Salam semua, kali ini nak share kisah family camping di Ulu Yam, Selangor sempena cuti Aidil Adha. Since semua family member ada (kecuali En. Suami yang beraya atas laut), kami plan untuk bercuti ala-ala camping di River & Glamp di Ulu Yam. Actually pernah dah berglamping di River & Glamp tapi time itu malas pula nak masuk dalam blog. Maybe di hujung-hujung blog ini nanti boleh selit sikit percutian glamping yang dulu.
|
Belanja photo khemah dulu... |
River & Glamp ini terletak di Ulu Yam, Selangor tidak jauh dari Melaka lebih kurang 2 jam setengah je. Kalau nak booking boleh refer di FB River & Glamp ya. Percutian kali ini kami booking 3 khemah & 1 tapak. Rate untuk khemah ialah RM 299 boleh masuk sehingga 4 orang dan sewa tapak RM 199. Yang khemah itu dah all in complete semua tilam, bantal, selimut, meja kerusi dan siap kipas sekali. Yang tapak cuma dapat tapak kosong je kena bawa khemah sendiri tapi both khemah dan tapak dapat breakfast. Details boleh refer FB River & Glamp ya.
Kami booking sebulan awal sebab selalunya penuh kalau last minute. Beberapa hari sebelum check in, kami dimaklumkan oleh pihak River & Glamp bahawa tapak campsite ditutup dan tempahan kami diupgradekan ke glamping. Alhamdullilah sebab rate glamping lebih mahal, lebih besar, selesa dan ada air cond. So tak perlulah kami bawa khemah sendiri.
|
Dapat 1 free upgrade ke Glamping tent...rezeki |
Hari kejadian pun tiba iaitu 10 Julai 2022 bersamaan Hari Raya Aidil Adha. Selepas tetamu balik dari berziarah raya, kami bergerak lebih kurang jam 12 tengahari dari Melaka. Bungkus semua makanan raya, memang plan untuk makan di Ulu Yam nanti. Lebih kurang 2.30 petang kami selamat tiba di River & Glamp, nasib baik tak jammed cuti-cuti raya ini. Sampai je kami terus check in dan dapat masuk ke 3 khemah dan 1 glamping yang telah di booking. So tak perlu cerita panjang lah ya, layan je photo-photo camping kami ini.
|
Tempat check in |
|
Dah sampai kawasan camping |
|
Abah tengah pilih nak khemah yang mana |
|
Sungai depan khemah |
|
Boleh buat camp fire sini |
|
3 model baju belang..sorang lagi belum sampai |
|
Suasana dalam khemah Glamping |
|
Ada air cond, khemah pun wangi... |
|
Suasana khemah biasa...ada yang dah ambil tempat...ada kipas |
|
Ada meja & kerusi juga |
|
Pasang flysheet tambahan untuk tempat bersantai |
|
Jemput makan raya |
|
Juadah raya kami |
|
Meja juadah depan khemah |
|
Berselera makan tepi sungai |
|
Emak & adik....makan sambil tengok citer korea ke tu? |
|
Antara tetamu yang datang beraya.... |
|
Dah kenyang ronda kawasan dulu...naik basikal & motor kecik |
|
Pertarungan kalah mati...siapa champion? |
|
Peminat tegar durian |
|
Sesi sejukkan badan |
|
Privacy je sungai ini....kita yang punya |
|
Ini toilet sharing basis....ada 4 unit |
|
Tandas bersih dan selesa |
Selepas mandi sungai, kami set up untuk berBBQ, sewa BBQ pit dengan pihak resort dengan charge RM50. Malam aktiviti bebas je, makan, sembang-sembang, lawan chess, main saidina dan tidur.
|
Sesi pembakaran bermula |
|
Bukan kambing korban |
|
Mentarang pun ada |
|
Pembakar otak-otak yang handsome |
|
Bukan bakar lemang tapi panaskan lemang....lemang Sentul yang sedap |
|
Antara hasil pembakaran |
|
Antara hasil pembakaran |
|
Chef sedang potong steak |
|
Santai nenek dan cucu |
|
Atok teman cucu main phone |
|
Tunggu turn Chef potong daging tu |
|
Makan malam diterangi lampu neon |
|
Ungun api memanaskan malam....beli kayu api di resort |
|
Si Oyen dah ajak tidur....dia pula yang masuk khemah dulu |
|
Aktiviti malam...siapa tuan tanah? |
|
Good night River & Glamp |
Esok paginya, selepas subuh hujan pula sekejap so tak dapat lah nak mandi sungai. Nasib baik dah puas berendam semalam. Lebih kurang jam 8 pagi, breakfast dihantar oleh pihak resort so kami tak perlu lah nak masak-masak. Memang plan nak santai-santai je camping kali ini. Lepas breakfast, semua rehat-rehat je tengok sungai, tiada yang nak masuk sungai sebab sejuk. Sebelum jam 12 tengahari semua kemas-kemas barang sebab dah nak check out.
|
Good morning Ulu Yam |
|
Breakfast macaroni goreng |
|
Ready untuk check out |
|
Ada tasik belakang campsite |
|
Tasik dari view yang lain |
|
Kawasan Laman Bestari sekitar campsite |
|
Ada kolam kalau nak berendam |
Lepas check out, kami memanjangkan langkah pula ke Genting Highlands. Dah alang-alang di Ulu Yam ini kita ke Genting Premium Outlet (GPO). Jarak tak jauh lebih kurang 30 minit je.
|
Cuaca baik di Genting |
|
Kita makan Korean food pula di Dubuyo GPO |
Di GPO window shopping dan makan-makan. Nasib baik orang pun tak berapa ramai. Setelah puas pusing GPO, kami pun gerak balik ke Melaka. Sekian perkongsian singkat ala-ala camping glamping di River & Glamp.
Blog tambahan :
Oo ya nak tambah sikit, kami juga pernah stay gi khemah glamping. Waktu itu kami ambil 3 khemah glamping. Kawasan glamping yang ini tidak berapa jauh dari tapak khemah tadi. Sebenarnya kawasan asal khemah kami tiada khemah glamping, kiranya diorang baru tambah lah. Haha faham ke tak, kalau tak faham abaikan je ya.
Waktu itu kami ambil promo sempena Ramadhan cover sekali khemah glamping, berbuka dan sahur. Kebetulan ada cuti Melaka Bandaraya Bersejarah pada 14 April so kami pergi lah time tu. Malas nak cerita panjang so layan photo je.
|
Kawasan Glamping |
|
Khemah-khemah glamping |
|
Yang ada pagar ni Glamping VIP ada toilet sendiri |
|
Antara khemah kami |
|
Dalam khemah...ada aircond |
|
Ada toilet sendiri ikut khemah masing-masing dan berkunci |
|
Keadaan tandas |
|
Sungai kawasan glamping..kena turun bawah bukit sikit |
|
Surau pun ada |
|
Sesi berbuka |
|
Jom buka |
|
Juadah berbuka |
|
Moreh pula |
|
Simple sahur |
|
Si Oyen pemilik River & Glamp |
|
Suasana glamping di waktu malam bulan Ramadhan |
Alhamdullilah sekian catatan pengalaman camping & glamping di River & Glamp di Ulu Yam. InshaAllah ada rezeki kita camping tempat lain pula.