seni bina crazy house

Boleh panjat sampai puncak bumbung

View dari atas

Laluan tangga yang halus

Antara crazy house yang ada

Berselirat boleh sesat

                                                            Video di puncak Crazy House

Lepas penat meneroka Crazy House kami lepak minum air kelapa di depan Crazy House.

Bersama Karim Tour Guide

Air kelapa 20 ribu

Seterusnya kami ke Clay Tunnel. Clay Tunnel ini macam taman yang ada icon landmark Dalat yang diperbuatkan daripada clay tapi sekarang semua dah disimen untuk menjaga ketahanan. Layan je ya gambar-gambar kami di Clay Tunnel ini. Puas juga berjalan dan nasib baik orang tak ramai.

Entrance Clay Tunnel

Luas kawasan..berjalan & bergambar je lah aktivitinya

Gambar wajib sebelum tambah 10 ribu steps

Jom jalan sambil Pak Karim (baju putih) cerita

Tak dapat gi Lang Biang yang real....ambil gambar sini je lah

Moto besau

Laluan dalam taman clay tunnel

Atok bersama penyanyi tempatan

Pandai nyanyi lagu si jantung hati

Jom naik keretapi ke Tanah Melayu

Family photo di sini

Tempat photo viral kalau ramai memang kena tunggu turn...ni kosong tiada orang

Boleh la gambar satu

Ada pokok sakura juga di sini

Adik & kakak melawat taman covid...

Mat rempit Dalat

Penat jalan kita makan aiskrim halal...


Klip lagu si jantung hati

Dah puas berjalan membakar lemak, jom kita top up kalori semula. Jom lunch di Restoran Fatimah.

Lunch kami...Alhamdullilah

Selepas makan dan kenyang, kita gi solat dan shopping pula. Kali ini kita ke Amie Dalat Boutique. Butik yang cantik dan ada tempat solat yang selesa. Lepas solat kita shopping. Harga telekung Siti Khadijah RM 45 sepasang, tudung-tudung Ariani dan kawan-kawanya pun macam murah. Memandangkan takut kedai di HCM dan pasar Ben Thanh tutup so kami shopping jugalah di sini serba sedikit.

Jom shopping...

Beraya rumah Pak Karim ke?

Macam-macam ada

Telekung Siti Khadijah

Masing-masing busy

Penat shopping lepak minum teh dulu...

Lepas shopping kita ke Dalat Flower Park pula. Agak besar juga taman ini tapi masing-masing dah habis bateri nak jalan. So kami jalan sikit-sikit di sini dan tengok bunga-bunga yang agak menarik juga.

Gerbang Dalat Flower Park

Macam-macam gaya lah

Group photo wajib

Nak panjat windmill ke?

Macam-macam ros ada

Baik-baik cium ros kena sengat lebah nanti...

Tak tau bunga apa....serombong pagi kot...

Macam lupin

View gerbang dari dalam park

Dah jom gi tempat lain...dah lebih steps ni

Next, kita ke Dalat Old Train Station pula. Stesen keretapi peninggalan France so ada lah reka bentuk France. Tiada keretapi yang aktif di sini kecuali train khas ke tokong mereka.

Depan Dalat Old Train Station

Dah jom balik Malaysia

Tepi train nak lalu

Gaya cerita hindustan

Kepala keretapi

Lepas tu kami ke Bamboo Shop pula. Pernah ke Bamboo shop di China dulu. So kami ke sini tapi tiada paksaan untuk membeli. Mula-mula masuk dengar briefing bamboo product pastu barulah tengok bamboo shop. Banyak produk yang diperbuat daripada buluh.

Jom ke kedai buluh

Khusyuk dengar ke nak duduk berehat?

Sepatutnya ada aktiviti pergi ke Strawberry Farm yang tidak jauh dari Bamboo shop tapi Karim kata strawberi semua dah kena petik sebab nak raya. Ok je skip sebab kat Cameron punya ada strawberi farm.

Sementara nak tunggu dinner, kami lepak-lepak tepi tasik Dalat sambil tunggu hari gelap dan tunggu perut lapar. Di tepi tasik ini ada open museum yang display kehidupan klasik orang asal Dalat. Agak menarik dan meriah juga.

Jom gi Open Museum tepi tasik

Banyak bunga-bungaan tepi tasik

Muzium sejarah orang asal Dalat

Jumpa Vietnamese yang pernah keje di Malaysia

Jalan-jalan tengok pameran

Lepak tepi tasik tengok sunset

Hari dah semakin gelap, sejuk dan perut pun dah lapar jom kita ke restoran Fatimah untuk dinner.

Menu dinner malam ini

Ikan steam sedap

Lepas dinner kita repeat lagi night market untuk cari baju sejuk dan sedikit buah-buahan.

Kawasan night market

Sekian hari ke-2 di Dalat yang penuh dengan aktiviti.


Day 3 : Dalat - Muine - Ho Chi Minh
Hari terakhir di Dalat dan akan ke Ho Chi Minh. Jarak ke HCM dalam 8 jam tapi on the way kami akan singgah di beberapa tempat sepanjang perjalanan. Hari ini kami akan check out lebih awal iaitu jam 5.30 pagi dan nasib baik subuh pun agak awal iaitu jam 5 pagi. Selepas check out, kami stop dulu di Restoran Fatimah untuk ambil breakfast. 

Jom check out...bye Dalat

Owner siap bye-bye lagi...kami kena naik ke jalan besar sebab van berat

Last meal from Restoran Fatimah

Kami akan breakfast di dalam perjalanan nanti. Selepas lebih kurang 1 jam setengah perjalanan, kami pun tiba di satu kedai kopi yang mempunyai view yang cantik. So kami pun breakfast di situ sambil menjamu selera dan menjamu mata.

Stop breakfast di sini

Menjamu selera dan menjamu mata

Cantik ciptaan Allah

Kenangan di view point

Next, kita gerak lagi lebih kurang 1 jam lebih kami tiba di kawasan Muine. Sempat lagi stop di tepi jalan nak bergambar dengan windmill. Banyak kincir angin di Vietnam ini. 

Besar windmill

Stop photo sat..kat Malaysia takde ni

Then, kami stop di White Sand Dune. Tak sangka ada gurun pasir di Vietnam ini macam dune di Dubai, Perth dan Tottori Japan yang pernah kami lawati. Untuk ke kawasan sand dune ini kami kena naik jeep. Dah agak mesti jeep ni bawa laju so layan jelah nasib baik tak jauh sangat perjalanan. Tiba di puncak, boleh main sandboarding. Memang best sandboarding tapi nak panjat naik bukit tu yang tak larat.

Jom dah ready naik jeep

Saujana gurun

View sand dune

Dah sandboarding tak larat nak naik bukit

2 jeep kuning beraksi

Yeah selepas menakluki gurun

Family trip photo lagi

Lepas layan dune, kita naik ostrich pula. Nak merasa naik ostrich boleh cuba di sini.

Takut ke tu?

Ok dah boleh senyum....

Next kita ke red sand dune pula. Pasirnya agak kasar tapi kami tak panjat pun sebab dah penat dan panas. Kami lepak minum air kelapa je depan red sand dune.

Lepak minum air kelapa

Ini red sand dune..dah panas

Kami gerak pula ke fishing village. Di sini banyak sampan-sampan yang bentuk bulat. Memang unik. Masing-masing malas nak turun ke pantai so kita tengok dari atas bukit je lah. Hari-hari biasa ada jual lobster agak murah Karim kata 3 ekor dalam RM200 tapi tiada rezeki kami sebab kedai tutup. Selamat duit hehe.

Sampan bulat-bulat

Sampan bulat-bulat untuk ambil ikan di kapal

Next, perut dah lapar so kita singgah lunch di restoran Co'm Aly. Best makan sup tulang di sini.

Lunch di sini

Masing-masing dah lapar

Sedap lauk-lauk di sini

Selepas makan, kita pun singgah solat di masjid yang tidak berapa jauh dari restoran tadi. Nama masjid tidak diketahui pula tapi cantik dan besar masjid ini. Ada madrasah dan rumah anak yatim juga di sini. Seterusnya kami meneruskan perjalanan yang masih berbaki ke HCM.

Stop solat di masjid ini..besar dan bersih

Toilet stop di RNR sebelum tiba di bandar HCM

Lebih kurang jam 5.00 petang kami selamat sampai dan terus check in di Hotel Aluna. Lokasi hotel ini sangat strategik terletak di Malaysian Street dan dalam 5 minit jalan kaki ke pasar Ben Thanh. So kami check in dan berehat sambil menunggu makan malam. Jam 7 petang, jom kita gi dinner. Tak jauh pun depan hotel je restoran Musa Karim. Malam ini special kita makan laksa Vietnam dan memang sedap.

Hotel kami di Ho Chi Minh

Dinner di sini

Ruang makan privacy

Steamboat laksa

Nasi goreng seafood pun ada

Perut dah kenyang jom kita exercise pergi shopping. Ada beberapa kedai yang buka di Malaysian Street so aktiviti melontar Dong pun bermula. Barang-barang jauh lebih murah dari di Dalat so kita shopping lagi.

Murah-murah

Meriah

Kopi Vietnam wajib

Antara kedai yang buka di Malaysian Street

Session shopping

Tengah survey baju raya


Malam last di Vietnam tidur dengan lenanya.

Day 4 : Ho Chi Minh - KLIA2
Hari ini last day trip dan aktiviti free and easy. Flight jam 8.15 malam so banyak masa hari ini. Dalam jam 8.30 pagi kami turun breakfast di hotel. Cafe muslim friendly so carilah makanan yang boleh dimakan.

Breakfast dulu

Lepas breakfast jom kita exercise dan explore kawasan berdekatan. Tempat pertama dituju ialah Ben Thanh Market. Alhamdullilah pasar buka walaupun banyak kedai yang tutup. Sempat juga kami menambah hasil melontar Dong. Kami juga meneroka kedai-kedai di luar pasar Ben Thanh. Rupa-rupanya pasar Ben Thanh buka half day je dan tutup jam 12 tengahari sebab public holiday. Nasib baik kami sempat juga masuk.

Office Bismillah Tour depan hotel je

Rombongan ke Ben Thanh market

Tak banyak kedai yang buka

Depan pintu utama Ben Thanh Market bersama hasil tangkapan

Kedai di luar market banyak yang buka

Misi mencari beg

Jam 12 time untuk check out, masing-masing bawa beg yang sudah beranak pinak ke lobi dan sesi timbang-menimbang bagasi pun bermula. Terlebih muatan sedikit so ada beg yang kena dibawa ke kabin. Kami minta 1 bilik untuk di extend sampai jam 1 petang untuk kami solat jamak zohor asar dulu. Senang dah settle urusan wajib sebab susah nak solat di tempat lain.

Beg yang sudah beranak pinak

Next, perut dah lapar kita lunch dulu sebelum balik. Kali ini kita lunch di restoran Hajah Basiroh yang juga terletak di depan hotel.

Jom lunch atok belanja (meal yang last tak masuk package)

Mestilah Vietnamese Spring Roll

Mestilah Beef Pho

Lepas lunch, masih ada masa so aktiviti bebas ada yang pergi urut tapak kaki dan ada juga yang tambah steps lagi sebelum balik. Ada juga yang berehat di lobi je layan internet.

Sessi urut tapak kaki

Sessi beli buah

Tepat jam 4 petang, Karim pun tiba di hotel dan settle masuk beg kita gerak ke airport. Airport tidak jauh lebih kurang 30 minit dah sampai. Kami antara yang terawal juga sampai dan kaunter check in pun belum buka.

Sessi mengangkat beg masuk van

Last photo ala-ala Wes Anderson boleh buat tiktok ni

Ok kami gerak dulu bye HCM

Karim tunggu sehingga selesai dan menghantar kami sehingga ke Departure Hall. Tour guide yang baik dan boleh bercakap Melayu sebab lama duduk di Malaysia.

Bersama Karim tour guide terbaik

Waktu di Immigration kaunter, Immigration reject pula boarding pass kami. Dia minta boarding pass yang airline keluarkan bukan yang kami print sendiri. Puas juga lah explain. Pastu dia minta kawan dia check dengan kaunter AA barulah kami dilepaskan. Cuak jugalah rasa.

Alhamdullilah sette dan macam biasa menunggu di gate sehingga boarding time. Risau juga kalau delay sebab AA dari HCM ini selalu je delay. Alhamdullilah flight kami tak delay cuma gate je lah bertukar-tukar penat kami ke hulu hilir.

Alhamdullilah selamat tiba di KLIA2 tepat pada waktunya. Sekian kisah percutian singkat kami ke Dalat-Muine-HCM yang penuh memori dah kalau ada rezeki InshaAllah boleh repeat lagi…

Peserta trip Dalat....next mana? jom..